









Khazanah yg mesti disimpan....
sumber: ABNA

Menurut seorang ulama syiah, Ayatullah Taqi Misbah Yazdi, (foto) orang syiah menangis untuk menuju empat tingkatan spiritual. 1) Mereka berusaha mencapai keredhaan (ar-rida'), 2) Mereka berkehendak kepada kebenaran (ash-shidiq), 3) Mereka menangis memohon petunjuk (al-hidayah) dan 4) Orang syiah menangis dalam proses pemilihan (al-isthifa'). Ayatullah Taqi Misbah Yazdi seterusnya menghuraikan para nabi-nabi telah mencapai empat tingkatan spiritual yang tinggi ini. Ini berdasarkan ayat al-Quran, "Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al-Qur'an al-Karim dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, dan mereka berkata, 'Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi.' Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (Al-Isra': 107-109). Melalui ayat ini, Ayatullah Taqi Misbah Yazdi menegaskan orang syiah menangis bukan kerana mereka tiada kerja lain. Akan tetapi mereka menangis kerana ilmu dan makrifat. Bahawa ilmu dan makrifat itulah penyebab timbulnya tangisan. Sebagai contoh ketika orang syiah mengenang akan kesyahidan Saidina Husin, setiap mereka akan mengetahui hakikat sesuatu meski berbeza-beza dapatannya, dengan itu mereka pun mengetahui hakikat kenabian Rasulullah SAW dan seterusnya mengetahui hakikat kesyahidan Imam Husin. Tiap kali mereka berasa terketuk hati oleh pengetahuan seperti yang terjelma dalam surah al Isra' maka hati mereka menjadi peka, dilanda emosi dan mata mereka pun mulai mengucurkan tangisan.
Orang syiah berbeza daripada kita sunni, kerana selepas al-Quran dan hadis; mereka merujuk ahlul bait sebagai sumber asas ajaran mereka.Oleh itu jika kita membandingkan mereka dengan kita tentulah kurang tepat, kerana memang mereka berbeza dari segi rujukan.
Selain itu, sumber sunni dan syiah kedua-duanya menceritakan perihal sahabat Rasulullah saw bernama Uwais al-Qarni yang sangat mencintai baginda Nabi Muhammad saw. Sebaik sahaja berita Rasullullah cedera serta patah 2 gigi di medan Uhud tiba di telinga beliau (Uwais tinggal di Yaman), Uwais serta merta mencabut satu demi satu giginya merasakan ia tidak memadai, beliau mencabut semua giginya sebagai aksi kesedihan mengenangkan kecederaan baginda Rasul. Apabila Rasulullah saw kemudian dimaklumkan tentang insiden ini, baginda Rasulullah saw mengisytiharkan Uwais adalah sahabatnya yang setia. Kisah ini dapat ditemukan dalam 'Sirat Halbia' jilid II, halaman 295. Untuk makluman tuan-tuan, Uwais adalah sahabat Rasulullah saw yang diiktiraf sahabat meskipun beliau tidak pernah menemui baginda secara fizikalnya. Ini kerana Uwais tinggal berjauhan dari Madinah.
Walaupun begitu, sila beri perhatian, terdapat banyak bentuk perkabungan dalam kalangan orang syiah. Di Iran dan Lubnan, perkabungan yang lazim dan dibenarkan oleh para ulama terkemuka mereka ialah - sekadar menangis dan meratap - sandarannya adalah Rasulullah saw sendiri menangisi Husin seperti yang telah ditunjukkan menerusi hadis Ummu Salamah (dari rujukan sunni, Tirmidzi, yang terdapat di atas). Kadang kala mereka menjadi lebih kreatif dalam perkabungan dengan melakukan pementasan dan perarakan (semacam reenactment peristiwa di Karbala). Tuan-tuan perlu memahami reenactment kejadian Karbala ini menjadi satu toolspendidikan sangat berkesan buat generasi muda mereka (lihat foto di atas).
Menurut kajiannya, orang syiah tanpa mengira fahaman politik, kawan seteru, kelas dan keturunan akan selalu berhimpun untuk mengingati tragedi Karbala. Dalam majlis peringatan itu, biasanya seseorang akan berceramah dan menukilkan kembali sejarah tragedi Karbala, sambil hadirin pun mendengarkannya. Pada saat itu, menurut Dr Brant lagi, orang syiah akan dirasuk kesedihan (kita telah menghuraikan kenapa mereka melakukan begitu dalam perenggan-perenggan di atas) lalu spontan memukul dada dan melakukan ‘upacara kesedihan’ (seperti yang sebutkan, dalam tradisi mereka dipanggil, azadari).
Dr Brant memutuskan, penceramah dan para pendengar ini sangat penting untuk 'dicemarkan'. Ini kerana, azadari seperti inilah yang selalu menciptakan semangat dan gelora penganut syiah justeru mendorong mereka untuk selalu siap memerangi kebatilan demi menegakkan kebenaran. Hal ini telah saya sentuh secara ringkas dalam entri ini, klik sini.
4. Orang syiah yang memerlukan wang ini harus diajar dan disuntikkan dalam fikiran mereka bahawa praktik azadari adalah tidak sesuai, dan bertentangan dengan ajaran syiah yang sebenarnya. Hal ini akan dibantu oleh daya eksternal di mana sesetengah orang syiah akan berasa rendah diri, malu atau terpukul ekoran ulama sunni yang mengecam perlakuan azadari mereka.
8. Kerja perisikan CIA akan bertugas untuk mengucurkan dana besar bagi membaja dan mempropagandakan informasi palsu. Misalnya akan ada laman tertentu memburukkan Ayatullah Ali Khamenei.















