Yasini:
Sebelum memulakan perbahasan, silakan tuan sampaikan sedikit ucapan.
Ayatullah Qazwini:
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, salah satu siaran televisyen yang berkait rapat dengan Wahabi telah meluaskan propaganda menentang Syiah dengan serangan yang sangat dahsyat. Mereka berkhayal bahawa ia dapat mempertikaikan cahaya nurani Ahlul Bait yang ma’sum dan suci di peringkat antarabangsa.
Saluran Al-Mustaqillah yang mempunyai hubungan dengan Wahabi, sejak hari pertama siarannya, ia berusaha mencetuskan fitnah terhadap Syiah. Dua bulan baru-baru ini fitnah telah sampai ke kemuncaknya. Saya sendiri telah diundang untuk berdebat. Kami pun menolaknya sambil menyatakan kami tidak sudi berdebat dalam sebuah saluran televisyen yang mencetuskan fitnah dan perpecahan di kalangan umat Islam. Kami sudah berdebat dengan tokoh-tokoh terkenal Wahabi seperti mufti besar, para pensyarah universiti dan hawzah-hawzah ilmiyah mereka. Namun itu bukanlah perdebatan dengan seorang Ahlusunnah, tetapi perdebatan dengan orang gila yang kerjanya tidak ada yang lain kecuali mencaci, seolah-olah tidak pernah mendapat didikan ayah dan ibunya. Menurut pandangan kami, individu seperti ini bukan menghina Syiah, namun ia menghina Islam.
Kadang-kadang apabila diceritakan sedikit sahaja perihal sahabat nabi dalam saluran TV Salam, sebahagian tok guru Ahlusunnah akan membangkitkan perkara ini dalam khutbah-khutbah Jumaat, mereka lantang menentang saluran TV Salam dan Syiah. Namun saya tidak tahu mereka ini berdiam diri apabila beberapa saluran TV meluahkan penghinaan paling buruk terhadap para Imam (a.s), Ahlul Bait (a.s) dan Imam Mahdi (a.j) serta melaknat para marji’ taqlid Syiah dalam beberapa saluran TV?. mengapa mereka tidak mengeluarkan pernyataan masing-masing? Mengapakah mereka tidak bertindak apa-apa? apakah mereka takut dengan orang gila? Kami suka melihat kalau para alim ulama Sunni seperti Abdul Hamidi yang lantang memprotes saluran TV Salam agar berdepan dengan semua penghinaan orang gila ini. Hendaklah mereka tunjukkan slogan yang dilaungkan mereka selama ini, iaitu kita menuntut perpaduan sesama Islam dan menjauhi sebarang bentuk perpecahan dan perselisihan. Ramai saudara kita dari dalam dan luar negara menelefon kami dan mengirim emel agar mengatur acara untuk berdepan dengan serangan Wahabi dan menyusun rancangan untuk para mahasiswa, pensyarah universiti dan pelajar agama menjawab keraguan Wahabi yang besikap kebudak-budakan terhadap Syiah.
Ada kabar gembira buat semua penonton, mahasiswa, pensyarah universiti, pelajar agama, ustaz-ustaz Hawzah Ilmiyah dari dalam dan luar negara, bahawa dalam waktu terdekat ini akan diumumkan kemunculan beberapa rancangan mengenal kebudayaan Syiah dan menjawab keraguan Wahabi melalui laman web dan secara online untuk para pemuda kita. Setelah beberapa ketika rancangan ini berjalan, kami akan mengadakan program khusus untuk mereka yang mengikuti acara tersebut. Barangsiapa yang berjaya dalam ujian, mereka akan meraih hadiah yang lumayan seperti pakej menunaikan ibadah haji dan menziarahi Masyhad untuk peserta dari dalam dan luar negara.
Dalam pertemuan kita yang pertama, salah satu keraguan penting yang ditimbulkan oleh Wahabi untuk memerangi Syiah pada hari ini ialah pembikinan kisah dongeng Abdullah bin Saba. Beberapa perkara telah kami kemukakan kepada penonton bahawa Abdullah bin Saba tidak lebih dari dongengan dan khayalan. Mereka mencipta hikayat ini semata-mata untuk melonggokkan peristiwa perbalahan di kalangan sahabat ke atas seorang yang bernama Abdullah bin Saba iaitu seorang Yahudi yang baru memeluk Islam. Mereka pun saling berselisih tentang zaman keIslaman Abdullah bin Saba, di mana ia menerima Islam dan apa kerjanya.
