Thursday, December 30, 2010

Palestin Pada Jaman Dahulu Kala.. _xdeKaler_

 

Khazanah yg mesti disimpan....
sumber: ABNA

Persiapan 10 Muharam _Qom_

 

sumber: ABNA

Wednesday, December 15, 2010

Setiap Hari Adalah Asyura, Setiap tempat adalah Karbala..... _10Muharam_


10 Muharam
Juga dikenali sebagai hari Asyura
Hari yang penuh dengan kesedihan
Hari yang penuh dengan ratapan
Hari yang penuh dengan tangisan

10 Muharam
Terjadinya sebuah kisah yang sedih
Terjadinya sebuah kisah yang pedih
Terjadinya sebuah kisah yang pilu
Bagi mereka yang tahu erti kasih

10 Muharam
Engkau bermandian darah
Darah para ahlul bait
Darah para pencinta ahlul bait
Darah para pembenci kezaliman
Darah para pencinta keadilan

Ya Imam Husain
Engkau adalah cucu Al-Mustafa'
Engkau adalah anak Al-Murtadha
Engkau adalah anak Az-Zahraa
Engkau adalah manusia yang suci

Ya Imam Husain
Mati bagi mu adalah baik
Dari hina dihadapan pemerintah zalim

Ya Imam Husain
Engkau telah dizalimi
Engkau telah dinafikan hak
Engkau telah ditindas
Namun kami tidak berbuat apa-apa

Ya Imam Husain
Bagaimanakah kami mahu berhadapan dengan datukmu
bila ketika mana diri mu kesusahan
kami hanya berdiam diri

Ya Imam Husain
Pada hari ini
Hari 10Muharam
Masyarakat kami bergembira
Membuat bubur Asyura
Tanpa terfikir sedikit pun
derita mu pada hari yang sama pada tahun berbeda

Ya Imam Husain
Umat semacam apakah kami ini
Bila ketika hari pembunuhanmu
Kami tidak sedikit pun memperingati mu
memperingati perjuangan mu
memperingati kesyahidan mu
Umat semacam apakah kami ini Ya Imam Husain

Ya Imam Husain
Pada awal tahun 61hijrah yang lalu
Engkau melalui detik-detik yang sukar
Pasukan mu di kepung oleh musuh-musuh Allah dan Datukmu
Pasukan mu dilarang mengunakan air sungai selama beberapa hari
Sehingga seluruh pasukan mu kehausan
Anak-anak kecil menangis tidak tahan
Namun begitu, ia tidak mematahkan iman mu
Walau sesukar mana pejalanan mu
Tidak engkau sesekali tunduk pada orang yang zalim

Ya Imam Husain
Ketika pasukan mu diasak musuh
Musuh yang juga mengakui beriman pada Allah dan Datukmu
Namun mereka tidak ada sedikitpun perikemanusian
Tidak ada belas kasihan pada mu dan seluruh ahli keluargamu
Meratah-ratah daging saudara-saudaramu dan pengikut-pengikutmu
Oleh kerana mata hatinya ditutup oleh janji-janji sang penguasa

Monday, December 13, 2010

Terima Kaseh Faisal Tehrani _karbala_


Karbala, oleh Faisal Tehrani, buku yang baru aku habis baca semalam. Buku ini aku beli secara online melalui Ujana Ilmu. Buku ini adalah sebuah drama pentas atau teater masyarakat Islam atau ia lebeh dikenali sebagai Ta'ziyeh.
Aku mengucapkan ribuan terima kaseh kepada penulis buku ini, Faisal Tehrani kerana didalam buku ini dihuraikan gambaran peristiwa Karbala. Peristiwa Karbala sebelum ini selalu aku dengar daripada abah ku, namun aku tidak mendapat gambaran yg jelas dan peristiwa apa yg berlaku sebenarnya berlaku diKarbala.
Aku berterima kaseh sekali lagi kepada penulis, kerana dengan buku ini dapat membuatkan aku belajar untuk menyintai dan menyayangi Saidina Husain/ Imam Husain..
Sempana bulan Muharam yg depenuhi peristiwa bersejarah ini, marilah kita sama2 mengingati kisah Karbala ini. Kisah kesyahidan Imam Husain cucunda kepada Al-Mustafa dan putera kepada Al-Murtadha dan Azzahrah.

Bagaimana Imam Husain telah dizalimi, ditindas bersama-sama ahlul bait serta para sahabat yg setia. Bagaimana pasukan Imam Husain telah dikepung, dilarang mengunakan air sungai Furad selama beberapa hari, dan diserang secara tidak berperikemanusian oleh segolongan manusia yang kononnya mengakui beriman kepada Allah dan Rasulullah. Bagaimanakah perilaku manusia2 ini yg mabuk kuasa, mengikuti sahaja perintah pemerintah zalim yg takut kuasa yg ada didalam gengaman kononnya terlepas membunuh seluruh pasukan cucunda Rasulullah dengan zalim dan tanpa rasa takut pada Allah.

