Thursday, August 4, 2011

Sempena Didalam Bulan Kemerdekaan.... _31Ogos_


"Musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat…" Prof. Shamsul Amri Baharudin.

Ini bukan nasihat dari seorang profesor kangkong. Ini nasihat dari seorang yang betul-betul profesor yang cuba menyedarkan pemimpin-peminpin UMNO supaya mereka dapat melihat siapa musuh mereka sebenar.

Mereka juga perlu sedar dan faham bahawa kita sedang berada di abad ke-21 dan bukan lagi era tahun 1960-an abad ke-20 di mana rakyat mendapat maklumat hanya dari corong Radio Malaya dan berlibur dengan menonton wayang pacak di padang yang menceritakan tentang bahaya cacing kerawit kemudian diselit pula dengan propaganda-propaganda….!

Ini zaman IT - Pasca Angkasa Lepas (makna ditekan) di mana berita dan peristiwa dapat dipancar sekelip mata menerusi satelit ke seluruh dunia. Zaman Generasi You Tube, Twitter - Facebook; anak semua bangsa berkenal dan berinteraksi dengan pantas menerusi sistem saraf rangkaian maklumat digital - generasi perubahan yang sedar bahawa mereka bertanggung jawab untuk memberi makna kepada masa depan serta hak dan nasib rakyat.

Menerusi sistem saraf rangkaian maklumat ini mereka bukan sahaja mampu menilai semula sejarah negara bangsa malah makna kemerdekaan itu sendiri, yang selama ini di kulum dengan rasa mual dan penuh ketidakpastian. Mereka begitu keliru tentangnya.

Haruskah sejarah yang ditulis oleh bangsawan Melayu gendut ini diwariskan untuk generasi akan datang sedang mereka sendiri keliru tentangnya……! Kata George Santayana "sesiapa yang melupai sejarah (bangsa dan negaranya) akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali…" Apakah maksud ungkapan ini?

Rakyat Malaysia bukan melupai sejarah negaranya tetapi mereka sebenarnya tidak faham. Tidak ada seorang pelajar yang benar-benar tahu atau professor sejarah yang berani bercerita tentang sejarah kita yang sebenar kerana bimbang implikasi berbagai akta. Akhirnya tiada orang yang benar-benar tahu tentang sejarah negara dan bangsanya termasuklah kalangan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.

Tugu Negara, tugu penajajah inggeris

Kita tidak tahu sama ada kita dijajah oleh Inggeris atau oleh PKM kerana dari gelagat UMNO kita semacam dijajah oleh PKM. Kita tidak tahu sama ada regim kolonial Inggeris atau PKM yang membunuh dan memenjara pemimpin-pemimpin kita yang berjuang di bawah semboyan "MERDEKA". Tugu Pahlawan menunjukkan Inggeris sedang menginjak-injak kaki pada gerila-gerila PKM yang gugur sambil mengibarkan bendera jalur gemilang. Senario ini menunjukkan kita merdeka dari PKM dan bukan dari Inggeris.

Di situ juga kita membaca jajaran nama askar-askar British yang terkorban dalam perang bersama gerila PKM sejak darurat diistiharkan oleh British pada 18 Jun 1948. Kita juga tidak tahu sama ada kita terhutang budi dengan British atau PKM justeru kemerdekaan tanah air kita. Begitu juga tentang apa sebab Inggeris memerdekakan negara kita. Sebahagian rahsia sejarah sebenar tersimpan dalam benak kapitalis birokrat aka bangsawan gendut yang mengambil alih kuasa dari British.

Dari cebis-cebis coretan para gerila yang masih mereka genggam, mereka berkata Inggeris lari kerana tidak tahan dengan ribuan serangan dari mereka hingga terpaksa merdekakan Malaya secara bersyarat. Kita juga tidak pernah tahu syarat-syarat itu kecuali satu dua antaranya supaya UMNO dan Kerajaan Perikatan terus melancar perang dalam negeri terhadap PKM.Peperangan ini menguntungkan British yang bertindak sebagai penjual senjata di samping pada masa yang sama sempat mengurus segala asset dan modalnya. British tidak menyuruh UMNO memusuhi PKM hingga kiamat ia memadai untuk satu masa bagi memberi sedikit ruang kepada British untuk mengambil apa yang patut walaupun negara sudah merdeka.

Kita juga tidak tahu tentang sejarah Pasukan Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) pernah bersama British untuk melumpuhkan tentera fasis Jepun pada tahun 1942-1945. Inilah pasukan yang berani menentang tentera fasis Jepun yang telah membunuh ribuan rakyat Malaya yang tidak berdosa. Kisah ini tidak pernah dibangkit oleh pemerintah sedang British yang lari seperti itek meninggalkan Malaya mengiktiraf jasa-jasa TAJRM yang dipimpin oleh Chin Peng dengan dua anugerah yang besar di London.

British masuk semula pada tahun 1945 melihat kebangkitan baru untuk menuntut merdeka - KRIS, PKMM, PKM, API, AWAS kesatuan Buruh dan lain-lain yang membentuk PUTERA-AMCJA. Pada tahun 1948 mereka menentang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. PUTERA-AMCJA pernah menyanggah Dato' Onn yang memberi kerjasama kepada Inggeris memaksa raja-raja Melayu menandatangani perjanjian ini kerana ia sedikitpun tidak menyebut soal merdeka. Justeru akhirnya perjanjian ini gagal dan PUTERA-AMCJA telah mengemukakan 10 pasal perlembagaan Malaya Merdeka serta bendera Sang Saka Merah Putih lambang tuntutan kemerdekaan. Mereka menggabung pertubuhan politik dan seluruh warga Malaya patriotik-demokratik bangun melancarkan HARTAL di seluruh negara sehingga ia begitu mencemaskan British.

Dalam perjuangan kemerdekaan Dato' Onn dianggap oleh golongan progresif sebagai duri dalam daging yang sentiasa menghalang gerakan yang menuntut kemerdekaan. British telah merencana beberapa rusuhan kaum di Batu Pahat dan Muar Johor, begitu juga di Sungai Manik Perak yang kemudiannya di damaikan oleh PKM. Dato Onn lebih selesa hidup di bawah British kerana katanya dengan Inggeris kita boleh makan daging tetapi kalau merdeka kita akan makan ubi kayu. Dato' Onn memusuhi golongan kiri dan parti-parti progresif kiri seperti PKMM, API, AWAS dan PKM. HARTAL 1948 yang dilancar secara besar-besaran dan tuntutan) kemerdekaan (tekanan ditambah) menyebabkan British mengistiharkan Undang-Undang Darurat.