Yasini:
Ulama Syiah enggan menerima kewujudan Abdullah bin Saba. Tolong terangkan perkara ini.
Ayatullah Qazwini:
Ramai ilmuan Syiah yang terbilang memungkiri Abdullah bin Saba dan percaya Dinasti Bani Umayyah yang telah mewujudkan kisah dongeng ini. Marhum Kasyif Al-Ghita secara langsung menyebut:
أحاديث خرافة وضعها القصاصون و أرباب السمر و المجون.
احاديث مربوط به عبد الله بن سبأ، خرافي است و قصهگويان و کساني که به شبنشيني ميروند و بذلهگو هستند، اين داستان را بافتهاند.
أصل الشيعة و أصولها للشيخ كاشف الغطاء، ص181
إن أسطورة عبد الله بن سبأ و قصص مشاغباته الهائلة موضوعة مختلقة اختلقها سيف بن عمر الوضاع الكذاب.
معجم رجال الحديث للسيد الخوئي، ج11، ص207
‘Allamah Muhammad Jawad al-Mughniyah, antara tokoh yang terkenal di Lubnan, saya sendiri bangga menjadi anak murid beliau dalam beberapa kuliah pagi, di dalam kitab ‘Abdullah bin Saba wa Asatir Ukhra, jilid 1 halaman 12 telah membahaskan topik ini.
Dr. Ali al-Wardi di dalam kitab Wi’az al-Salatin, halaman 90 hingga 112 telah menerangkan topik 'Abdullah bin Saba secara terperinci dengan membedah manuskrip sejarah di zaman Bani Umayyah.
Salah sorang ulama Syiah bernama ‘Abdullah Fayyadh menerangkan topik ini di dalam kitab Tarikh al-Imamiyyah sebagai: Perkara ini lebih dekat dengan khayalan sehingga ia terkeluar dari hakikat.
Cukuplah kami sebutkan tadi beberapa orang ulama Syiah yang memungkiri kewujudan ‘Abdullah bin Saba.
Yasini:
Apakah Ulama Ahlusunnah juga memungkiri kewujudan ‘Abdullah bin Saba?
Ayatullah Qazwini:
Ada beberapa orang ulama di kalangan ulama Ahlusunnah turut memungkiri perkara ini. Dr. Taha Husain, salah seorang tokoh Sunni yang terkenal secara langsung mengatakan musuh-musuh Syiah yang mencipta ‘Abdullah bin Saba untuk mempertikaikan kebudayaan Syiah:
أراد خصوم الشيعة أن يدخلوا في أصول هذا المذهب عنصرا يهوديا إمعانا في الكيد لهم و النيل منهم.
الفتنة الكبرى للدكتر طه حسين، ج2، ص98، طبعة دار المعارف بمصر، عام 1953 ميلادي
Dr. Ali Nasysyar, salah seorang pemikit Islam dan professor falsafah berkata di dalam kitab Nasyatul Fikr Fi al-Islam, jilid 2 halaman 39 sebagai: ‘Abdullah bin Saba di dalam teks sejarah adalah hasil rekaan. Sejarah menyebut nama beliau untuk menuduhnya sebagai pencetus fitnah pembunuhan Uhtman dan peperangan Jamal. ‘Ammar bin Yasirlah yang dianggap Abdullah bin Saba.
Dr. Hamid Dawud Hanafi, iaitu salah seorang tokoh Mesir yang mendapat gelaran Doktor di Universiti Sastera Kaherah mengakui pembikinan kisah ini di dalam mukadimah kitab ‘Allamah ‘Askari, jilid 1 halaman 17.
Muhammad Kamil Husain, seorang doktor, ulama dan ahli falsafah Mesir menyebut kisah ‘Abdullah bin Saba sebagai khayalan di dalam kitab Adab Misr al-Fatimiyyah, halaman 7.
Pensyarah universiti Malik Sa’ud di Riyadh, Dr. Abdul Aziz al-Halabi berkata: kesimpulannya Abdullah bin Saba ialah:
شخصية وهمية لم يكن لها وجود.
