Hari Asyura
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan
banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.
banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.
Sejarah Asyura
Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Adam a.s. dicipta.
- Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
- Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
- Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
- Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
- Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
- Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
- Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
- Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
- Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
- Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
- Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid.
Syahidnya Hussain Bin Ali r.a.
Tanggal 10 Muharram 61 H atau tanggal 10 Oktober 680 merupakan hari pertempuran Karbala yang terjadi di Karbala, Iraq sekarang. Pertempuran ini terjadi antara pasukan Bani Hasyim yang dipimpin oleh Husain bin Ali beranggotakan sekitar 70-an orang melawan pasukan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Ibnu Ziyad, atas perintah Yazid bin Muawiyah, khalifah Umayyah saat itu. Pada hari itu hampir semua pasukan Husain bin Ali, termasuk Husain-nya sendiri syahid terbunuh, kecuali pihak perempuan, serta anak Husain yang sakit bernama Ali bin Husain. Kemudian oleh Ibnu Ziyad mereka dibawa menghadap Khalifah di Damaskus, dan kemudian yang selamat dikembalikan ke Madinah.
Perkara Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
- Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
- Memuliakan fakir miskin
- Menahan marah
- Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
- Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
- Bersedekah
- Memelihara kehormatan diri
- Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
- Bercelak
- Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
- Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
- Menjamu orang berbuka puasa
- Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
di copy sebijik-sebijik dari:~
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Asyura
2 comments:
Salam. Yg membunuh Syd. Husain r.a bukan khalifah Yazid. Yg membunuh adalah syiah yg mengajak syd. dan family hijrah ke Kufah...konon utk diangkat menjadi khalifah. Apb Syd Husain tau plan jahat mereka, beliau nak patah balik. Tp mereka dikejar syiah. Dlm masa yg sama kumpulan tentera Yazid dr Mekah dlm pjlanan...utk melihat gerak geri syiah di Kufah. Yazid berpesan, kalau kiranya Syd Husain bersatu memberontak dgn syiah...jgn bunuhnya krn dia darah daging Rasulullah s.aw.
*Yazid anak kpd khalifah Muawiyah. Telah dibai'ah oleh keluarga Rasulullah s.a.w dan sahabat di Mekah. [Rujuk sabda Nabi s.a.w mengenai ketaatan kpd pemimpin yg dibai'ah ummat Islam...walaupun pemimpin itu byk kekurangan...]
*Ini adalah salah satu kesalahafahaman sejarah, mmg ramai ummat Islam yg pecaya fitnah syiah ini utk memecah belah ummat Islam.
*Byk bukti sejarah dan saksi...syiah yg membunuh, begitu jg kesyahidan Syd Ali kw...
From: Previous Anonymous
Satu lg...ttg bendera Malaysia tu. Tau tak lambang bulan dan bintang tu diambil dr lambang Yahudi...[freemason lodge]. (Sila kaji sejarah Constantnpl). Kdg2 kita terperangkap dgn fakta mana yg btl. Kdg2 kita terikut2. Kdg2 rasanya mcm kita dah btl. Tp Allah saja tau mana btl. But dgn mengkaji sejarah...kita boleh blaja sikit2...bukannya mengambil 100% dr sumber yg kita 'sokong' je...of course la kita mengiakannya. Kalu gitu tidaklah dinamakan ilmu Allah ni luas.
Dlm Islam mana ada lambang pon. Rasulullah punya panji2 hanya hitam, putih...ada yg kata kemungkinan hijau. Dan hanya ada kalimah tauhid atau syahadah. Kalu btl2 nak Islamic la...!
Allah saja yg tau...:)
~MM~
Post a Comment