400,000 askar British telah dibawah masuk untuk melancarkan perang terhadap pemimpin-pemimpin kiri yang menuntut merdeka. British dengan persetujuan Dato' Onn telah mengharamkan seluruh parti-parti politik di Malaya pada tahun 1948 - ribuan pemimpin-pemimpinnya ditangkap dipenjara dan dibunuh. Inilah detik malapetaka paling besar buat pejuang-pejuang progresif di Malaya yang akhirnya kemenangan memihak kepada UMNO kerana seluruh parti-parti politik di Malaya ketika itu telah diharamkan dan pemimpin-pemimpinnya ditangkap. Mulai detik inilah pena dan lembaran sejarah terlepas kepada Kapitalis Birokrat aka Kelas Bangsawan Melayu. UMNO pada ketika itu hanya gerombolan seperti PERKASA yang muncul pada hari BERSIH 709 sedangkan golongan patriotik-demokratik PUTERA-AMCJA mempunyai hampir sejuta ahli. Di bawah undang-undang darurat ini pemimpin-pemimpin politik selain UMNO diburu, ditangkap dan dipenjara malah ramai yang dibunuh. Mereka dituduh mengancam keselamatan negara oleh British.



Yang terselamat telah melarikan diri ke hutan melancarkan perang gerila atas nama Tentera Pembebasan Nasional Malaya atau Tentera Rakyat. Mereka termasuklah Regimen 10 Melayu yang begitu digeruni British yang dipimpin oleh Abdullah CD bekas anggota PKMM. Regimen 10 Melayu ini adalah terdiri daripda pengikut-pengikut Dato' Bahaman yang masih hidup yang berpengkalan di Pahang. Mereka inilah yang meneruskan perjuangan menentang Inggeris hingga pada tahun 1957 Malaya mencapai kemerdekaan.

Percubaan untuk menzalimi anggota PSM yang terbaru di bawah Ordinan Darurat bukanlah suatu yang pelik. Apa yang pernah dilakukan oleh Dato' Onn kini ingin dicuba sekali lagi oleh cucunya pula. Bersih dikatakan haram dan mengancam keselamatan negara sebagaimana PUTERA-AMCJA dan parti-parti politik progresif di haramkan pada tahun 1948 oleh British. Pada ketika ini ramai yang ditahan kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan PKM termasuk pengerusi API, Ahmad Boestamam, Dr. Burhanudin al-Helmi, Pak Sako dan lain-lain. Osman Awang terselamat kerana beliau hanya menulis sajak walaupun beliau sendiri adalah lebih kiri daripada Pak Samad yang menjadi antara ikon dalam BERSIH 2.0.


Sesiapa yang tidak sealiran dengan UMNO boleh sahaja dikaitkan dengan PKM dan mereka boleh dituduh mengancam keselamatan negara. Idea ini adalah idea penjajah Inggeris sejak melancarkan akta darurat 1948 lagi.

idea asal: GreenBoc

Friday, July 8, 2011

Kisah-kisah PANAS!!! _sunniJgnBaca_


Hadis tentang Fadak, Saqifah Bani Sa‘idah, balaghah Nabi s.a.w,  mutiara kata Amir al-Mukminin a.s, dialog Abu Hanifah dengan Abu Abdullah a.s