دراسة للرواياة التاريخية عن دوره في الفتنة، ص73
Peneliti buku al-Muntazam Ibnu Jawzi, Dr. Sahil menyebut tentang pembikinan Abdullah bin Saba dalam kitab tersebut.
Mereka ini adalah tokoh tersohor Ahlusunnah yang percaya bahawa pembikinan kisah dongeng Abdullah bin Saba.
Walau bagaimana pun saya akan terangkan lagi, di mana saya sendiri telah mengkaji selama lebih dari 500 jam dalam jurusan ini.
Menurut riwayat Syiah, Abdullah bin Saba telah diceritakan sebagai ghuluw terhadap Amirul Mukminin, dan ia tidak diterima oleh Ali (a.s). Namun Tabari, pembesar Wahabi seperti Ibnu Taimiyyah dan lain-lain lagi telah mengaitkannya sebagai pengasas mazhab Syiah. Kami menganggap ungkapan tidak berasas ini tidak ada yang lain lagi kecuali mengarut. Mereka telah mengaitkan Abdullah bin Saba dalam peristiwa pembunuhan Uthman, fitnah perang Jamal dan lain-lain lagi. Kami dapati, salah satu pembohongan sejarah ialah, tidak ada bukti sama sekali mengenai perkara ini meskipun hadis dhaif dalam kitab Ahlusunnah dan Syiah.
Yasini:
Siapakah orang yang mula-mula mereka cipta kisah dongeng Abdullah bin Saba?
Ayatullah Qazwini:
Soalan ini sering ditanya kepada kami oleh kebanyakan pemuda, ahli akademik Hawzawi. Pertanyaan “Dari mana ia masuk ke dalam sejarah?”, “Dari mana datangnya kisah Abdullah bin Saba ini?”, “Apakah ia benar-benar wujud atau tidak?” adalah satu perbahasan. Kisah dongeng yang dikaitkan dengan beliau adalah satu perbahasan yang lain. Dengan merujuk kepada sumber-sumber kita, Ahlusunnah dan Wahabi mempertikai, mereka sering berbicara. Iya, memang ada riwayat di dalam kitab Rijal Kasyi dan Khishal Syaikh Saduq. Namun apakah dengan adanya riwayat ini menunjukkan ia pengasas mazhab Syiah, pembunuhan Uthman dan jenayah-jenayah lain yang dikaitkan dengan Abdullah bin Saba? Dalam menjawab pertanyaan ini, saya berterus terang, silakan semua penonton, cendiakawan Ahlusunnah dan Wahabi berikan sekecil-kecil bukti yang menyangkal kata-kata saya, bahawa orang yang mula-mula mencipta kisah Abdullah bin Saba ialah Saif bin Umar yang meninggal dalam tahun 170 Hijrah.
Setelah Tabari, orang yang menukilkannya akan mengambil dari Tabari.
تاريخ الطبري، ج3، ص378
Ibnu Athir, penulis al-Kamil Fi al-tarikh, wafat dalam tahun 630 Hijrah telah menukilkan kisah ini daripada Tabari dan di permulaannya mengatakan: فابتدأت بالتاريخ الكبير الذي صنّفه الإمام أبو جعفر الطبري إذ هو الكتاب المعول عند الكافة عليه.
الكامل في التاريخ لإبن الأثير، ج1، ص3
Saya mulakan dengan Tarikh al-Kabir yang dikarang oleh al-Imam Abu Ja’far al-Tabari, kerana kitabnya menjadi kepercayaan semua orang (seluruh Ahlusunah). (al-Kamil Fi Tarikh Li Ibnu Athir, jilid 1 halaman 3). Ibnu Kathir Dimasqi, wafat dalam tahun 774 Hijrah, dalam al-Bidayah wan Nihayah menukilkan kisah tersebut dan akhirnya mengatakan:الكامل في التاريخ لإبن الأثير، ج1، ص3
هذا ملخص ما ذكره أبو جعفر بن جرير.
البداية و النهاية لإبن كثير، ج7، ص275
Hijrah menukilkan kisah ini daripada Tabari dan mengatakan:
هذا أمر الحمل، ملخص من کتاب أبي جعفر الطبري.