Bagaimana adinda Imam Husain, Zainab Al-Kubra serta beberapa orang lagi wanita ahlul bait dijadikan tawanan dan diaibkan sepanjang perjalanan keibukota menemui khalifah..

Terima kaseh kepada penulis, kau telah buat aku berasa sedih dengan peristiwa ini, peristiwa yg tidak dapat dilupakan oleh umat Islam.

Kupohon Allah sampai kan salam ku kepada mu wahai Imam Husain... Engkau lah ketua pemuda syurga yg sepatutnya dijadikan contoh oleh pemuda2 Islam

Salam Karbala....

Friday, December 10, 2010

Saya Tidak Bermazhab Syiah, Tapi Saya Menyintai Husain _HAMKA_


Tahukah anda, orang-orang syiah jika mereka bersengketa dan bergaduh seburuk mana sekalipun, mereka akan bersatu dalam satu hal. Dan satu hal inilah yang menjadi tali pengikat yang sampai kini mustahil digunting ceraikan.

Tali pengikat itu adalah menangis demi Husin.

Dr. Michael Brant, seorang ejen CIA menawarkan penyelesaiannya dalam laporan bertulis A Plan to Divide and Destroy The Theology.Kesimpulan beliau, hentikan syiah dari menangis. Kekuatan mereka akan luntur dan mudahlah Islam seluruhnya diluluh. Untuk makluman, CIA kurang mempedulikan kita orang-orang sunni. Ini kerana 1) kita tidak bersatu. Kita sunni tidak seperti syiah yang bersatu di bawah kepimpinan seorang ketua. Orang syiah bersatu di sebalik Aketua mereka, Ayatullah al Uzma Ali Khamenei. Juga kerana 2) oleh kerana kita , sunni, bercempera maka mudahlah mereka melantak kita. Sebagai contoh, belum ada gerakan sunni yang berjaya melawan kuasa barat dan tirani di dunia moden ini.

Akan tetapi syiah nampaknya lain. Meski mereka kadang-kala bergaduh dan berbalah; setahun sekali, apabila Muharam tiba mereka akan bersatu dalam tangisan.

Ramai orang menyangka penganut syiah menangis kerana mereka kaki meratap seperti orang gila. Berdasarkan kajian saya, ini adalah tidak benar. Orang syiah percaya, menangis membuktikan ketinggian kedudukan rohani seseorang itu. Kita sunni pun percaya perkara ini. Kitakan sudah pernah mendengar kata-kata, gelak ketawa mematikan hati sedang tangis sedih menyuburkan hati (kerana mengenangkan amal yang masih kurang.)

Baik, berbalik kepada perangai orang syiah yang suka menangis.

Menurut seorang ulama syiah, Ayatullah Taqi Misbah Yazdi, (foto) orang syiah menangis untuk menuju empat tingkatan spiritual. 1) Mereka berusaha mencapai keredhaan (ar-rida'), 2) Mereka berkehendak kepada kebenaran (ash-shidiq), 3) Mereka menangis memohon petunjuk (al-hidayah) dan 4) Orang syiah menangis dalam proses pemilihan (al-isthifa'). Ayatullah Taqi Misbah Yazdi seterusnya menghuraikan para nabi-nabi telah mencapai empat tingkatan spiritual yang tinggi ini. Ini berdasarkan ayat al-Quran, "Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al-Qur'an al-Karim dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, dan mereka berkata, 'Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi.' Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (Al-Isra': 107-109). Melalui ayat ini, Ayatullah Taqi Misbah Yazdi menegaskan orang syiah menangis bukan kerana mereka tiada kerja lain. Akan tetapi mereka menangis kerana ilmu dan makrifat. Bahawa ilmu dan makrifat itulah penyebab timbulnya tangisan. Sebagai contoh ketika orang syiah mengenang akan kesyahidan Saidina Husin, setiap mereka akan mengetahui hakikat sesuatu meski berbeza-beza dapatannya, dengan itu mereka pun mengetahui hakikat kenabian Rasulullah SAW dan seterusnya mengetahui hakikat kesyahidan Imam Husin. Tiap kali mereka berasa terketuk hati oleh pengetahuan seperti yang terjelma dalam surah al Isra' maka hati mereka menjadi peka, dilanda emosi dan mata mereka pun mulai mengucurkan tangisan.