Hadis Tentang Fadak

       Abu Muhammad, daripada Abdullah bin Sinan daripada Abu Adillah a.s berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mati, Abu Bakr telah menduduki tempatnya, beliau telah mengutus kepada wakil Fatimah a.s,lalu mengeluarkannya dari Fadak, kemudian Fatimah a.s telah mendatanginya dan berkata: Wahai Abu Bakr! Anda telah mendakwa bahawa anda adalah pengganti bapa aku, menduduki tempatnya, mengutus kepada wakil aku dan mengeluarkannya  dari Fadak sedangkan anda mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah menghadiahkannya kepada aku dan sesungguhnya aku mempunyai beberapa saksi.
       Maka Abu Bakr berkata kepadanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w tidak meninggalkan pusaka, maka beliau kembali kepada Ali a.s, lalu memberitahunya, Ali a.s berkata kepadanya: Kembalilah anda kepadanya dan berkata: Anda telah menyangka bahawa Nabi s.a.w tidak mewariskan  pusakanya sedangkan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan Yahya telah mewarisi Zakaria dan bagaimana aku tidak mewarisi bapa aku? ‘Umar berkata: Anda mahu mengajar kami? Beliau a.s berkata: Sekiranya aku adalah seorang yang mengajar anda, maka sepupu aku, dan suami akulah yang telah mengajar aku.
       Abu Bakr berkata: ‘Aisyah dan ‘Umar menjadi saksi sesungguhnya mereka berdua telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Nabi s.a.w tidak mewariskan pusakanya. Fatimah a.s berkata: Ini adalah penyaksian bohong pertama di dalam Islam  yang dilakukan oleh mereka berdua. Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya Fadak adalah pemberian Rasulullah s.a.w kepada aku dan aku mempunyai beberapa orang saksi, beliau berkata kepadanya: Panggil saksi-saksi anda ke mari, maka Fatimah a.s datang bersama Ummu Aiman dan Ali a.s, Abu Bakr berkata kepada Ummu Aiman: Wahai Ummi Aiman sesungguhnya anda telah mendengar daripada Rasulullah s.a.w bersabda tentang Fatimah?
       Maka mereka berdua berkata: Kami telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Fatimah adalah penghulu wanita syurga, kemudian Ummu Aiman berkata: Penghulu wanita syurga mendakwa perkara yang bukan haknya? Dan aku adalah wanita syurga selama aku menjadi saksi apa yang aku telah mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w.‘Umar berkata: Tinggalkan kami dengan kisah-kisah ini wahai Ummu Aiman, dengan apakah kamu berdua menjadi saksi? Ummu Aiman berkata: Aku duduk di rumah Fatimah a.s dan Rasulullah s.a.w  juga duduk sehingga turun Jibrail ke atasnya, dan berkata:Wahai Muhammad! Berdirilah sesungguhnya Allah  s.w.t telah memerintah aku supaya menggariskan Fadak untuk anda dengan sayap aku, maka Rasulullah s.a.w berdiri bersama Jibrail.
       Kemudian beliau kembali. Maka Fatimah a.s berkata: Wahai bapaku di manakah anda telah pergi? Maka beliau bersabda: Jibrail telah membuat garisan  Fadak untuk aku dengan sayapnya dan menetapkan sempadannya untuk aku, Fatimah a.s berkata: Wahai bapa aku, sesungguhnya aku khuatir tanggungan dan keperluan selepas anda, maka berilah ia kepada aku, maka beliau bersabda:Ia adalah pemberian kepada anda. Beliau berkata: Ya, Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ummu Aiman, saksikanlah, wahai Ali, saksikanlah. Umar berkata: Anda adalah seorang perempuan dan kami tidak mengharuskan penyaksian seorang perempuan seorang sahaja, adapun Ali, maka beliau akan melakukannya untuk dirinya sendiri.
       Fatimah berdiri di dalam keadaan marah dan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya mereka berdua telah menzalimi hak anak perempuan Nabi Engkau, maka kuatkanlah tekanan Engkau ke Atas mereka berdua. Kemudian beliau keluar dan dibawa oleh Ali a.s mengelilingi rumah kaum muhajirin dan ansar, al-Hasan dan al-Husain bersama mereka berdua, Fatimah a.s berkata: Wahai, kaum muhajirin dan ansar, tolonglah Allah, kerana aku adalah anak perempuan Nabi kamu, kamu telah memberi baiah kepada Rasulullah s.a.w pada hari itu kamu telah memberi baiah kepadanya untuk melindunginya dan zuriatnya daripada sebarang ancaman sebagaimana kamu melindungi diri kamu, dan zuriat kamu.
       Beliau berkata: Tetapi tiada seorang pun yang telah menolongnya. Kemudian beliau datang kepada Mu‘adh bin Jabal dan berkata: Wahai Mu‘adh, sesungguhnya aku datang bagi meminta bantuan anda, anda telah memberi baiah kepada Rasulullah s.a.w agar anda menolongnya dan zuriatnya, menghalangnya sebagaimana anda menghalang  diri anda dan zuriat anda. Sesungguhnya Abu Bakr telah  merampas Fadak daripada aku, dan mengeluarkan wakil aku daripadanya. Beliau berkata: Adakah orang lain selain daripada aku? Beliau a.s berkata: Tiada seorang pun yang telah menyahuti seruan aku. Beliau berkata:Di manakah aku akan mendapatkan  pertolongan untuk anda? Maka Fatimah a.s keluar dari sisinya, dan anak lelakinya datang kepadanya dan berkata: Apakah yang membuatkan anak perempuan Muhammad datang kepada anda?
       Beliau berkata: Beliau datang untuk mendapatkan pertolongan aku menentang Abu Bakr, kerana beliau telah mengambil Fadak daripadanya, beliau bertanya lagi: Anda tidak menyahut seruannya? Beliau berkata: Aku seorang tidak boleh melakukannya. Beliau berkata: Anda telah enggan menolongnya? Beliau menjawab: Ya, beliau berkata:Apakah yang telah dikatakan kepada anda? Beliau berkata kepada aku: Demi Allah, aku akan menentang anda sepenuhnya sehingga aku membentangkannya kepada Rasulullah s.a.w.
       Maka anak lelakinya berkata: Demi Allah, aku akan menentang anda sepenuhnya sehingga aku membentangkannya kepada Rasulullah s.a.w jika anda tidak menyahuti seruan anak perempuan Muhammad s.a.w, beliau berkata: Fatimah a.s keluar dari sisinya dan berkata: Demi Allah,aku tidak akan bercakap dengan anda sehingga aku dan anda berkumpul di sisi Rasulullah s.a.w, kemudian beliau pulang. Maka Ali a.s berkata kepadanya: Pergi kepada Abu Bakr, kerana beliau adalah lebih lembut daripada sahabatnya dan katakan kepadanya: Anda telah mendakwa tempat bapa aku dan anda khalifahnya.
       Anda telah menduduki tempatnya, jika Fadak milik anda kemudian aku meminta anda supaya anda memberinya kepada aku, maka ia wajib diberikan kepada aku. Manakala beliau mendatanginya, beliau berkata kepadanya sedemikian, Abu Bakr berkata: Anda memang benar. Lalu beliau menulis surat tentang pemberian balik Fadak, lantas beliau a.s keluar dan surat telah berada bersamanya, kemudian beliau terserempak dengan ‘Umar, maka beliau berkata: Wahai anak perempuan Muhammad, apakah surat bersama anda? Beliau berkata: Surat yang telah ditulis Oleh Abu Bakr tentang pemberian balik Fadak kepada aku, beliau berkata: Berikan kepada aku.
       Fatimah a.s enggan untuk memberikannya kepadanya, lalu ‘Umar  menendangnya[1] dengan kakinya pada masa itu beliau sedang mengandung  anak lelakinya al-Muhsin. Maka Muhsin telah tergugur dari kandungannya, kemudian beliau telah memukulnya seolah-olah aku sedang melihat kepada subang di telinganya jatuh bertaburan. Kemudian ‘Umar telah mengambil surat tersebut, lalu mengoyaknya. Fatimah a.s pergi dan tinggal tujuh puluh hari di dalam keadaan sakit kerana pukulan ‘Umar, apabila hampir mati, beliau telah menyeru Ali a.s dan berkata: Anda memberi jaminan atau aku wasiatkannya kepada anak lelaki al-Zubair.
       Maka Ali a.s berkata: Aku menjamin wasiat anda wahai anak perempuan Muhammad, Fatimah a.s berkata: Aku meminta anda dengan hak Rasulullah s.a.w apabila aku mati, dua lelaki[2] itu tidak akan menyaksikan aku dan tidak akan mengerjakan solat jenazah untuk ku, Ali a.s berkata: Maka bagi anda hak sedemikian, apabila beliau mati, maka Ali a.s telah mengapankannya pada waktu malam. Penduduk Madinah datang pada waktu pagi untuk menghadiri jenazahnya, begitu juga Abu Bakr dan ‘Umar. Ali a.s keluar dari rumahnya kepada  Abu Bakr dan ‘Umar, mereka berdua berkata kepadanya: Apakah anda telah lakukan kepada anak perempuan Muhammad, anda telah menyempurnakannya, wahai Abu al-Hasan? Ali a.s berkata: Demi Allah, aku telah  menyempurnakannya  pada waktu malam.
       Mereka berdua berkata: Apakah yang telah membawa anda melakukan sedemikian tanpa memberitahukan  kami? Beliau a.s berkata: Fatimah a.s telah memerintah aku sedemikian. ‘Umar berkata: Demi Allah, aku bercadang untuk menggalinya dan  mengerjakan solat ke atasnya. Ali a.s berkata: Demi Allah, selama hati aku masih berfungsi, dan pedang Dhu l-Fiqar masih di tangan aku,  anda tidak akan dapat menggali kuburnya, dan anda lebih  mengetahuinya. Abu Bakr berkata kepada ‘Umar: Pergilah kerana beliau (Ali) adalah lebih berhak dengannya daripada kita, orang ramai pun bersurai[3].
                          