تاريخ ابن خلدون لإبن خلدون، ج2، بخش2، ص166
Tabari (Al-Sunnah Wa Syiah, halaman 4, 6, 45, 49 dan 103) Ahmad Amin Misri di dalam kitab Fajrul Islam turut mengambil perkara ini daripada Tabari. Farid Wajdi, penulis kitab Dairatul Mu’arif, wafat dalam tahun 1370 Hijrah menukilkannya daripada Tabari. Hasan Ibrahim Hasan di dalam Tarikh al-Islam al-Siyasi, halaman 347 meriwayatkannya daripada Tabari. Semua orang yang menukilkan kisah dongeng dan khayalan Abdullah bin Saba sebagai pengasas mazhab Syiah, stimulasi pembunuhan Uthman dan pencetus fitnah perang Jamal akan kembali kepada Tarikh Tabari, namun Tabari hanya menukilkannya daripada Saif bin Umar, bukan daripada orang lain. Selain itu ada perkara yang lain lagi, perkara ini akan dibicarakan lagi dalam pertemuan akan datang.
Yasini:
Tolong terangkan permasalahan utama Abdullah bin Saba untuk para penonton.
Ayatullah Qazwini:
Menurut pandangan saya ada tiga masalah utama tentang kisah dongeng ini. Mereka yang mereka cipta kisah Abdullah bin Saba ini mengatakan kisah pembunuhan Uthman dan lain-lain lagi berkait rapat dengan Abdullah bin Saba. Saya minta, sila beri perhatian permasalahan yang saya bawakan ini. Jikalau ada khilaf atau pertentangan dengan bukti kami, sila kemukakan, dan saya yakin tidak ada siapa pun yang mampu menyangkal.
Persoalan pertama:
Seluruh cerita ini merujuk kepada Tabari, dan Tabari menukilkan daripada seorang yang bernama Saif bin Umar. Saif bin Umar menurut pandangan Ahlusunnah adalah seorang yang Dhaif dan mereka cipta hadis, serta dituduh Zindiq dan tidak beragama. Yahya bin Mu’in di dalam Tarikhnya berkata:
سيف بن عمر ضعيف.
تاريخ ابن معين ليحيى بن معين، ج1، ص336
Nasai di dalam kitab al-Dhu’afa berkata:تاريخ ابن معين ليحيى بن معين، ج1، ص336
آقاي نسائي در کتاب الضعفاء ميگويد:
ضعيف.
كتاب الضعفاء و المتروكين للنسائي، ص187
‘Uqayli, al-Razi dan Ibnu Habban berterus terang:ضعيف.
كتاب الضعفاء و المتروكين للنسائي، ص187
أتهم بالزندقة، کان يضع الحديث.
كتاب المجروحين لإبن حبان، ج1، ص345 ـ تاريخ الإسلام للذهبي، ج11، ص162
متهم في دينه، مرمي بالزندقة، ساقط الحديث لا شئ.
كتاب الضعفاء لأبو نعيم الأصبهاني، ص91
Beliau dituduh zindiq, riwayatnya gugur (tidak boleh dipakai) Al-Mazzi di dalam Tahdhibul Kamal jilid 12 halaman 326 telah menceritakan hal yang sama.كتاب الضعفاء لأبو نعيم الأصبهاني، ص91
Al-Dhahabi Mizan al-I’tidal turut menukilkannya di dalam (Mizan al-I’tidal Li Dhahabi, jilid 2 halaman 255). Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata di dalam kitab Tahdhib al-Tahdhib:
و قال الحاکم اتهم بالزندقه و هو في الرواية ساقط.
تهذيب التهذيب لإبن حجر، ج4، ص260
Saif bin Umar dituduh Zindiq dan jatuh kemuktabarannya.
Persoalan kedua:
Mereka membetulkan kening sambil merosakkan mata. Mereka tidak sedar pembikinan diskusi Abdullah bin Saba hakikatnya apabila sahabat menjadikan rujukan sumber pemikiran Ahlusunnah, ia telah meninggalkan persoalan, seperti Tabari menukilkan riwayat ini daripada Saif bin Umar yang membawa pergi ke rantau Syam, Mesir dan beberapa tempat dengan menyebarkan kabar angin menentang Uthman sambil membahaskan kekhalifahan dan kewasiyan Ali (a.s). Sebahagian Sahabat seperti Abu Zar, Ammar dan beberapa orang yang lain telah menjadi mangsa fitnah Saif bin Umar. Kami ingin bertanya kepada Ahlusunnah:
Sahabat ini seluruh usianya, menjadi dewasa di kaki minbar Nabi (s.a.w), seperti ‘Ammar bin Yasir di mana Rasulullah berkata tentang beliau:
عمار ياسر ملئ ايمانا إلي مشاشه.