Bukankah Rasulullah ada bersabda, "Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Di ayat lain Allah berfirman, "Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul, kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui (Al-Maidah: 83).

Orang syiah juga percaya falsafah tangisan ada pada ayat ini: 'Apakah kamu merasa heran terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis?' (An-Najm: 59-60)

Orang syiah berbeza daripada kita sunni, kerana selepas al-Quran dan hadis; mereka merujuk ahlul bait sebagai sumber asas ajaran mereka.Oleh itu jika kita membandingkan mereka dengan kita tentulah kurang tepat, kerana memang mereka berbeza dari segi rujukan.

Menurut rujukan syiah, cucunda Rasulullah saw, bernama Zainab (setelah kesyahidan saudaranya Husin dengan cara yang kejam) telah bertindak menyatakan protes dalam senyap yang berkesan iaitu dengan menangis sambil menghantukkan kepalanya kepada tiang penyangga yang digunakan untuk menawan dan mengurung beliau. Tindakan beliau itu menyebabkan pendarahan yang banyak di kepala serentak dengan perarakan masuk membawa kepala Saidina Husin yang telah dipenggal ke dalam kota Kufah. Perbuatan itu menjadi ikutan orang di Kufah yang kesal kerana gagal mempertahankan Saidina Husin dari dibunuh. Zainab terus melakukan perkara yang sama tatkala rombongan beliau yang ditawan itu digiring ke Damsyik untuk menghadap Yazid. Saya difahamkan bahawa aksi Zainab ini menurut sumber rujukan syiah adalah dikira sahih seperti yang diriwayatkan oleh ‘Allamah al-Majlisi dan Sheikh al-Shari’ah al-Isfahani. Riwayat ini misalnya dilaporkan dalam Bihaar al-Anwaar jilid 45, halaman 114. Dan dalam Jalaa’ al-‘Oyun; jilid 2, halaman 238, Zaynab al-Kubra; halaman 112, Asraar al-Shahadah; halaman 474, Al-Muntakhab; jilid 2, halaman 478, dan dalam Nusrat-ul-Madhlum; halaman 18.

Berdasarkan kajian saya, dalil perkabungan untuk mengenang Saidina Husin juga ada dalam tradisi sunni kita. Lihat Sahih Tirmidzi hadis bernombor 3860. Terdapat hadis menggambarkan kedukaan Rasulullah saw sehingga kepala dan muka baginda dipenuhi debu. Saya telah mengemukakan pun hadis penuh tersebut dalam entri sebelum ini. Namun untuk kepuasan merujuk, saya turunkan sekali lagi: Abu Said al-Asyajj menceritakan kepada kami, Abu Khalid al-Ahmar memberitahukan kepada kami, Razin memberitahukan kepada kami, dia berkata Salam menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku masuk menghadap Ummu Salamah sedangkan dia tengah menangis lalu aku berkata: Apa yang membuat kamu menangis? Dia berkata: Aku bermimpi melihat Rasulullah SAW, sedangkan di atas kepala dan janggut beliau terdapat debu. Lalu aku bertanya: Apa yang terjadi pada engkau Wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Aku baru saja menyaksikan pembunuhan Al-Husin."

Selain itu, sumber sunni dan syiah kedua-duanya menceritakan perihal sahabat Rasulullah saw bernama Uwais al-Qarni yang sangat mencintai baginda Nabi Muhammad saw. Sebaik sahaja berita Rasullullah cedera serta patah 2 gigi di medan Uhud tiba di telinga beliau (Uwais tinggal di Yaman), Uwais serta merta mencabut satu demi satu giginya merasakan ia tidak memadai, beliau mencabut semua giginya sebagai aksi kesedihan mengenangkan kecederaan baginda Rasul. Apabila Rasulullah saw kemudian dimaklumkan tentang insiden ini, baginda Rasulullah saw mengisytiharkan Uwais adalah sahabatnya yang setia. Kisah ini dapat ditemukan dalam 'Sirat Halbia' jilid II, halaman 295. Untuk makluman tuan-tuan, Uwais adalah sahabat Rasulullah saw yang diiktiraf sahabat meskipun beliau tidak pernah menemui baginda secara fizikalnya. Ini kerana Uwais tinggal berjauhan dari Madinah.

Ulama Sunni terkemuka, Farid al Din Attaar dalam 'Tadhkhirah tul Awliya' melaporkan apabila Uwais kemudiannya bertemu dengan Umar Khattab, beliau mengatakan kepada Umar:

"Jika kau benar-benar sahabat kepada Rasulullah maka mengapa pada hari patahnya gigi Rasulullah kau tidak mematahkan gigimu sebagai satu penyataan persahabatan? Kerana itulah bukti persahabatan. Uwais menunjukkan giginya. Aku mencabut seluruh gigiku walaupun aku tidak pernah menemuimu wahai Rasulullah saw dan bersahabat denganmu secara ghaib. Aku mencabut sebatang gigiku tetapi aku tidak dapat memuaskan hatiku maka aku mencabut satu demi satu sehingga tertanggal semuanya."