Hadis Tentang Saqifah Bani Sa‘idah

       Abu Muhammad daripada ‘Umru bin Abu al-Miqdam daripada bapanya daripada datuknya berkata: Tiada hari yang lebih besar  dialami oleh Ali a.s daripada dua hari, pertama adalah hari kematian Rasulullah s.a.w . Kedua adalah hari Saqifah Bani Sa‘idah, demi Allah, aku sedang duduk di Saqifah Bani Sa‘idah  di kanan Abu Bakr dan orang ramai sedang memberi baiah kepadanya apabila ‘Umar berkata kepada Abu Bakr: Kenapa anda tidak berbuat sesuatu kepada Ali yang belum memberi baiah kepada anda, utus kepadanya sehingga beliau datang kepada anda untuk memberi baiah?
       Beliau berkata: Beliau telah mengutus Qunfudh, dan berkata kepada Ali a.s: Sahutlah seruan khalifah Rasulullah s.a.w? Ali a.s berkata: Alangkah cepatnya anda telah berbohong ke atas Rasulullah s.a.w sedangkan Rasulullah s.a.w tidak melantik seorang pun penggantinya selain daripada aku, Qunfudh kembali dan memberitahu Abu Bakr tentang kata-kata Ali a.s, Abu Bakr berkata: Pergi kepadanya dan katakan kepadanya: Abu Bakr menyeru anda dan datanglah kepadanya sehingga  anda memberi baiah, kerana anda seorang lelaki di kalangan muslimin, Ali a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah memerintahkan  aku  supaya aku tidak keluar sehingga aku menyusun  al-kitab (al-Qur’an), kerana ia masih berada di pelepah kurma dan di kulit unta.
       Qunfudh kembali lagi kepada Abu Bakr dan memberitahunya tentang kata-kata Ali a.s, lantas ‘Umar berkata kepada Abu Bakr:Berdiri lah anda kepada lelaki itu, maka Abu Bakr, Umar, Uthman, Khalid bin al-Walid, al-Mughirah bin Syu‘bah, Abu ‘Ubaidah, Salim hamba Abu Hudhaifah, dan aku telah berdiri bersama-sama mereka, Fatimah a.s telah menyangka bahawa tiada seorang pun akan memasuki rumahnya melainkan dengan izinnya, maka beliau telah menutup pintunya. Manakala mereka sampai di pintunya, maka ‘Umar telah menendangnya dengan kakinya dan memecahkannya-Ia diperbuat dari pelepah kurma-lalu mereka memasukinya dan mengeluarkan Ali a.s di dalam keadaan terikat.
       Fatimah a.s keluar dan berkata: Wahai Abu Bakr dan ‘Umar! Kamu berdua mahu menjadikan aku ibu tunggal daripada suami aku, demi Tuhan, sekiranya kamu berdua tidak berhenti dari melakukannya terhadapnya, nescaya aku akan menguraikan rambut aku, aku akan mengoyakkan poket baju aku, dan aku akan mendatangi kubur bapa ku,dan aku akan mengadu kepada Tuhanku, maka beliau pun keluar dan memegang tangan al-Hasan dan al-Husain menuju ke arah kubur Rasulullah s.a.w. Ali a.s berkata kepada Salman: Wahai Salman, dapatkan anak perempuan Muhammad, kerana aku sedang melihat dua kawasan Madinah sedang bergerak, demi Tuhan,jika beliau melakukan apa yang dikatakannya, nescaya Madinah dan penduduknya akan ditelan bumi, beliau berkata: Salman dapat memintasnya dan berkata: Wahai anak perempuan Muhammad,sesungguhnya Allah s.w.t telah mengutus bapa anda sebagai rahmat,maka kembalilah, Fatimah a.s berkata: Wahai Salman, aku tidak sabar lagi, lantaran itu, tinggallah aku sehingga aku mendatangi kubur bapa aku,maka aku dapat mengadu kepada Tuhanku, Salman berkata: Sesungguhnya Ali a.s telah mengutus aku kepada anda supaya pulang, beliau berkata: Aku mentaatinya, maka beliau pulang, mereka telah mengeluarkan Ali dari rumahnya  di dalam keadaan terikat.
       Beliau berkata: Al-Zubair datang di dalam keadaan pedang terhunus seraya berkata: Wahai Bani Abd al-Muttalib! Adakah dilakukan sebegini kepada Ali sedangkan kamu masih hidup? Kemudian beliau telah menerkam kepada  ‘Umar untuk memukulnya dengan pedangnya, lantas Khalid bin al-Walid melontar batu ke tangannya, dan ia mengenainya, lalu terjatuh pedang di tangannya. Lantas ‘Umar mengambil pedangnya dan memukulnya ke atas batu, lalu ia pecah.
       Ali a.s telah melalui  di atas kubur Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai anak lelaki  ibu aku, sesungguhnya kaum telah menindas aku dan mereka hampir membunuh aku”. Kemudian Ali a.s dibawa ke Saqifah untuk majlis Abu Bakr, kemudian ‘Umar berkata kepadanya: Baiahlah anda kepada Abu Bakr, maka Ali a.s berkata: Jika aku tidak melakukannya? ‘Umar berkata: Demi Tuhan, kami akan memukul tengkuk anda, Ali a.s berkata: Jika begitu, aku akan menjadi hamba Allah dan saudara Rasulullah s.a.w yang terbunuh? Umar berkata: Adapun hamba Allah yang terbunuh, maka jawapannya: Ya, dan adapun saudara Rasulullah s.a.w yang terbunuh, maka jawapannya: Tidak.-Beliau telah berkata sebanyak tiga kali, ‘Abbas berkata: Berlembutlah kamu semua terhadap anak saudara aku, maka baiahnya kepada anda adalah terletak di atas aku.
       Kemudian Abbas telah mengambil tangan Ali a.s dan  menyapukannya di atas tangan Abu Bakr, dan mereka telah membiarkan Ali a.s di dalam  keadaan marah, lalu beliau mengangkat kepalanya ke langit, kemudian berkata: Wahai Tuhanku, Engkau mengetahui sesungguhnya Nabi Ummiyyi telah bersabda kepada aku: Jika mereka genap dua puluh, maka perangilah mereka iaitu firman Engkau di dalam kitab Engkau Surah al-Anfal (8): 65 “Jika kamu mempunyai dua puluh orang yang sabar di kalangan kamu, mereka akan mengalahkan dua ratus orang”, wahai Tuhanku, sesungguhnya mereka tidak sampai dua puluh orang-sehingga beliau telah berkata sebanyak tiga kali-kemudian beliau pulang[4].  