سنن ابن ماجة، ج1، ص52 ـ سنن النسائي، ج8، ص111 ـ فضائل الصحابة للنسائي، ص50 ـ المستدرك الصحيحين للحاكم النيشابوري، ج3، ص392 ـ مجمع الزوائد للهيثمي، ج9، ص295
Seluruh kewujudan ‘Ammar bin Yasir sarat dengan keimanan. Rasulullah telah bersabda tentang peribadi seperti Abu Zar, tidak ada orang yang lebih tulus daripada Abu Zar:سنن ابن ماجة، ج1، ص52 ـ سنن النسائي، ج8، ص111 ـ فضائل الصحابة للنسائي، ص50 ـ المستدرك الصحيحين للحاكم النيشابوري، ج3، ص392 ـ مجمع الزوائد للهيثمي، ج9، ص295
ما أظلت الخضراء و لا أقلت الغبراء أصدق من أبي ذر.
مسند احمد، ج2، ص163 ـ سنن الترمذي، ج5، ص334 ـ المستدرك الصحيحين للحاكم النيشابوري، ج3، ص342
Tabari di dalam Tarikhnya mengatakan, kedua sahabat besar ini, telah menjadi mangsa propaganda Saif bin Umar, ia membicarakan kewasiyan Ali dan mencetuskan propaganda memerangi Uthman serta beberapa peristiwa yang lain (Tarikh Tabari, jilid 3 halaman 379). مسند احمد، ج2، ص163 ـ سنن الترمذي، ج5، ص334 ـ المستدرك الصحيحين للحاكم النيشابوري، ج3، ص342
Menarik perhatian di sini, Ahmad bin Amin Misri di dalam kitab Fajrul Islam mengatakan:
أن أبا ذر تلقى فكرة الاشتراكية من ذلك اليهودي و هو تلقى هذه الفكرة من مزدكيي العراق أو اليمن.
Sesungguhnya Abu Zar menerima pemikiran sosialis daripada Yahudi itu, yang mengambil pemikiran dari Mazdiki Iraq atau Yaman.Saya ingin bertanya kepada Ahlusunnah. Jikalau seorang ulama Syiah membuat penghinaan begini kurang hajar kepada salah seorang sahabat, apa yang anda lakukan? Tidakkah perkataan itu juga menghina Abu Zar dan ‘Ammar?
Jikalau riwayat Saif bin Umar diterima mereka sebagai pengasas kebudayaan Syiah, Saif bin Umar ini juga telah mempersoalkan keadilan Sahabat. Apakah tanggapan mereka terhadap sahabat yang lain setelah meletakkan Abu Zar dan ‘Ammar di bawah pengaruh pemikiran Abdullah bin Saba seorang yang sosialis, tidak beragama, menentang al-Quran dan Islam? Apakah sahabat seperti ini tidak boleh dirujuk sebagai sumber ilmu untuk umat Islam?
Tabari berkata daripada kata-kata Saif bin ‘Umar, bahawa pembunuhan ‘Uthman berkaitan dengan beberapa orang seperti Abu Zar, ‘Ammar ‘Abdul Rahman bin ‘Udais, Kananah bin Busr dan ‘Amru bin Hamiq al-Khuza’i (Tarikh al-Tabari, jilid 3 halaman 376; Tabaqat al-Kubra Li-Ibnu Sa’ad, jilid 3 halaman 71; Asad al-Ghabah Li- Ibnu al-Athir al-Jazri, jilid 3 halaman 309). Saya ada pertanyaan untuk Ahlusunnah dan Wahabi yang menukilkan perkara ini dengan terperinci: Apakah ‘Amru bin Hamiq al-Khuza’i daripada sahabat terkemuka atau tidak? Mereka telah menukilkan bahawa ‘Amru bin Hamiq al-Khuzaʽi adalah orang yang masuk Islam dalam Hujjatul Wida’, beliau termasuk daripada sahabat yang besar sahabat Nabi (Asad al-Ghabah Li- Ibnu al-Athir al-Jazri, jilid 4, halaman 100, al-Isti’ab Li-Ibn ‘Abd al-Bar, jilid 3 halaman 1173. ‘Abdul Rahman bin ‘Udays dikatakan:
ممن بايع تحت الشجرة و شهد بيعة الرضوان.