Saya mendapati insiden Uwais yang 'ekstrim' ini merupakan satu hujah yang menarik. Pertama, Uwais tidak pernah menemui Rasulullah saw secara sedar. Kedua, Uwais melakukan perbuatan mencederakan diri secara sengaja dengan sedar. Ketiga, secara sedar juga apabila insiden ini dimaklumkan kepada Nabi Muhammad saw, baginda telah memberi 'reward' kepada Uwais iaitu memberikan beliau gelar 'sahabat' yang hanya diperolehi oleh mereka yang hidup bersama Rasulullah saw sahaja.

Walaupun begitu, sila beri perhatian, terdapat banyak bentuk perkabungan dalam kalangan orang syiah. Di Iran dan Lubnan, perkabungan yang lazim dan dibenarkan oleh para ulama terkemuka mereka ialah - sekadar menangis dan meratap - sandarannya adalah Rasulullah saw sendiri menangisi Husin seperti yang telah ditunjukkan menerusi hadis Ummu Salamah (dari rujukan sunni, Tirmidzi, yang terdapat di atas). Kadang kala mereka menjadi lebih kreatif dalam perkabungan dengan melakukan pementasan dan perarakan (semacam reenactment peristiwa di Karbala). Tuan-tuan perlu memahami reenactment kejadian Karbala ini menjadi satu toolspendidikan sangat berkesan buat generasi muda mereka (lihat foto di atas).

Namun, umat syiah di Iraq, Pakistan, Afghanistan dan India memilih untuk berpegang kepada insiden Zainab al Kubra dan Uwais al Qarni seperti yang telah saya nukilkan di atas. Justeru kita akan melihat beberapa aksi yang ekstrim daripada mereka. Saya tidak nafikan, saya sendiri sebagai pengkaji berasa gerun.

Pada pandangan saya, sementelahan mereka berbeza, dan selagi mereka mempunyai dalil untuk berpegang, serta masih berpaut dan mengikat diri dengan Allah dan Rasulullah saw (akidah yang sama dengan kita, sunni); maka tidak wajar untuk kita melenting menghukum tanpa mengkaji terlebih dahulu. Mereka mendakwa mereka mencederakan diri demi kecintaan kepada Saidina Husin, maka biarlah Saidina Husin yang menerima atau menolak aksi mereka itu. Tidak usahlah kita yang bukan sesiapa ini menghukum pula. Sudahlah kita tidak berkabung mengenangkan Saidina Husin, kita malah tidak mengenal pun sejarah baginda.

Tuan-tuan, azadari atau perkabungan inilah rahsianya pengaruh syiah. Dan inilah yang ingin dimusnahkan oleh CIA.

Nah, Dr. Michael Brant, ejen CIA yang mengkaji dan menekuni kekuatan syiah berbanding sunni dalam laporannya “A Plan to Divide and Destroy the Theology” menemukan satu 'gunting' untuk memutuskan orang-orang syiah yang kuat menangis ini.

Menurut kajiannya, orang syiah tanpa mengira fahaman politik, kawan seteru, kelas dan keturunan akan selalu berhimpun untuk mengingati tragedi Karbala. Dalam majlis peringatan itu, biasanya seseorang akan berceramah dan menukilkan kembali sejarah tragedi Karbala, sambil hadirin pun mendengarkannya. Pada saat itu, menurut Dr Brant lagi, orang syiah akan dirasuk kesedihan (kita telah menghuraikan kenapa mereka melakukan begitu dalam perenggan-perenggan di atas) lalu spontan memukul dada dan melakukan ‘upacara kesedihan’ (seperti yang sebutkan, dalam tradisi mereka dipanggil, azadari).

Dr Brant memutuskan, penceramah dan para pendengar ini sangat penting untuk 'dicemarkan'. Ini kerana, azadari seperti inilah yang selalu menciptakan semangat dan gelora penganut syiah justeru mendorong mereka untuk selalu siap memerangi kebatilan demi menegakkan kebenaran. Hal ini telah saya sentuh secara ringkas dalam entri ini, klik sini.

Maka pelan CIA hasil saranan Dr Brant ialah sembilan perkara:

1. Amerika harus mencari tokoh syiah yang ada sifat materialistik dan memiliki tunjang akidah yang lemah. Bagaimanapun tokoh ini tetap memiliki kemasyhuran dan kata-kata yang berpengaruh. Menerusi tokoh-tokoh inilah CIA berharap dapat menyusupi upacara-upacara azadari (wafat para Imam Ahlul Bait).