Balaghah Nabi S.A.W

       Diriwayatkan oleh sebahagian Bani Hasyim tentang sebuah hadis yang dikaitkan kepada Rasulullah s.a.w secara marfu‘ bahawa seorang lelaki Badwi telah mendatangi Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Adakah boleh seorang lelaki menangguhkan mahar isterinya? Beliau bersabda: Ya, apabila ia seorang fakir, kemudian beliau bertanya : Wahai Rasulullah! Siapakah yang telah mengajar anda?
       Beliau bersabda: Allah yang telah mengajar aku, dan aku adalah seorang Arab yang paling fasih  walaupun aku daripada Quraisy, dan dididik di rumah Hawazin Bani Sa‘d bin Bakr. Aku telah membesar bagaikan awan, mereka berkata: Inilah awan yang telah meneduhkan kami. Maka beliau bersabda: Bagaimana kamu melihat bawahannya  yang meliputi ufuk langit? Mereka berkata: Alangkah cantik dan kukuh kedudukannya! Beliau bersabda: Bagaimana kamu melihat keseluruhannya? Mereka berkata: Alangkah cantiknya ia di dalam bentuk bulatnya. Beliau bersabda: Bagaimana kamu  melihat sinaran dan keputihannya atau jaluran cabangnya yang panjang? Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya telah datang hujan kepada kamu? Mereka berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Kami tidak dapati orang yang lebih fasih daripada anda. Beliau bersabda: Apakah yang menghalang aku, sedangkan aku adalah seorang Arab yang paling fasih. Allah telah menurunkan al-Qur’an dengan bahasa aku, sebaik-baik bahasa sekalipun aku dibesarkan di kalangan Bani Sa‘d[5].

Mutiara Kata Amir al-Mukminin A.S             

       Diriwayatkan daripada Amir al-Mukminin a.s bahawa beliau berkata: Orang yang bermegah dengan dirinya sendiri adalah lebih mulia daripada orang yang bermegah dengan bapanya, kerana aku adalah lebih mulia daripada bapa aku, dan Nabi s.a.w adalah lebih mulia daripada bapanya, Ibrahim adalah lebih mulia daripada Tarikh.
       Ada orang bertanya kepadanya: Dengan apakah kemegahan itu? Beliau berkata: Dengan salah satu daripada tiga perkara:Harta lahir, adab yang baik, dan pertukangan di mana seorang tidak malu dengannya.
       Ada orang bertanya Amir al-Mukminin a.s: Bagaimana anda menyambut waktu pagi wahai Amir al-Mukminin? Beliau berkata:Aku menyambut waktu pagi aku dengan memakan rezeki aku, dan menunggu ajal aku, ada orang bertanya kepadanya: Apa pendapat anda tentang dunia? Beliau berkata: Apa aku akan berkata kepada dunia pada awalnya dukacita, dan akhirnya kematian, barangsiapa yang menjadi kaya padanya, hakikatnya ia adalah seorang fakir, dan barangsiapa yang menjadi fakir padanya, maka ia berdukacita, halalnya dihisab, dan haramnya ke neraka.
       Ada orang bertanya kepadanya: Siapakah orang yang paling bergembira? Beliau berkata: Orang yang selamat dari balasan,dan mengharap pahala ketika jasad di bawah tanah.
       Beliau berkata: Barangsiapa yang telah mengunjungi saudaranya muslim kerana Allah, maka Allah akan menyerunya:Wahai pengunjung! Anda telah melakukan perkara yang baik,dan  syurga pun  baik kepada anda. 
       Beliau berkata: Apabila seorang muslim menunaikan hajat seorang muslim, maka Allah akan menyerunya: Di atasKu pahala anda, dan aku tidak reda kepada anda tanpa syurga.
       Beliau berkata: Tiga orang yang akan diketawakan Allah kepada mereka pada hari Kiamat: Seorang lelaki berada di atas hamparannya  bersama-samanya isterinya yang dicintai, lalu ia mengambil wuduk, memasuki masjid, mengerjakan solat dan bermunajat kepada Tuhannya, seorang lelaki yang berjunub, kemudian tiada air, lantas ia pergi kepada salji dan memecahkannya, kemudian ia memasukinya dan mandi junub, dan seorang lelaki bertembung musuhnya bersama-sama para sahabatnya, tiba-tiba mereka diserang, maka ia ikut berperang sehingga ia terbunuh.
       Beliau berkata: Ucapan takziah akan mewarisi syurga, beliau berkata: Apabila anda membawa keranda mayat, nescaya anda keluar daripada dosa sebagaimana anda dilahirkan ibu anda.
       Beliau berkata: Siapa yang telah membeli daging kepada keluarganya dengan satu dirham seolah-olah beliau telah memerdekakan hamba daripada anak Ismail.
       Beliau berkata: Siapa yang telah  meminum lebihan minuman saudaranya kerana mengambil keberkatannya, nescaya Allah menjadikan  di antara mereka berdua malaikat yang akan memohon ampun untuk mereka berdua sehingga berlakunya Kiamat.             Beliau berkata: Lebihan makanan atau minuman mukmin adalah penyembuhan kepada tujuh puluh penyakit[6].               