Ahlusunnah Wal Jama’ah berdalil dengan ayat Shajarah untuk membuktikan keadilan seluruh sahabat. Nampaknya Ibnu ‘Udais adalah salah seorang yang menyertai Bai’atul Ridwan. Beliau juga salah seorang yang berkata:أعان علي قتل عثمان.
Apakah jawapan anda? Ibnu Hajar berkata bahawa Kinanah bin Busr adalah salah seorang sahabat Nabi (Al-Ishabah Li-Ibnu Hajar ‘Asqalani, jilid 5 halaman 486)Meskipun begitu, Tabari masih meriwayatkan kisah-kisah yang menentang Syiah. Kisah ini diletakkan di bawah pengaruh Abdullah bin Saba yang melibatkan mereka ini dalam pembunuhan ‘Uthman.
Pihak Ibnu Taimiyah berkata, pengasas mazhab Syiah adalah Abdullah bin Saba’. Pihak mereka berkata juga, orang yang membunuh ‘Uthman adalah mereka yang termasuk di kalangan pemusnah di muka bumi dan daripada kabilah yang celaka.
Apakah ini bukan satu penghinaan terhadap sahabat? Tidakkah ini bukan penghinaan terhadap ‘Abdul Rahman bin ‘Udais, ‘Amru bin Hamiq al-Khuzaʽi dan Kinanah bin Busr? Tabari yang mengaitkan ‘Abdullah bin Saba dengan pengasasan mazhab Syiah, dari satu sudut yang lain beliau juga menyabitkan peristiwa pembunuhan ‘Uthman dengan sahabat.
Saudara Ahlusunnah dan Wahabi! Jikalau kami menerima kata-kata Tabari dan Saif bin ‘Umar tentang ‘Abdullah bin Saba, bukan daripada Tabari kisah yang mengaitkan gabungan seluruh sahabat di dalam Madinah untuk membunuh ‘Uthman, serta mengirim surat ke luar kota Madinah iaitu datanglah ke Madinah, Khalifah Muslimin telah menghancurkan Islam, jikalau anda ingin berjihad, kembalilah ke Madinah dan menentang khalifah. Tabari menukilkan bahawa ‘Uthman menulis surat kepada Muawiyah dan berkata:
فإن أهل المدينة قد كفروا و أخلفوا الطاعة و نكثوا البيعة.
تاريخ الطبري، ج3، ص402
Sesungguhnya warga Madinah telah kafir, menderhaka dan memutuskan bai’at mereka (Tarikh Tabari jilid 3 halaman 402).تاريخ الطبري، ج3، ص402
Bagaimana anda ingin menerima kisah Abdullah bin Saba disamping tidak menerima kata-kata ‘Utman yang menganggap penduduk Madinah sebagai kafir! Tidakkah ini berat sebelah?
Persoalan ke-dua. Mereka berkata di zaman, Abdullah bin Saba’ telah pergi ke Mesir, Sham dan berbagai kota sambil membahaskan kawashiyan Amirul Mukminin (a.s) dan mengobarkan pemberontakan menentang ‘Uthman yang membawa pembunuhannya. Kami bertanya kepada Ahlusunnah:
‘Uthman ada perselisihan sengit dengan beberapa tokoh besar, dan ia mengarahkan Abu Zar dibuang negeri. Akibatnya beliau mati di sahara Zabdah dalam keadaan dahaga dan lapar. Ia mengarahkan kaki dan gigi ‘Abdullah bin Masʽud dipatahkan. Ia hendak memukul ‘Ammar bin Yasir ketika berlaku perselisihan sengit antara keduanya. Namun kenapa ia duduk diam-diam apabila berhadapan dengan propaganda Abdullah bin Saba? Tidakkah ini menunjukkan kelemahan ‘Uthman? Mengapa pula apabila Abu Zar melancarkan penentangan pemerintahan pusat, dengan segera mata-mata kerajaan Uthman memberikan informasi kepadanya dan Abu Zar langsung dibawa ke Madinah? Tetapi dalam menghadapi komplot Abdullah bin Saba, mata-mata ini tidak memberikan maklumat sehingga menyebabkan pembunuhan ‘Uthman terjadi.