2. Daya eksternal yakni Amerika harus menaja dan mendana terus para penceramah dan agamawan sunni yang tidak begitu banyak mengetahui akidah syiah supaya dapat menimbulkan bibit rasa tidak senang sunni terhadap mereka.

3. Daya internal yakni CIA mesti mencari sejumlah orang syiah yang memerlukan duit segera, lalu memanfaatkan mereka dalam kempen anti-syiah. Orang syiah yang akan diajar berkhianat ini akan melemahkan dasar-dasar doktrin syiah sambil melemparkan kesalahan kepada para Marja (ulama rujukan masyarakat Syiah).

4. Orang syiah yang memerlukan wang ini harus diajar dan disuntikkan dalam fikiran mereka bahawa praktik azadari adalah tidak sesuai, dan bertentangan dengan ajaran syiah yang sebenarnya. Hal ini akan dibantu oleh daya eksternal di mana sesetengah orang syiah akan berasa rendah diri, malu atau terpukul ekoran ulama sunni yang mengecam perlakuan azadari mereka.

5. CIA harus membesar-besarkan keburukan aksi azadari sehingga muncul kesan bahwa orang syiah ini adalah kelompok manusia bongok, penuh khurafat, tahyul-sesat di mana pada bulan Muharram melakukan hal-hal yang mengganggu orang lain.

6. Untuk itu, CIA perlu disediakan dana besar, supaya dapat membiayai penceramah baik dari sunni mahupun syiah yang dapat menistakan praktik azadari. Ini supaya mazhab syiah yang logika menjadi sumber keempatnya selepas al-Quran, hadis dan sunnah ahlul bait dapat ditampilkan sebagai suatu mazhab yang sebenarnya tidak logis, palsu dan mengelirukan. Hal ini akan menjelmakan perpecahan di antara mereka dengan sendirinya.

7. Apabila kesatuan mereka sudah genting, sediakanlah gunting iaitu sedikit daya ketenteraan dan perisikan.

8. Kerja perisikan CIA akan bertugas untuk mengucurkan dana besar bagi membaja dan mempropagandakan informasi palsu. Misalnya akan ada laman tertentu memburukkan Ayatullah Ali Khamenei.

9. Akhir sekali berbagai subjek anti-Marjaiyah (anti ulama syiah) harus disusun untuk syiah dan sunni, lalu disebarkan kepada masyarakat secara meluas. Biarkan, maklumat jahat itu akan beredar sendirinya sebagai contoh di alam maya. Marjaiyah (kepimpinan ulama) yang merupakan pusat kekuatan Syiah, dengan itu akan dimusnahkan. Akibatnya, para pengikut syiah akan bertebaran tanpa arah, menjadi seperti saudara mereka sunni lalu mudah untuk CIA menghancurkan mereka.

Faisal Tehrani: Tulisan saya ini tidaklah bermaksud membela syiah. Sudah masanya kita memahami satu sama lain. Mereka nampaknya berpegang kepada dalil sendiri. Sebagai ahli akademik adalah menjadi tugas saya mengkaji dan menulis dapatan tersebut buat manfaat keilmuan. Sebarang baik dan buruk terletak di dalam benak dan kalbu tuan-tuan untuk menilainya.

Thursday, December 9, 2010

Dr Ahmadinejad _sunniView_

Dr Ahmadinejad
p/s: aku minat kat pemimpin sorg ni.... Semoga Allah melimpahi rahmat dan berkah pada diri beliau...

Monday, December 6, 2010

Perutusan Maal Hijrah _newYear_



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
  • Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.

Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.

Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.

Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.
Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat.

Sekian.
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Pejabat Menteri Besar Kelantan. Bertarikh : 28 Zulhijjah 1431H / 5 Disember 2010M

Thursday, December 2, 2010

AJK Pas Pusat Pilihan Hati Gua..... _guaPunyaSukaLaa_

Aku buat bende ni bukan apa, aku tengok Pas sekarang mcm lemau je, seperti biskut mayat dicelahan sofa. Tak bermaya. Yg aku lihat, dua-tiga kerat je pemimpin2 Pas yg maseh ranggup bak biskut baru kuar tin. So, aku pun beranggan-anggan kalo seluruh AJK Pas Pusat ditukar, supaya Pas akan nampak lebey bermaya, dan hebat serta agresif. Nie carta AJK bayangan aku, lantak ape org nak kate.....