Dialog Abu Hanifah Dengan Abu Abdullah

       Muhammad bin ‘Ubaid daripada Hammad daripada Muhammad bin muslim berkata: Abu Hanifah datang berjumpa dengan Abu Abdullah a.s dan berkata: Aku telah melihat anak lelaki anda Musa sedang mengerjakan solat, dan orang ramai melalui di hadapannya, tetapi beliau tidak melarang mereka, dan itulah apa yang telah berlaku, Abu Abdullah a.s berkata: Panggilkan Musa untukku, manakala beliau datang kepadanya, beliau berkata kepadanya: Wahai anak lelaki aku, sesungguhnya Abu Hanifah menyebut bahawa anda sedang mengerjakan solat, dan orang ramai melalui di hadapan anda, tetapi anda tidak melarang mereka, beliau berkata: Ya, wahai bapaku, sesungguhnya yang aku mengerjakan solat kepada-Nya adalah lebih hampir kepadaku daripada mereka, Allah berfirman di dalam Surah al-Qaf (50):16 “Kami lebih hampir kepadanya daripada urat lehernya”. Lantas Abu Abdullah mendakapnya dan berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, wahai Yang menyimpan segala rahsia![7]
       Abu Abdullah berkata: Wahai Abu Hanifah, adakah pembunuhan di sisi kamu lebih berat daripada zina? Beliau berkata: Pembunuhan lebih berat daripada zina, beliau berkata: Bagaimana Allah telah memerintah di dalam pembunuhan dua saksi sementara di dalam zina empat saksi? Bagaimana ini boleh didapati dengan kias? Wahai Abu Hanifah, adakah meninggalkan solat lebih berat atau meninggalkan puasa? Beliau berkata: Meninggalkan puasa lebih berat, beliau berkata: Bagaimana seorang perempuan menggantikan puasanya, dan tidak menggantikan solatnya; bagaimana ini boleh didapati dengan kias?
       Aduhai anda wahai Abu Hanifah, adakah perempuan lebih lemah di dalam pendapatnya atau lelaki? Beliau berkata: Malah perempuan, beliau berkata: Bagaimana Allah telah menjadikan satu saham untuk perempuan dan dua saham untuk lelaki? Bagaimana perkara ini dapat dilakukan kias? Wahai Abu Hanifah, berak lebih kotor atau air mani? Beliau berkata: Malah berak lebih kotor, bagaimana boleh dilakukan istinja’ daripada berak dan dimandikan junub daripada air mani? Bagaimanakah perkara ini dapat dilakukan dengan kias? Aduhai anda wahai Abu Hanifah, anda berkata aku berkata: Aku akan turun sebagaimana Allah turun? Beliau berkata: Aku minta pertolongan Tuhan dari mengatakannya, beliau a.s berkata: Ya, anda dan para sahabat anda berkata sedemikian tanpa mengetahuinya.          
       Abu Hanifah berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, beritahu aku sebuah hadis yang kami akan memberitahu kepada orang ramai tentang anda? Beliau a.s berkata: Abu Muhammad bin Ali telah memberitahu aku daripada bapanya Ali bin al-Husain a.s daripada bapanya al-Husain bin Ali a.s daripada bapanya Ali in Abu Talib a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian (al-Mithaq) Ahlu l-Bait daripada setinggi-tinggi  tanah ‘illiyyin, dan Dia telah mengambil tanah syi‘ah kita daripada kami. Jika seluruh penduduk langit dan penduduk bumi bekerja keras untuk mengubah sesuatu daripadanya, nescaya mereka tidak mampu melakukannya. Beliau berkata: Abu Hanifah telah menangis, begitu juga para sahabatnya. Kemudian Abu Hanifah keluar, kemudian diikuti oleh para sahabatnya[8].         
                         
Hadis Tentang Baghal Betina  Abu Hanifah   

       Daripadanya, daripada Sama‘ah berkata: Seorang lelaki telah bertanya kepada Abu Hanifah tentang (al-Syai’) sesuatu tertentu dan tentang la syai’ (tanpa sesuatu), lalu beliau memberitahunya tentang al-syai’ dan tidak dapat menjawab kepadanya tentang la syai’, lantaran itu beliau berkata kepada lelaki tersebut: Pergilah dengan baghal betina ini kepada imam orang al-Rafidhah (Abu Abdullah), dan juallah kepadanya bi-la syai’, dan terimalah harganya, kemudian lelaki tersebut telah datang bersama baghal tersebut menemui Abu Abdullah a.s, Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Aku telah meminta  Abu Hanifah supaya menjual baghal betina ini. Beliau berkata: Beliaulah yang telah memerintahkan aku supaya menjualkannya. Beliau a.s berkata: Berapakah harganya? Beliau berkata:Bi-la syai’, beliau berkata kepadanya: Apakah yang anda katakan? Beliau berkata: Kebenaran yang aku katakan, maka beliau a.s berkata: Sesunguhnya aku telah membelinya daripada anda bi-la syai’.
       Beliau berkata: Abu Abdullah telah menyuruh hambanya  memasukkan baghal betina tersebut di dalam kandangnya.
       Beliau berkata: Muhammad bin al-Hasan telah menunggu  bayaran selama satu jam, manakala beliau a.s melambatkan pembayarannya, Muhammad bin al-Hasan berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda tentang bayaran? Beliau berkata: Perjanjian adalah pada keesokannya, lantas beliau kembali kepada Abu Hanifah, maka beliau telah memberitahunya tentang perkara tersebut dan meredainya, pada keesokannya, Abu Hanaifah datang kepadanya, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Anda telah datang untuk menerima bayaran baghal betina la syai’?
       Beliau berkata: Ya, dan la syai’ adalah bayarannya? Beliau berkata: Ya, maka Abu Abdullah menaiki baghal tersebut sementara Abu Hanifah menaiki binatang lain melintasi padang pasir, apabila hari siang, Abu Abdullah telah melihat kepada maya sedang meninggi seolah-olah seperti air yang sedang mengalir, Abu Abdullah berkata: Wahai Abu Hanifah, apakah di lurahnya seolah-olah ia sedang mengalir? Beliau berkata: Itulah air wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, manakala mereka berdua sampai ke tempat tersebut,maka ianya semakin jauh, lantas Abu Abdullah berkata: Terimalah bayaran baghal betina itu, Allah berfirman Surah al-Nur ( 24) :39 “laksana maya di tanah datar, yang di sangka air oleh orang yang dahaga, tetapi apabila didatanginya air itu, maka dia tidak mendapatinya sesuatupun”
       Beliau berkata: Abu Hanifah keluar kepada para sahabatnya di dalam keadaan dukacita, lalu mereka bertanya kepadanya: Apakah gerangan anda wahai Abu Hanifah?  Beliau menjawab: Baghal betina aku telah pergi tanpa bayaran sedangkan harga baghal betina itu adalah sepuluh ribu dirham.


[1] Menendang pintu rumahnya di mana pada masa itu Fatimah sedang berada di balik pintu tersebut.Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xxx, 296

[2] Abu Bakr dan ‘Umar

[3] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  viii,  103

[4] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  viii, 44

[5] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar,  vi , 230

[6] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvii,  125

[7] Al-Kulaini, al-Kafi, iii,  297

[8] Al-Majlisi,  Bihar al-Anwar,  xi,  176

Saturday, July 2, 2011

Keperluan BerDEMO.... sunniView_



Riwayat dari Abu Humaid As Sa’idiy bahwasanya ia berkata:

اسْتَعْمَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا عَلَى صَدَقَاتِ بَنِي سُلَيْمٍ يُدْعَى ابْنَ الْلَّتَبِيَّةِ فَلَمَّا جَاءَ حَاسَبَهُ قَالَ هَذَا مَالُكُمْ وَهَذَا هَدِيَّةٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهَلَّا جَلَسْتَ فِي بَيْتِ أَبِيكَ وَأُمِّكَ حَتَّى تَأْتِيَكَ هَدِيَّتُكَ إِنْ كُنْتَ صَادِقًا ثُمَّ خَطَبَنَا فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنِّي أَسْتَعْمِلُ الرَّجُلَ مِنْكُمْ عَلَى الْعَمَلِ مِمَّا وَلَّانِي اللَّهُ فَيَأْتِي فَيَقُولُ هَذَا مَالُكُمْ وَهَذَا هَدِيَّةٌ أُهْدِيَتْ لِي أَفَلَا جَلَسَ فِي بَيْتِ أَبِيهِ وَأُمِّهِ حَتَّى تَأْتِيَهُ هَدِيَّتُهُ وَاللَّهِ لَا يَأْخُذُ أَحَدٌ مِنْكُمْ شَيْئًا بِغَيْرِ حَقِّهِ إِلَّا لَقِيَ اللَّهَ يَحْمِلُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَلَأَعْرِفَنَّ أَحَدًا مِنْكُمْ لَقِيَ اللَّهَ يَحْمِلُ بَعِيرًا لَهُ رُغَاءٌ أَوْ بَقَرَةً لَهَا خُوَارٌ أَوْ شَاةً تَيْعَرُ ثُمَّ رَفَعَ يَدَهُ حَتَّى رُئِيَ بَيَاضُ إِبْطِهِ يَقُولُ اللَّهُمَّ هَلْ بَلَّغْتُ بَصْرَ عَيْنِي وَسَمْعَ أُذُنِي

