Sunday, August 30, 2009

Hak Asasi Manusia / Human Rights


Assalamualaikum....
Apa itu Hak Asasi Manusia???
Human Rights???
Adalah setiap manusia mempunyai hak keatas diri mereka???
Siapa yg lebih berhak keatas diri seseorang manusia???

Ada manusia yg suka melakukan apa2 shj
Asalkan tak melanggar peraturan...
Kata mereka
Itu hak mereka
Mereka nak bwt apa ka...
Makan apa ka...
Pakai apa ka...
Itu hak mereka...
Asalkan mereka tak kacau org...

Btulkah pendirian begini??
Cukup shj kah dgn hanya mengikut peraturan
Lagi2 peraturan yg dibuat oleh manusia
Bagaimana plak dgn peraturan Allah??
Undang2 Allah??
Suruhan Allah???
Dan Larangan Allah???

Kenapa kita rasa diri ini hak kita??
Kita kah cipta diri kita ini??
Bukan???
So??
Nape bwt sesuka hati pada diri kita???
Kerana ini diri kita???
Tp Hak kita kah???
Jawab....!!!

Kalau kita dah taw diri ini bkn hak kita
Napa suka-suka bwt macam2???
Makan benda haram...
Bwt perkara maksiat....
Pakai pakaian yg tak tutup aurat....
Suka2 saja bwt bende dosa....

Jadi ingat..!!
Nak bwt sesuatu, ingat..!!!
Diri ni Allah punya...
So bwt yg ikut kehendakNya....
Kita tak berhak bwt perkara yg kita mahu dgn diri yg bkn hak kita
Hak kita hanya
Lakukan suruhanNya
Jauh LaranganNya
Jgn sesuka bwt sesuatu menggunakan diri yg bkn hak kita...

Komen pemecah fikiran :
ade satu peristiwa yg berlaku tak lame dulu pd diri aku.... Satu hari aku tegur cara pemakaian sorg member aku, pompuan... Aku ckplah, pakai lah yg menutup aurat, dosa kalo buka aurat, dah la kita dpt dosa, bg dosa kat mata2 yg memandang pula...
Member aku ni tak leh trima, die sound aku, die ckp suka hati die la die nak pakai apa, hak diri masing2....
Wah... aku pun ckp dlm hati, die nie..... Aku rase nak sound balik... Aku pun sound, ko jgn ingat diri ko tu hak ko, diri ko tue hak Allah.(time ni masih bdk2, adab berdakwah langsung tak taw).. Die pun terus diam.... Tp sampai skrg tak brubah(maybe aku tak ikhlas or tak baradab time berdakwah). Kite nie hanya bleh sampaikan ape yg mampu, hidayah milik Allah, tp kite tetap berusaha.

Friday, August 28, 2009

Perempuan....part 1


perempuan
insan yg penting bg diri ini
tanpa perempuan
gelap gulita la dunia

tanpa perempuan

sunyilah hidup ku ini


aku sgt bergantung harap pada perempuan
tanpa beliau aku terkapai-kapai
takder insan yg boleh guide aku
aku memerlukan perempuan


perempuan
satu-satunya yg aku paling sayangi
Umi aku

Mak aku

Mami aku

Mama aku

Ibu aku


dgn adanya beliau
aku rase aku tak perlu insan yg bergelar perempuan yg lain

aku tak perlu apa yg dipanggil

kekasih

teman istimewa

buah hati

mata air

lover

gewe

or

gf


ntah la...
bkn aku takder perasaan pada perempuan

aku bkn jenis yg songsang
tp
aku fikir
aku tak perlu kan mereka

bwt masa ini


member2 aku ada yg sesetengah
tidak percaya
aku masih
single

solo

bujang

and

tak berpye


tetapi itu realitinya
aku tak pandai bermain cinta

bermain kate2

membunga kan ayat2 cinta


sape kate aku tak pernah bercinta???
aku pernah
beberapa kali
aku tak ingat number nya

aku pernah bermain perasaan

pernah bahagia
pernah terluka

pernah merase

dunia bagai aku yg pye


tp ramalan aku meleset
aku sangka
panas hingga ke ptg
tp
hujan tiba2 diwaktu,
hampir petang