Perkara ini kami perlu bicarakan secara panjang lebar terutamanya kebangkitan menentang ‘Uthman dan stimulasi pembunuhannya dari sumber-sumber Ahlusunnah. Di sinilah antara salah satu tempat perselisihan asasi antara Sunni dan Syiah.
Pertanyaan penonton
Pertanyaan:
Saya telah membaca sebuah kitab yang menyatakan bahawa setelah Rasulullah menerima perjanjian Hudaibiyah, khalifah kedua memprotes Nabi (s.a.w) dan berkata kepada khalifah pertama bahawa saya mengesyaki kerasulan Nabi (s.a.w). Apakah perkara ini ada di dalam sumber Ahlusunnah?
Jawapan:
Jikalau anda mempunyai Sahih Bukhari, peristiwa ini telah dinukilkan di dalam jilid 4 halaman 70 hadis 3182, dan Sahih Muslim jilid 5 halaman 175 hadis 4525 di mana di dalam perjanjian Hudaibiyah, khalifah kedua telah memprotes Nabi (s.a.w) dan berkata: Tidakkah kebenaran bersama kita dan kebatilan bersama mereka? Nabi menjawab: iya. Kata khalifah ke-dua: maka kenapa kita menerima penghinaan dalam perkara ini?. Nabi (s.a.w) bersabda: Saya utusan Allah, dan Allah tidak meninggalkan saya bersendirian, dan Dia membantu saya. ‘Umar tidak berpuas hati dengan jawapan Nabi (s.a.w) dan pergi kepada Abu Bakar seraya berkata: Tidakkah kita bersama kebenaran? Tidakkah korban kita di dalam Syurga manakala korban mereka di dalam neraka? Abu Bakar menjawab: Iya. ‘Umar pun berkata: Mengapakah kita menerima penghinaan terhadap agama kita? Abu Bakar berkata sebagaimana sabda Nabi (s.a.w). Sehingga terdapat di dalam Sahih Bukhari jilid 6 halaman 45 hadis 4844:
فرجع متغيظا، فلم يصبر حتى جاء أبا بكر.
‘Umar tidak berpuas hati terhadap jawapan Nabi dan pulang dalam keadaan marah. Beliau tidak bersabar dan pergi kepada Abu Bakar .Begitu juga yang terdapat di dalam kitab muktabar Ahlusunnah:
و الله! ما شککت منذ أسلمت إلا يومئذ.
تاريخ الإسلام للذهبي، ج2، ص371 ـ تاريخ مدينه دمشق لإبن عساکر، ج57، ص229 ـ الدر المنثور للسيوطي، ج6، ص77 ـ المصنف لعبد الرزاق الصنعاني، ج5، ص339 ـ صحيح ابن حبان، ج11، ص224 ـ المعجم الكبير للطبراني، ج20،
تاريخ الإسلام للذهبي، ج2، ص371 ـ تاريخ مدينه دمشق لإبن عساکر، ج57، ص229 ـ الدر المنثور للسيوطي، ج6، ص77 ـ المصنف لعبد الرزاق الصنعاني، ج5، ص339 ـ صحيح ابن حبان، ج11، ص224 ـ المعجم الكبير للطبراني، ج20،
ص14 ـ جامع البيان لإبن جرير الطبري، ج26، ص129
Demi Allah! Aku tidak syak (terhadap kenabian baginda) sejak masuk Islam melainkan pada hari ini (Tarikh al-Islam Li-Zahabi jilid 2 halaman 371, Tarikh Madinah Dimasyq Li-Ibnu ‘Asakir jilid 57 halaman 229, al-Dur al-Manthur Li-Suyuthi jilid 6 halaman 77, Mushannaf Li-Ibnu Razzaq al-Shan’ati jilid 5 halaman 339, Sahih Ibnu Habban jilid 11 halaman 224, al-Mu’jam al-Kabir Li-Tabrani jilid 20 halaman 14, Jami’ al-Bayan Li-Ibnu Jarir al-Tabari).Sehingga terdapat di dalam sumber-sumber Ahlusunnah menyatakan dikeranakan saya telah memprotes dan mengesyaki kerasulan baginda, saya telah banyak berpuasa di jalan Allah dan beramal supaya dosaku diampunkan (Sahih Ibnu Habban, jilid 11 halaman 224).