“Rasulullah saw mengangkat seorang laki-laki menjadi amil untuk menarik zakat dari Bani Sulaim. Laki-laki itu dipanggil dengan nama Ibnu Luthbiyyah. Tatkala tugasnya telah usai, ia bergegas menghadap Nabi saw; dan Nabi Mohammad saw menanyakan tugas-tugas yang telah didelegasikan kepadanya. Ibnu Lutbiyah menjawab, ”Bagian ini kuserahkan kepada anda, sedangkan yang ini adalah hadiah yang telah diberikan orang-orang (Bani Sulaim) kepadaku. Rasulullah saw berkata, ”Jika engkau memang jujur, mengapa tidak sebaiknya engkau duduk-duduk di rumah ayah dan ibumu, hingga hadiah itu datang sendiri kepadamu”. Beliau saw pun berdiri, lalu berkhutbah di hadapan khalayak ramai. Setelah memuji dan menyanjung Allah swt, beliau bersabda, ”’Amma ba’du. Aku telah mengangkat seseorang di antara kalian untuk menjadi amil dalam berbagai urusan yang diserahkan kepadaku. Lalu, ia datang dan berkata, ”Bagian ini adalah untukmu, sedangkan bagian ini adalah milikku yang telah dihadiahkan kepadaku”. Apakah tidak sebaiknya ia duduk di rumah ayah dan ibunya, sampai hadiahnya datang sendiri kepadanya, jika ia memang benar-benar jujur? Demi Allah, salah seorang di antara kalian tidak akan memperoleh sesuatu yang bukan haknya, kecuali ia akan menghadap kepada Allah swt dengan membawanya. Ketahuilah, aku benar-benar tahu ada seseorang yang datang menghadap Allah swt dengan membawa onta yang bersuara, atau sapi yang melenguh, atau kambing yang mengembik. Lalu, Nabi saw mengangkat kedua tangannya memohon kepada Allah swt, hingga aku (perawi) melihat putih ketiaknya”. [HR. Imam Bukhari dan Muslim]

Hadits di atas adalah dalil sharih yang menunjukkan bahwasanya Rasulullah saw pernah menasehati salah seorang pejabatnya dengan cara mengungkap keburukannya secara terang-terangan di depan khalayak ramai. Beliau saw tidak hanya menasehati Ibnu Luthbiyyah dengan sembunyi-sembunyi, akan tetapi, membeberkan kejahatannya di depan kaum Muslim. Lantas, bagaimana bisa dinyatakan bahwa menasehati penguasa haruslah dengan sembunyi-sembunyi (empat mata), sedangkan Nabi saw, manusia yang paling mulia akhlaqnya, justru menasehati salah satu pejabatnya (penguasa Islam) dengan terangan-terangan, bahkan diungkap di depan khalayak ramai?



----------------------------------------------------------




Demikianlah. Sebenarnya masih banyak contoh lain dari para ulama. Namun, nampaknya ini sudah cukup menggambarkan bahwa menasihati penguasa secara terbuka, bukanlah hal yang tercela dan bukan pula barang baru. Justru ini adalah perbuatan mulia yang membutuhkan keberanian sebagaimana Imam Ibnu Taimiyah dan Imam Izzuddin bin Abdissalam.

Menasihati pemimpin, baik secara sembunyi atau terbuka, tidaklah kita melihat dari sisi benar-salah.
Melainkan dari sisi mana di antara keduanya yang lebih tepat guna dan efektif dalam merubah penyimpangan penguasa. Tentu hal ini perlu kejelian dan analisa.

Bisa jadi ada penguasa yang hanya bisa berubah dengan tekanan dari rakyatnya, ada juga yang sudah bisa berubah walau di nasihati oleh orang terdekatnya secara rahasia. Oleh karena itu, ketenangan dan kejelian sangat diperlukan dalam memutuskan masalah ini.







----------------------------------------------------------







“Tatkala Sultan Ibnu Ghazan berkuasa di Damaskus, Raja Al Karaj datang kepadanya dengan membawa harta yang banyak agar Ibnu Ghazan memberikan kesempatakan kepadanya untk menyerang kaum musimin Damaskus.”

(Demikianlah rencana jahat Sultan, ingin bekerja sama dengan raja musuh untuk menyerang kaum muslimin). Lalu Syaikh Ahmad Farid melanjutkan:

“Namun berita ini sampai ke telinga Syaikh Ibnu Taimiyah. Sehingga ia langsung bertindak menyulut api semangat kaum muslimin untuk menentang rencana tersebut dan menjanjikan kepada mereka suatu kemenangan, keamanan, kekayaan, dan rasa takut yang hilang. Lalu bangkitlah para pemuda, orang-orang tua dan para pembesar mereka menuju sultan Ghazan.”

(Inilah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, ia bersama umat Islam lainnya menuju istana Sultan untuk menentang kebijakan dan rencana jahatnya bersama Raja Al Karaj untuk menyerang kaum muslimin Damaskus.

Inilah yang orang sekarang bilang demonstrasi.
Imam Ibnu Taimiyah tidak mengatakan:

“Aku akan nasihati Sultan Ghazan secara empat mata.”

Justru ia melakukannya bersama umat Islam secara terang-terangan. Apa yang akan dikatakan dan dilakukan oleh Imam Ibnu Taimiyah, jika saat ini dia melihat ada sebuah negara muslim yang meminta pertolongan Amerika Serikat untuk menyerang kaum muslimin Iraq?

Atau mengizinkan tentara kafir membuka pangkalan militer di negeri muslim agar mereka mudah mengendalikan negeri-negeri muslim? Dahulu ada Sultan Ibnu Ghazan dan Raja Al Karaj yang bermesraan, namun masih ada Imam Ibnu Taimiyah. Saat ini, ada pemimpin negeri muslim bermesraan dengan pemimpin kolonialisme modern, AS, namun, saat ini tidak ada yang seperti Imam Ibnu taimiyah!)

