Oleh : AdukaTaruna
Gua nak kongsi pendapat dengan lu orang satu perkara yang tak berapa penting sebenarnya. Yakni definasi blog berpengaruh yang tipikal dengan pemahaman kita. Macam biasalah, kemampuan kita untuk menetapkan falsafah, dan menetapkan pembolehubah. Setuju, setujulah. Tak setuju, tak setujulah.
Tadi gua ada baca di Top Ranking Online. Dia memberikan tajuk ranking blog paling berpengaruh untuk carta yang diukur dengan jumlah audien. Di sini, untuk tajuk yang remeh temeh ni, gua berpendapat, Top Ranking Online (TRO), gagal memecah dan mengasingkan pembolehubah2 yang wujud. Popular tidak semestinya berpengaruh.
Pembolehubah yang wujud dalam blog.
1. Blog Kopipes.
Dalam ranking yang diberikan TRO, terdapat banyak blog kopipes yang update dengan kerap secara kopipes dengan agensi berita utama. Ianya sudah pasti menjimatkan sedikit masa, sedikit tenaga dan banyak dalam psikologi pelayar internet untuk membuka setiap laman rasmi berita berasingan yang banyak itu.
Blog jenis kopipes juga boleh bercampur aduk dengan pendapat pemilik blog atau penulis kerap pada blog tersebut. Kita mudahkan begini :
% kopipes : % pendapat.
Gua mendakwa, blog 100% sehingga 40% adalah kopipes adalah blog yang popular yang mungkin sesuai untuk pengiklanan, tetapi berada di luar tajuk pengaruh.
Antara Blog Kopipes yang gua dakwa ialah :
1. Anak Sungai Derhaka
2. Kedah Online
2. Blog Kopipes-seks.
Penjelasan yang sama juga dengan kategori 1 di atas. Tetapi kopipes blog ini lebih kepada berita2 yang memiliki unsur seks. Dari kesemua artikel jenis kopipes yang wujud di blog ini, 5% daripadanya adalah jenis seks, gosip artis, etc; gua anggap tinggi.
Antara Blog Kopipes-seks yang gua anggap ialah :
1. Biaqpila
2. Greenboc
3. Laman Audien.
Laman audien yang gua guna merujuk kepada satu tempat yang dipenuhi oleh orang (audien) atas beberapa sebab tertentu. Namun, keramaian audien yang berada di situ masih belum boleh dipanggil pembolehubah kepada pengaruh.
Contohnya Pasar Besar Siti Khatijah mempunyai audien yang lebih ramai dari audien bilik mesyuarat exco Kelantan. Tetapi, adakah pasar itu boleh diletakkan sebagai berpengaruh? Tidak. Pasar itu lebih popular dari bilik mesyuarat exco. Tetapi bilik mesyuarat itu lebih berpengaruh. Boleh mendesak. Boleh menentu dasar. Boleh menekan dan sebagainya.
Cuma audien adalah satu alat / tempat bagi mereka untuk menyampaikan hujah. Muhammad saw dan cendekiawan2 bermula dengan berkongsi pendapat / hujah di pasar2 (laman audien). Pengaruh itu datang sendiri tanpa perlu dicari, tanpa perlu kopipes-seks.
Antara Laman Audien yang gua listkan ialah :
1. Facebook
2. Laman2 forum seperti Tranungkite
4. Blog Berpengaruh Berjawatan.
Sebenarnya, blogger yang berpengaruh mempunyai kemampuan menekan sesuatu kumpulan. Popular atau tidak hanya dalam kiraan unit kunjungan audien hanya satu bonus. Berjawatan itu sendiri adalah satu pembolehubah terbesar untuk tajuk ini.
Terdapat pelbagai pembolehubah yang menyebabkan unit audien itu tidak menyebelahi Blogger Berpengaruh Berjawatan. Contohnya begini :
Katakan dari 27 juta rakyat Malaysia, 10 juta darinya adalah pengguna internet secara tegar (pengguna internet sikit2, sekali-sekala, kita buang terus). Dari 10 juta pengguna internet, 4 juta darinya adalah peminat politik. 6 juta lagi (terutama pompan) lebih kepada sosial dan gosip-mosip. Kesimpulannya, pembaca politik di internet hanya 4 juta sahaja. Statik.
No 1. 4 juta pembaca politik masuk ke Blog 2 (kopipes-seks) sehari membuatkan rankingnya tinggi.
No 2. 4 juta pembaca yang sama masuk ke Blog 3 (blog berpengaruh berjawatan) seminggu membuatkan rankingnya di bawah.
*Pembolehubah kepada No 1 dan No 2 adalah kadar update.