PRESIDEN :
 
Dato' Seri Ustad Azizan

Kenapa aku pilih dia sbg presiden, sbb beliau tegas, kacak dan bergaya. Ceit, xder kena mengena pun dgn kepimpinan. Aku pilih die sbb, die ada personaliti tersendiri. walau aku xpenah jumpe die depan2, tp aku rasa beliau boleh bawak Pas lebey jauh dari skrg. Lagi satu beliau mempuanyai latar belakang yg semua ahli mahukan iaitu latarbelakang ulama.
Video nie menambahkan lg kenapa aku pilih Ustad Azizan....
video

TIMBALAN PRESIDEN :
YB Dato Paduka Husam Musa

Ya... exco kerajaan negeri kelantan. aku berasa kan beliau lebey produktif dari timb presiden skrg.. lihat sahaja bagaimana beliau mengulas setiap isu2 berbangkit dan bagaimana beliau menguruskan sesuatu isu melibatkan parti.. Serta beliau bijak membangkitkan sesuatu isu melibatkan rakyat seperti hak royalti minyak.

NAIB PRESIDEN: 
 Hj Mohd Sabu

Bang Mat Sabu mmg tak dinafikan lagi mmg seorg yg lantang. Kite tgk mcm mane bang Mat berhujang dlm parlimen suatu ketika dahulu. Aku sure, kalo bang Mat pegang apa2 pun jawatan tertinggi dlm parti, semua ahli akan berpuas hati.. Ahli Amno je panas hati..

NAIB PRESIDEN:

YB Khalid Samad

Adek seorang bekas menteri kabinet Malaysia, Shahril Samad. Orang Amno cukup2 menyampah dgn beliau. Lagi seseorang tu dibenci puak2 AMno, lg la aku syg kat org tu... krn kalo seseorg tu bleh menyebabkan puak2 Amno benci kat diri dia, itu menunjukkan dia boleh memberi ancaman pada Amno.

NAIB PRESIDEN:
YB Salahuddin Ayub

Seperti namanya, beliau seorg yg amat tegas dan berprinsip. Takyah byk crite, beliau dah mmg pegang pun jawatan naib presiden... Lantang dan bertenaga.....

KETUA DEWAN ULAMA:
 Ustad Ahmad Awang

Walaupun lama tak menonjolkan diri, aku pasti dia ada sbb kenapa berbuat bgtu.... maybe xmo dilihat melebihi pimpinan2 skrg yg agak lemau... tp aku pasti kalo beliau diberi peluang memegang jawatan yg sepatutnya, beliau akan jalankan amanah dgn baek....

KETUA DEWAN PEMUDA:
Ustad Nik Abduh

Berlatar belakangkan keluarga ulama besar, aku rasa beliau berupaya membawa pemuda kearah yg satu tahap yg lebey hebat dari sekarang. Pemuda Pas seharusnya nampak lebey agresif dari pemuda2 parti2 laen...

KETUA DEWAN MUSLIMAT:
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

Dewan Muslimat pula, aku xtaw nak calonkan sesiapa, kerana aku tak ambik port sgt perihal dewan muslimat Pas. Tp xper, dimana-mana kawasan dan cawangan sekalipun, aku yakin muslimat pas bergerak aktif. Aku xboleh menafikan penglibatan muslimat Pas dlm perjuangan dan pergerakan Pas diMalaysia....

SETIAUSAHA AGUNG: 
 Mahfuz Omar

Setiausaha agung skrg ni, sewajarnya ditukar, lemau, xbest, tak berbisa.... Setiausaha sesebuah parti itu mestilah seorang yg agak lantang, berfikiran kritis, dpt menjawab isu dgn baek, boleh menghandle isu2 dgn kreatif dan seorg yg cepat dan proaktif.. Mahfuz Omar aku rasa punyai ciri2 tersebut selama pegang Naib Presiden.

BENDAHARI PUSAT :
 YB Dr Dzulkefly Ahmad

Dlm perancangan kewangan Pas Pusat, aku prefere dr Dzul, bukan sbb beliau MP kawasan aku, tp dgn kelantangan beliau, beliau wajar memegang jawatan yg lebey besar dlm parti, agar suara nya yg lanatang serta idea2 beliau lebey didengari oleh pucuk pimpinan...

KETUA PENERANGAN PAS PUSAT: 
 Dr Hatta Ramli

Bukan aku nak kata ketua penerangan skrg tak bagus, tp tak cukup bagus. Aku rasa jika dr Hatta pegang jawatan ni, Pas akan dilihat lebey dinamik. Sbb nya ketua penerangan skrg ni, agak lambat, selepas beberapa org pemimpin Pas memberi kenyataan defend, baru beliau mengeluarkan kenyataan. Bahagian penerangan adalah sgt penting untuk menerangkan kepada masyarakat tentang sesuatu isu yg berbangkit, hala tuju parti dan aktiviti2 parti. Ketua Penerangan Parti harus menjadi sumber maklumat parti kepada media2 baru. Xder la media2 baru penat2 mempertahankan parti dlm menjawab isu2 berbangkit, dlm 2-3 hari baru ketua penerangan bwt kenyataan....