aku merasa semua itu
sekejap shj

maybe salah aku
aku xpandai bercinta

tak pandai menyusun ayat berbunga
dan
aku cepat rasa boring dan bosan

maybe aku sorang yg membosankan
or

aku cepat bosan dgn seseorg


aku rase seronok ketika memikat shj
time takle-menekle
aku happy
aku rase tercabar

dan
aku akan berusaha sehingga memiliki hati nya

namun bila hatinya milik ku
aku rase mcm takder ape2


maybe post nie terlalu panjang
korg pun boring nak bace

sampai sini je
aku tulis
aku tulis nie pun saje2
meluahkan ape yg ade dihati
bkn ke itu guna nya blog???


salam.....


Tuesday, August 25, 2009

Pelancaran Kelab Penyokong Pas Caw. Btg Berjuntai, SEL






Asalamualaikum.....
salam sejahtera kepada semua manusia di buka bumi Allah ini

secebis gambar kenangan yg diabadikan pada waktu beberapa ketika dahulu...
gamabr2 ini diambil ketika bulan january 2009...

kelihatan Dr. Zul, Ahli parlimen Kuala Selangor...
Ahli parlimen tempat ambo laaa....

beliau dtg sebagai tetamu terhormat bg merasmi seterusnya melancarkan Kelab Penyokong Pas Caw Btg Berjuntai, SEL.

Alhamdulillah, seramai lebih 5 ribu ahli baru yg menyertai Kelab ini...
Masyarakat India pun mahu Islam dilaksanakan dinegara ini....

Monday, August 24, 2009

"TUJUH MITOS TUJUH PENIPUAN"


Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.

Contoh mitos : Raja di katakan jelmaan tuhan. Ini adalah mitos bertujuan untuk membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja. Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah lepas satu – satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.


Contoh mitos : Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud. Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut maka kita akan mencari perlindungan. Peranan untuk melindungi kita dari hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.

Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini ada hantu - adalah nasehat yang bersalurkan penakutan. Nasehat ini baiak kerana cuba menjaga keselamatan. Ianya juga tidak baiak kerana asasnya satu pembohongan.

Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka. Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.

Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal Tuhan maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk – walhal kalau Raja Jepun ini makan petai – kencing dia tetap haring. Kalau Prince Charles tercirit baunya tetap busuk.

Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca dari tiga sumber. Pertama : Pengumpulan pengalamnan. Kedua: Kaji selidik. Ketiga : Ujian dalam bilik makmal.

Mitos ini akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada ianya mitos atau fakta. Jika sesutu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau slah maka ianya masih di tahap teori. Satu ketika dahulu Letupan Besar/ Bing Bang hanya satu teori – hari ini telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat dibuktikan teori ini.

Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari satu zaman ke satu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.

Dalam negara kita ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..

MITOS PERTAMA:

Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Serawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.

MITOS KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

MITOS KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

MITOS KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

MITOS KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.

MITOS KE ENAM :

Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.

MITOS KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

TEKNOLOJI PECAHKAN MITOS

Lihatlah betapa teknoloji dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai pecah. Dokument-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknoloji akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh mitos-mitos. Tanpa mitos manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesipa kecuali fikrahnya yang rasional. (TT)

Nota:
Tulisan ini bebas untuk diambil untuk
tujuan memecahkan mitos.

Komen pemecah fikiran :

setelah 50 tahun Amno menanamkan mitos2 kedlm minda setiap rakyat Malaysia, akhirnya mereka berjaya. Tetapi mitos2 ini akan dpt dipecahkan dgn ilmu dan teknologi. Selama hampir 50 tahun Amno menguasai gerbang teknologi maklumat dgn menghadkan dan menipu fakta2 sebenar, akhirnya teknologi internet dpt memecahkan nya. Mereka tidak lagi dpt mengawal maklumat dan pengetahuan. Rakyat Malaysia tidak lg bergantung pada akhbar2 pencacai Amno seperti Berita Hairan, Utusan Meloya, TV 3suku dan RTM. Mari generasi muda bangkit merobek dan memecahkan mitos yg tertanam diminda masyarakat Malaysia.

