Tuesday, February 22, 2011

Polis Malaysia Adalah Yg Terbaek.... _CIA/FBI_

CIA, FBI dan PDRM masing-masing nak membuktikan bahawa merekalah yang paling terrer sekali dalam menyelesaikan kes-kes jenayah. Jadi... si President Polis Dunia pun buat laa... satu ujian untuk menilai tahap kecekapan mereka.

Salah satu dari bentuk ujian itu ialah dengan melepaskan seekor arnab ke dalam hutan dan menyuruh ketiga-tiga anggota yang mewakili Agensi masing-masing mencarinya.


1) Mula-mula giliran Angota CIA masuk ke hutan. Biasalah CIA... mereka selalu menganggap merekalah yang terbaik, jadi dengan segala kelengkapan dan kecekapan yang ada, mereka membuat perancangan modus operandi dengan menempatkan segala binatang dalam hutan tu... sebagai informer ke seluruh pelusuk hutan.

Mereka juga menyoal-siasat segala pokok2 dan batu2 yang ada di dalam hutan. Selepas penyiasatan yang memakan masa selama 3 bulan, mereka membuat kesimpulan yang arnab itu tidak wujud.

hahaha... senangkan peranan CIA...!!!!

2) Sekarang sampai pula giliran FBI, selepas 2 minggu ketiadaan sebarang petunjuk, mereka mengambil tindakan dengan membakar hutan itu lalu membunuh segala hidupan di dalamnya, termasuklah arnab tadi. Lalu mereka membuat kesimpulan yang sudah nasib si arnab tadi untuk mati di dalam hutan tersebut.

hahaha.... lagi mudah untuk menutup kes...

3) Dan kini tibalah giliran PDRM untuk meneruskan siasatan mereka, setelah bersetuju dengan modus operandi mereka anggota PDRM mula masuk ke hutan. PDRM memang cekap wa cakap luuuu.... mereka keluar 2 jam selepas itu dengan seekor beruang yang dah lembik sebab kena pelupuh kow-kow punyear....

Beruang itu menjerit-jerit, 'OK.. OK... aku arnab... aku arnab... aku mengaku aku arnab...!!!

So... dari ketiga-tiga sketsa ujian siasatan di atas... lu orang anggaplah diri lu orang sebagai Presiden Polis SeDunia dan lu orang buatlah penilaian... di antara CIA, FBI dan PDRM yang manakah paling cekap sekali dalam menyelesaikan kes jenayah...????

hahaha....


Dikopipes dari : ISA

1 comment:

Anonymous said...

hahaha..best2...giler citer ning..
kalu ada 5 star aku bagi 4.5 kat mung muaz

Malaysia's Flag

Malaysia's Flag