Ok, sampai sini je la... takkan aku gak nak pikirkan sape nak isi Ahli Jawatankuasa Kerja, ramai ahli2 Pas yg sgt2 layak utk mengisi jawatan tersebut...
Perh... letih gler, lame dah tak update blog gune akal pikiran sendiri, name je blog Pemecah Fikiran... Ceit....

p/s : jgn saman saya kalo saya terambik photo2 tuan2.... pic2 tersebut saya ambik terus dari ladang Google Image. Sekian terima kaseh.... 


Wednesday, December 1, 2010

Pilihanraya ke-13, Jgn Harap PR Nak Menang Dengan Mudah!!! _13%_

15 Sebab Nape PR xbleh menang dengan mudah

Oleh : AdukaTaruna

Melalui penasihat dari bangsa yang terbukti bijak dan hebat, Zionis APCO; UMNO pada gua berada dalam landasan terbaik untuk mengharungi detik PRU13. Secara perancangan manusianya lah. Perancangan Allah, kita tak tahu. Cuma Allah mengatakan kejahatan yang terancang selalunya mengalahkan kebaikan yang bersepah-sepah.

1. Baru-baru ini, bersumberkan Malaysiakini, Menteri Dalam Negeri mengumuman satu kemasan bagi tujuan takrifan kpada kesalahan internet. Gua fikir, ianya akan digunakan menjelang bahang PRU13 nanti. Dengan melokapkan 2-3 blogger otai, di sepanjang tempoh kempen, akan menyebabkan seluruh media internet fokus terhadap berita itu, dan melengahkan pembongkaran demi pembongkaran terhadap kezaliman BN.

2. Penempatan askar Wataniah di setiap parlimen juga dilihat lebih menjaga survival BN di peringkat pusat. Pengumuman organisasi bersekutu BN, yakni SPR akan hilangnya hak keluarga tentera sebagai pengundi awam membuktikan ini.

3. Pengambilalihan tugas PGA kepada tentera di negeri-negeri Barisan Rakyat turut membuatkan UMNO-APCO berada dalam landasan terbaik. Dengan helah menjaga sempadan lebih efektif, dalam masa 6 bulan bukan tempoh kekal menampakkan hujah dan alasan yang pelik untuk Melayu Cerdik, tetapi normal untuk Melayu Hutan.

4. Siri pembesaran kelemahan PKR yang saban hari turut menyumbang kepada pengukuhan jenama BN. Kemudian, selepas pemilihan PKR, pemilihan DAP turut menjadi mangsa. Ya. Memang benar pemilihan PKR kotor, tetapi terlalu sedikit berbanding UMNO. Cuma, kemampuan UMNO ialah menukarkan cacing kepada naga, dan naga kepada cacing menggunakan jentera kerajaan dan media mereka. Dajal itu datang membawa syurga di tangan kanannya, dan neraka di tangan kirinya.

5. Ugutan-ugutan keganasan oleh UMNO seandainya mereka kalah, dalam bentuk kiasan juga turut menakutkan masyarakat Cina. Ianya adalah satu bentuk kata 2. Perang saraf yang dirangka oleh Zionis APCO.

6. Untuk masalah imej Rosmah yang dikatakan bakal mengantikan imej Khairy yang merosakkan UMNO, melalui siri pembinaan imej, saban hari Rosmah keluar TV dengan imej wanita prihatin dan penyayang. Gua tak sure kesan propaganda itu kepada Melayu Hutan, tapi kalau lu tanya gua, jawapannya ialah, gua semakin jijik dan meluat.

7. Kenaikan harga minyak secara senyap dan pemotongan subsidi tradisi selama ini juga adalah petanda kepada tabung pilihanraya BN.

8. Mungkin APCO mengetahui akan fakta masyarakat Melayu tahap Felda adalah fix deposit undi kepada UMNO. Maka, dengan itu, kebelakangan ini, kempen mengenai kehebatan Felda dan jasanya disiarkan. Terbaru, berita mengenai kekaguman Presiden Laos mengenai Felda.

9. Kes terhadap Anwar Ibrahim turut menjejaskan fokus beliau terhadap politik Malaysia. Ianya menguntungkan BN.

10. Peristiwa bencana alam yang dieksploitasi dengan baik oleh media BN, dan kesilapan kerajaan Kedah memusuhi Malaysiakini dalam boikot medianya, gua fikir turut menyumbang kepada laluan yang baik untuk BN dan APCO.

