Sunday, February 20, 2011

Tuhan _pemilik99Nama_


Tuhan
Orang sekarang dah tidak lagi bertuhankan Tuhan
Tidak lagi kenal siapa Tuhan
Tidak mencari Tuhan
Mereka bertuhankan selain dari Tuhan

Tuhan
Siapakah???
Adakah kita kenal Tuhan kita???
Tuhan yg mencipta segala apa yg ada dimuka bumi
Tuhan yg berkuasa pada setiap mahluk ciptaanNya
Tuhan Yg Maha Besar dan Maha Kaya

Tuhan
Student tidak lagi bertuhankan Tuhan
Mereka bertuhankan apa yang mereka belajar
Mereka bertuhankan gred dan pointer
Seolah-olah tanpa gred yg baik dan pointer yg bagus
Mereka tidak dapat rezeki dari Mu

Tuhan
Para pekerja tidak lagi bertuhankan Tuhan
Mereka bertuhankan prestasi diri dan bos
Seolah-olah bos yg memberi mereka makan
seolah-olah pencapaian diri dalam kerjaya memberi mereka hidup senang

Tuhan
Para peniaga tidak lagi bertuhankan Tuhan
Mereka bertuhankan wang ringgit dan pendapatan
Seolah-olah duit yg mereka cari boleh bagi kebahgian
Seolah-olah pendapat yg lumayan boleh memberi kesihatan

Tuhan
Para ahli politik tidak lagi bertuhankan Tuhan
Mereka bertuhankan kuasa dan kerusi
Seolah-olah kuasa dan kerusi yg memberi mereka kemuliaan
Seolah-olah tanpa kerusi dan kuasa mereka akan hina

Tuhan
Engkau pemilik gerak
Engkau pemilik tindakan
Engkau pemilik segala-galanya yg ada pada manusia
Tapi manusia tidak mengakui Engkau Tuhan mereka
mereka bertuhankan mahluk2 yg lebih rendah martabatnya dari diri mereka
mereka tidak mengetahui diri merekalah sebaik-baik kejadian

Tuhan
Didiklah hati ini agar sentiasa bertuhankan Engkau
Jagalah hati ini agar tidak sedikitpun terlintas bertuhankan yg lain selain Engkau
Pimpinlah lidah ini agar tidak terjerumus menyebut perkara yg mempersekutukan Engkau
Bentukkanlah perbuatan ini agar tidak melakukan perkara mensyirikkan engkau.
Kerana Engkau yg memegang dan menguasai hati2 ini

No comments:

Malaysia's Flag

Malaysia's Flag