Pertanyaan:
Salah satu propaganda Wahabi ialah, kita hendaklah tidak menukilkan ikhtilaf di antara para sahabat kerana perselisihan yang parah itu bakal menimbulkan kemusykilan terhadap kesahihan al-Quran, kerana mereka adalah perawi dan penghafal al-Quran yang menyampaikannya kepada kita secara berperingkat. Mohon terangkan perkara ini.
Jawapan:
Perkara ini telah diajukan pada hari pertama. Umumnya kami tidak terima perkara ini kerana Rasulullah telah memperkenalkan Al-Quran dan Ahlul Bait sebagai pegangan untuk manusia. Baginda bersabda:
إني تارک فيکم الثقلين کتاب الله و عترتي، إن تمسکتم بهما لن تضلوا بعدي.
Sesungguhnya saya tinggalkan kepada kamu dua perkara berharga iaitu Kitab Allah dan ‘Itrahku, jika kalian berpegang dengan keduanya, kalian tidak akan sesat sepeninggalanku. Baginda tidak bersabda “kitab Allah dan para sahabatku”. Al-Quran dan Ahlul Bait saling menerangkan antara satu sama lain sampai hari kiamat. Kami telah membahaskan tentang hadis Thaqalayn secara berasingan di mana adalah satu kesilapan jikalau kita ingin mengambil pelajaran al-Quran daripada para sahabat. Ia tidak selaras dengan hakikat sejarah.Sebelum ini kami telah bahaskan bahawa sahabat tidak memperdulikan hadis dan Abu Hurairah berkata, Muhajirin dan Ansar tidak menghiraukan ucapan Nabi kerana asyik berdagang dan bercucuk tanam (Sahih al-Bukhari jilid 1 halaman 38 dan jilid 3 halaman 74; Sahih Muslim jilid 7 halaman 167; Mustadrak al-Hakim jilid 3 halaman 509).
Pertanyaan.
Wahabi ada cara tersendiri berpegang dengan al-Quran dan menggunakan ayat-ayat yang tidak berkaitan untuk menjawab keraguan. Adakah kitab yang dapat saya baca untuk memahami helah Wahabi ini.
Jawapan:
Kitab ‘Ayin Wahhabi’ dan kitab ‘Wahabi, Mabani Fikri wa Karnameh ‘Ilmi’ karangan Hadrat Ayatullah al-Uzma Subhani, dan kitab saya sendiri ‘Wahhabi az Manzare ‘Aql Wa Sar’.
Pertanyaan:
Dalam saluran al-Mustaqillah ada satu soalan mengenai seorang tokoh Syiah yang mengatakan masalah Tajsim dan perbahasan Mukmin al-Ṭāq dan Hisham bin Hakam. Benarkah perkara ini dan apakah kita sudah menjawabnya?
Jawapan:
Insyallah kami akan membicarakannya nanti. Dalam jawapan terhadap kitab Qaffari, kami telah menulis hampir 250 halaman dan Insyallah, dalam waktu terdekat nanti, akan kami cetak dan dimasukkan ke dalam web site kami. Yang memasukkan tajsim ke dalam budaya Islam ialah golongan Ahlusunnah seperti Abu Hurairah dan Ka’b bin al-Ahbar. Sebelum Hisham bin Hakam yang meninggal pada tahun 199 Hijrah, Ahmad bin Hanbal sendiri adalah penyebar pemikiran Tajsim. Ibnu Qatadah dan beberapa orang yang lain turut menyebarkan sebelum beliau. Salah satu keraguan yang perlu dijawab ialah apakah Mukmin al-Ṭāq atau Hisham bin Hakam menyebarkan pemikiran Tajsim atau ulama Ahlusunnah? Apa saja yang mereka nukilkan daripada Hisham bin Hakam adalah sama sekali pembohongan. dan riwayatnya Dhaif. Terdapat beberapa hadis daripada Hisham bin Hakam dan Mukmin bin al-Ṭāq dalam menyangkal dan menafikan Tajsim.
bersambung......
No comments:
Post a Comment