Bile elaun nak masuk nie???


asal akhir bln
sengkek je memanjang
ntah ape2
langsung tak reti berjimat
tension2

mane la nak cekau duit lebih nie
sakit ooo
takder duit
nak gerak skit pun
pikir puluh kali
ade ape2 cadangan tak??

cdgn???
yela...
cara2 saving duit ke???
cara biakkan duit ke???
ape2 la cara...
asal
cara tue takder unsur2
khurafat
&
bidaah


Sunday, August 23, 2009

Crite zaman dulu2


Mahadir dan Anwar
Che Det dan TPM nya
dulu org kate kan mereka berdua
adalah
gandingan paling ideal
sepanjang zaman
kerana pd zaman mereka
byk perubah negara yg kite bleh nampak
duet paling serasi ini yg memaju kan negara
konon nya
ape2 pun
terpulang pada rakyat yg menilai

Aku sejak dr kecik
diajar dan diasuh supaya jgn jd org Amno
aku tanye knp???
org tua ku menjwb
nanti besar ko taw la sendiri
sejak dr sekola menegah
aku cube kaji pasal politik
kaji pye kaji
aku tekad taknak jd Amno

knp???
nak crite pun
aku takut
sbb awal tahun nie
sorang penulis blog
kne tangkap..
aku tak cukup brani nak crite
aku blaja lg
walaupun org ckp aku blaja dr kecik
sampai universiti sbb kera jaan BN
aku tak peduli
ini bkn kerajaan BN
tak penah wujud kerajaan BN
yg ade hye kerajaan Malaysia

knp???
BN dipilih rakyat
utk menjaga kerajaan Malaysia
maka BN bertanggungjwb terhadap Malaysia
dan
seluruh rakyat jajahan nya
menjaga kerajaan adalah amanah
bkn
bleh bwt sesuka mcm kerajaan nie mak pak die pye

balik pade gamba kat atas
nape aku letak gambar beliau berdua???
sbb gambar nie ssh nak carik time skrg
penyokong Amno pun malu dgn gambar nie
penyokong PKR pon malu dgn gambar nie
patutnya gambar nie
dijadikan khazanah negara
dua tokoh negara yg membangunkan negara
ptt dijadikan satu sejarah yg manis....

bile keadaan ini akan berlaku???
Hanya Allah saje yg taw....

Mini Demonstrasi At Staff Cafe



latihan sebelum demo btul2
bergaya tak???
hahaha....
ini first time aku join demo psscm bmi
cuak beb...
omputih kate nervous
mane tak nervous
bwt demo dpn org ramai tue...
nasib baik time tue tak ramai
tp ade gak la org yg tengok

mase time demo
bleh plak aku bwt silap
yela
pale aku time tue kat exibition BMT
bkn kat exibition je
lepas tue ade kuiz futher power plak
serabut time ari tue...

aku gak yg gatal
dah taw ade exibition
dgn
kuiz futher
bleh plak terime pelawaan utk join demo
ingat taknak join
tp
takder org nak bwt demo
tak join, tak bertanggungjwb plak
redha je...
lagi pun pengalaman pertama bwt demo..
takkan nak lepaskan

org tye
nape aku join silat cekak
knp tak join silat2 laen ke
or seni pertahan diri yg laen
ntah la...
aku sebenarnye dr kecik minat seni pertahankan diri
dr skola dulu byk aku join
silat gayong
karate-do
silat sendeng
n mcm2 lagi
tp bg aku
silat cekak
yg aku rase cam sesuai dgn jiwa aku
tranning tak berat
aku rase enjoy bile join silat nie...

aku tak taw nape
lagi pun
sepanjang 2 tahun aku join silat cekak nie
insyaAllah takder mende2 khurafat
or mende bidaah
dr aku kelas latihan asas
sampai tamat
aku tak jumpe pun mende2 karut
atau yg bertentangan dgn Islam

sbb semua seni bela diri dlm dunia ini
berasal dr sesuatu agama
dan ia akhirnya akan berbalik pada agama
tak kire seni bela diri ape pun
tercipta nya seni bela diri
sbb nak bela diri, keluarga dan agama
tue pasal aku takut nak join seni bela diri yg asal dr luar

contoh kungfu
kungfu tercipta dr tokong2 buddha
mmg peringkat awal belaja kungfu tak nampak
tp
bile sampai peringkat tinggi
seseorg pelatih tue
mesti ikut budaya buddha...