11. Prestasi sukan Malaysia diperingkat antarabangsa terutama di Sukan Asia juga gua letakkan sebagai penyumbang kepada laluan yang baik bagi BN dan APCO.

12. Gua beranggapan, pengumuman peningkatan kelab hiburan oleh BN-APCO membantu mood jutaan pengundi muda tahap intelek sampah kepada BN, membantu BN-APCO mengumpulkan dana PRU13 melalui pelbagai jualan seperti arak dan sindiket dadah dalaman dan istimewa. Semuanya berlaku dalam pecahan berita. 1 berita yang diumumkan untuk media berbahasa Inggeris. 1 berita yang diumumkan oleh media berbahasa Melayu Hutan.

13. Tahun 2011 mungkin akan menyaksikan UMNO-APCO membawa lebih banyak konsert bagi tujuan capaian Melayu. Ianya melemahkan otak dan melekakan. Al-Quran pula hanya bertaraf pertandingan nyanyian. Ulama Melayu akan bertanding menyanyi dengan ulama Arab. Suara siapa lebih sedap.

14. Tarikh korban yang dilewatkan di Malaysia terlalu jauh berbanding dengan ibadah wajib di Arab Saudi, bersama dengan jutaan manusia, juga mungkin helah APCO bagi tujuan menjauhkan rahmat Allah, menjauhkan roh ukhwah satu dunia di Malaysia ini.  Diasingkan dan disingkirkan. Pecah dan dipecahkan. Umat Islam dikelirukan. Mufti dan ulama Malayu wala’. Nak lawan ulama pula masuk neraka.

15. Pada pendapat gua, tanpa bukti, strategi pemilikan ikon masyarakat oleh BN juga menunjukkan kebijaksanaan APCO. Setiap ikon atau idola masyarakat harus disinonimkan kepada kerajaan BN. Lee Chong Wee dengan pantas di Datuk kan oleh Pulau Pinang (Yang Dipertua Negeri UMNO), Siti Nurhaliza membatalkan konsert atas nama kerajaan Negeri Pulau Pinang (Lim Guan Eng DAP), Nicol David juga di Datuk kan supaya terikat dengan protokol dan istiadat UMNO, artis2 Melayu yang di Datuk kan di Pahang, semuanya membantu UMNO-APCO berada di landasan terbaik. Ini bukan kerja pemikir tahap ulama genetik Melayu. Bukan tahap ulama Rusila.

Tahun 2011 adalah landasan terbaik PRU13 untuk BN-APCO. Apa pun kemampuan kita, kita harus lawan dengan kekuatan yang tersusun, dan kelemahan yang diakui. Akui dulu kelemahan adalah penting bagi tujuan pembaikan. Kalau kelemahan itu dilindungi dengan hukum agama dan ugutan neraka, maka, kekallah kita dalam kehinaan umat zaman dajal.

sumber: AdukaTakTeruna

Tuesday, November 30, 2010

Bagaimana Bersukan Cara Islam _haiLadies_

Para Atlet Wanita Iran di Sukan Asia 2010
 
Saya percaya ramai wanita di luar sana berminat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan, dan menyimpan angan-angan untuk mewakili Malaysia dalam bidang sukan yang diminati. Mungkin, meraih pingat untuk negara tercinta. Masalah mereka hanya satu: mereka perlu buka-buka. Hasrat untuk bersukan demi nusa pun terpaksa ditelan dan dilupakan. Sayang, bakat yang ada terbuang begitu sahaja. Akan tetapi, Iran, satu-satunya negara syiah di dunia Islam menunjukkan jalan alternatif. Beragama tidak menghalang wanita bersukan. Sesat-sesat mereka pun tetap akur dengan tuntutan syariat.

















Atlet wanita Iran mewakili 25% dari jumlah 373 keseluruhan atlet Iran yang dihantar ke Sukan Asia di Guangzhou baru-baru ini. Dan mereka menyumbang 25% pingat yang dikutip Iran. Atlet wanita Iran mengutip pingat dalam acara wushu, menembak, taekwondo, kabaddi, karate, dan mendayung.

Iran menyerlah dengan 59 pingat (20 emas, 14 perak dan 25 gangsa) di Guangzhou, China, ia adalah pencapaian terbaik Iran sejak 1974 iaitu Sukan Asia di Tehran. Empat tahun lalu di Doha, Iran hanya beroleh 12 pingat emas dan menduduki tempat keenam. Kali ini, mereka di tempat keempat.
 

Malaysia's Flag

Malaysia's Flag