Apa yang kita dapat lihat? Blog 1 lebih popular dari Blog 3. Tetapi siapakah yang lebih mempengaruhi 4 juta pembaca yang sama? Popular tidak semestinya pengaruh. Inilah ilmu pembolehubah yang gua dakwa genetik Melayu terutama anak2 Melayu yang menjadi ulama kemudiannya tidak pernah tahu dan tidak pernah mampu untuk menguasainya.
Off topik.
Mengapa gua mengatakan anak2 Melayu yang menjadi ulama kemudiannya?
1. Dengan pembolehubah pendidikan ibu ayah yang ketat, anak2 Melayu jenis yang lembab, lurus, penakut, selalu dibuli, terpaksa belajar lebih keras untuk bersaing dengan anak2 cerdik, majoritinya menjadi ulama, akauntan, chef, seni mekap.
2. Dengan pembolehubah pendidikan ibu ayah yang ketat, anak2 Melayu yang biadap, berani, cerdik, majoriti pergi ke bidang sains.
3. Dengan pembolehubah pendidikan ibu ayah yang macam celaka, buat anak pandai, tapi didik tak pandai, anak2 Melayu jenis yang lembab, lurus, penakut, selalu dibuli, majoritinya menjadi bapok, pelacur, gro, penagih dadah kategori mangsa, miskin tegar sejak keturunan tanpa berjaya bangkit, etc.
4. Dengan pembolehubah pendidikan ibu ayah yang macam celaka, buat anak pandai, tapi didik tak pandai, anak2 Melayu yang biadap, berani, cerdik, majoritinya menjadi samseng, pemimpin kuku besi, pemimpin penggadai harta rakyat, penagih dadah kategori pemangsa, penyeludup, bapa ayam, etc.
On topik.
Antara Blog Berpengaruh Berjawatan yang gua dakwa ialah :
1. Chedet
2. Chegubard
3. Cina Islam
5. Blog Berpengaruh Tulen.
Ini adalah blog berpengaruh sebenar. Yang memiliki pengaruh berdasarkan kekuatan pendapat, kekuatan pengalaman, kekuatan hubungan dan sebagainya.
1. Tukar Tiub
Tukar Tiub adalah seseorang yang menulis tanpa jawatan. Mempunyai ramai pengikut yang juga memiliki blog (media). Mendapat bonus sebagai blog popular untuk setiap audien per hari. Menentang Tukar Tiub bermakna terpaksa menentang audiennya dan menentang media (blog dan facebook) yang mengikutinya.
2. Penarik Beca
Pak Bakaq adalah seorang yang hidup tanpa gaji melalui jubah ulama. Mempunyai pengikut. Memiliki sidang usrah sendiri. Mempunyai jaringan hubungan yang terbentuk lama. Kekerapan updatenya yang agak terganggu akibat kekangan wang dan masa dan peristiwa kebelakangan ini menyebabkan rankingnya jatuh.
3. MSK
Mat Saman Kati adalah blogger PKR yang selalu dilihat melawan pendapat termasuk dari Anwar sendiri. Walau rankingnya agak tidak stabil, tetapi dia adalah blogger atau penulis yang berpengaruh. Gua ingat Sam pun tak berani bertentang mata dengan MSK.
MSK dan team adalah tulang belakang dalam menghidupkan budaya debat berzakar dalam pemilihan pemuda. Gua tak fikir mana2 pemuda parti lain berani duduk dalam budaya ini, termasuk dari PAS. Sebab itu gua guna istilah debat berzakar.
4. MSO
MSO adalah blogger yang memiliki hubungan dengan elit2 politik. Mempunyai pengikut tanpa jawatan, dan tanpa logo parti. Memiliki media bukan internet (SIASAH).
5. Parpu Kari
Parpu Kari juga adalah blogger yang mempunyai pengaruh tersendiri. Oleh kerana pembolehubahnya ialah bantuan kewangan dari UMNO yang dipercayai team Mahathir, maka, gua letakkan dia di ketulenan no 5 (jika ada contoh lagi, maybe ketulenan Parpu Kari lebih jatuh).
6. Mod Salah Guna Kuasa.
Mujurlah seorang moderator laman audien (forum TKO) tidak dipanggil blogger. Untuk tajuk terakhir ini, gua merakamkan sejarah uma. Mod TKO yang dipecat (melalui rombakan). Ketika dulu, sebelum gelombang lawan Hadi besar sebegini, uma telah menyalahgunakan kuasa sebagai mod dengan melihat IP2 forumers wanita yang berada di luar negara. IP Malaysia dia tak layan. Niamakahai!
Pendekkan cerita, uma ayat satu awek ber IP Ireland. Dan terus meminang. Mujur tak guna hujah mimpi pemimpin Ikhwan Muslimin menyuruh saya meminang anak
Wallahualam
Penafsiran Asal : Aduka Hilang Sudah Teruna
No comments:
Post a Comment