kalo nak blaja seni pertahan kan diri
blaja la seni pertahankan diri yg asal dr negara kite
byk silat2 yg bersih dr bende2 bidaah dan khurafat nie
silat nie budaya kite
budaya tok nenek kite
budaya bangsa melayu kite
kalo bkn org melayu nak blaja
sape lagi nak blaja

hehehe....
mule2 crite pasal demo
tibe2 je masuk pasal silat
biase la kalo merapu-rapu cam nie

sekian,
selamat bersahur


Ahlan WahsalaYa Ramadhan




Ramadhan....
Bulan yg penuh keberkatan
aku harap ibadah pose ku kali ini lebih baik dr pose2 sebelum ini
aku akan cube memperbykkan ibadah di bln yg mulia ini
harap2 usaha aku akan terlaksana
aku ini jenis yg bercita-cita
tetapi, usaha nya hanya sedikit shj
nape begini???
ntah la
maybe azam tak cukup kuat
takder istiqamah
mule2 je berapi
aku tak ingin ini berlaku lagi

tolong lah aku
aku tak nak ramadhan kali ini berlalu begitu shj
seperti ramadhan2 tahun2 lepas
kekadang rase nyesal
ape yg patut aku bwt???
tak ckp motivasi kah??
or
trlalu mengikutkan nafsu dan emosi??

semoga amal yg sedikit ini dipandang Allah
tetapi
mungkinkah Allah akan memandangnya
amal yg byk pun blum tentu lagi
ini kan pula amalan yg sedikit
itu semua kerja Dia
kite cume bleh usaha

usaha aku tue byk mane???
setakat bwt yg skit2
usaha kah itu???
mcm mane hendak perbaiki diri
org laen cume bleh nasihat
kalau aku tak nak berubah
dan
ikut
same shj
itu sume bergantung pada aku

bila
bila aku akan berubah
selesa kah aku dgn keadaan cam nie
tak yah berubah???
nabi pun ajar kita hijrah
dr buruk pada yg baik
dr baik pd yg lebih baik
tp
byk plak alasan aku
tak sedia lagi laa...
persekitaran laa...
bila lagi???

bile dah nak mati???
bile matahari terbit belah barat???
baru nak berubah???
aku rase dah tak berguna lagi...
bkn rase je
mmg dah tak berguna pun berubah time tue

aku kene berubah....
tp...
tp lagi....
ape lagi....
tunggu hidayah dr Allah???
tunggu Allah buka pintu hati aku ini???
usaha utk dptkan hidayah Allah pun tak der...

Ya Allah...
semoga ramadhan kali ini aku bleh berubah...

Tercipta Jua....


Assalamualaikum....
Lame sudah ku ingin mempunyai blog sendiri.... Dekat 2 tahun layan blog org lain... Nak juga merase ade blog sendiri...
Biase nya aku layan blog2 berkaitan dgn politik kat Tanah Malaya ini. Ntah knp, aku minat sgt nak taw pasal politik tanah air. Dorongan dr abah kut..
Selain layan blog2 berkaitan politik, aku juga baca blog member2. Best gak layan blog member2 nie.... Kadang2 dieorg crite pasal kite.... hehehe....


Alhamdulillah....
Mlm nie tercipta jua sebuah blog yg dihasil kan oleh aku... ini post pertama aku.... aku sebenarnye taktaw ape nak crite kat blog nie org kate, crite je pasal ape2 yg nak diluahkan ntah laa..
aku nie suke simpan sendiri aku bwt blog nie pun pasal nak sampai kan sesuatu kat sume org itu pun kalo ade org nak bace harap2 ade la org nak jenguk blog aku yg tak lawa nie...

selamat malam...



Malaysia's Flag

Malaysia's Flag