Selanjutnya Syaikh Ahmad Farid mengatakan:

“Tatkala Sultan Ghazan melihat Syaikh Ibnu Taimiyah, Allah menjadikan hati Sultan Ghazan mengalami ketakutan yang hebat terhadapnya sehingga ia meminta Syaikh Ibnu Taimiyah agar mendekat dan duduk bersamanya.

Kesempatan tersebut digunakan Syaikh Ibnu Taimiyah untuk menolak rencananya, yaitu memberikan kesempatan keada Raja Al Karaj yang hina untuk menghabisi umat Islam Damaskus. Ibnu Taimiyah memberitahu Sultan Ibnu Ghazan tentang kehormatan darah mslimin, mengingatkan dan memberi nasihat kepadanya. Maka Ibnu Ghazan menurut nasihat Ibnu Tamiyah tersebut. Dari situ, terselamatkanlah darah-darah umat Islam, terhaga isteri-isteri mereka, dan terjaga budak-budak perempuan mereka.”
(Selengkapnya lihat 60 Biografi Ulama Salaf, Hal. 797-798)







----------------------------------------------------







Imam Izzuddin bin Abdissalam Rahimahullah

Beliau dijuluki Shulthanul ‘Ulama (pemimpinnya para ulama) pada masanya. Dialah ulama yang sangat pemberani terhadap kesewenangan penguasa. Ia menegur pemimpin yang menyimpang langsung di depannya dan dihadapan banyak manusia, bahkan juga di mimbar khutbah Jumat.

Kami akan kutipkan sebuah peristiwa heroik beliau berikut ini:

Syaikh Al Baji (murid Imam Izzudn bin Abdisalam) mengatakan: “Syaikh kami, Izzuddin pergi kepada Sultan Najmuddin Ayyub pada hari ‘Id di Qal’ah (benteng Shalahuddin).

Di sana ia menyaksikan para prajurit yang berbaris di depan Sultan Najmuddin dan dewan kerajaan saat itu. Suasana kerajaan saat itu sangat megah. Sultan Najmuddin keluar kepada mereka dengan memakai perhiasan sebagaimana adat para Sultan di Mesir. Para pejabat saat itu pun sujud mencium tanah di depan sang Sultan.

Melihat peristiwa tersebut Syaikh Izzuddin menoleh kepada Sultan Najmuddin dan berteriak memanggilnya, Wahai Ayyub! Apa hujjahmu di hadapan Allah ketika Dia berkata kepadamu,”Aku telah berikan kerajaan Mesir kepadamu lalu kamu memperbolehkan khamr!” Sultan Najmuddin Ayyub berkata, “Apakah ini terjadi?” Syaikh Izzuddin menjawab, “Ya, di toko seorang perempuan telah dijual minuman khamr dan hal-hal lain yang munkar, sementara kamu bergelimang dalam kenikmatan kerajaan ini.”

Syaikh Izzuddin memanggilnya (sultan) dengan suara sangat keras, sementara itu para prajuritnya membisu dan keheranan. Lalu Sultan Najmuddin Ayyub berkata, :Wahai Tuanku, itu bukan perbuatanku, ini sudah ada sejak zaman ayahku.” Syaikh Izzuddin berkata: “Kamu termasuk golongan orang yang mengatakan:

"Sesungguhnya Kami mendapati bapak-bapak Kami menganut suatu agama,..” (QS. Az Zukhruf (43): 22)

Lalu Sultan Ayyub merencanakan meusnahkan toko tersebut.” (Ibid, 747-748)

Inilah Imam Al ‘Izz bin Abdissalam, dengan suara lantang dia mengkritik sultan di depan banyak manusia, dan hal itu efektif sebagai presure (tekanan) agar sultan mau menerima nasihatnya.







--------------------------------------------------------







Abu Dzar rodhiallohu'anhu
Zaman pemerintahan Islam di masa Kekhalifahan Utsman bin Affan -rodhiallohu'anhu-. Abu Dzar -rodhiallohu'anhu- jg sering berteriak2 dijalan memprotes para pejabat2 dzolim yg gemar menumpuk harta... Dengan lidahnya ia berteriak di jalanan, l...embah, padang pasir dan sudut kota menyampaikan protesnya kepada beberapa gelintir pejabat2 dzolim yang rajin menumpuk harta di masa kekhalifahan Ustman bin Affan -rodhiallohu'anhu- . Setiap kali turun ke jalan, keliling kota, ratusan orang mengikuti di belakangnya, dan ikut meneriakkan kata-katanya yang menjadi panji yang sangat terkenal dan sering diulang-ulang, “Beritakanlah kepada para penumpuk harta, yang menumpuk emas dan perak. Mereka akan diseterika dengan api neraka,
kening dan pinggang mereka akan diseterika dihari kiamat!” Teriakan-teriakannya telah menggetarkan seluruh penguasa di jazirah Arab. Ketika para penguasa saat itu melarangnya, dengan lantang ia berkata, “Demi Allah yang nyawaku berada dalam genggaman-Nya! Sekiranya tuan-tuan sekalian menaruh pedang diatas pundakku, sedang mulutku masih sempat menyampaikan ucapan Rasulullah yang kudengar darinya, pastilah akan kusampaikan sebelum tuan-tuan menebas batang leherku” Sepak terjangnya menyebabkan penguasa tertinggi saat itu Ustman bin Affan -rodhiallohu'anhu- turun tangan untuk menengahi.
Beliau pernah keliling Mekkah mengutuk thogut di masa pemerintahan Kafir Quraisy, Abu Dzar -rodhiallohu'anhu- berasal dari suku Ghiffar. Beliau memeluk Islam dengan sukarela, ia salah satu sahabat yang terdahulu dalam memeluk Islam. Ia mendatangi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم langsung ke Mekkah untuk menyatakan keislamannya.Setelah menyatakan keislamannya, ia berkeliling Mekkah untuk meneriakkan kalimat Tauhid hingga ia dipukuli oleh suku Quraisy di pasar.Teriakan beliau yg lantang dalam mengucapkan kalimat syahadat telah membuat orang-orang kafir murka dan menganiaya beliau.. Atas bantuan dari Abbas bin Abdul Muthalib, ia dibebaskan dari suku Quraisy, setalah suku Quraisy mengetahui bahwa orang yang dipukuli berasal dari suku Ghiffar. Itulah sekilas dari kisah sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم
----------------------------------------------------------------------------- Rasulullah صلى الله عليه وسلم pun memujinya : Tidak ada makhluq yang berbicara di kolong langit yang biru dan yang dipikul oleh bumi, yang lebih benar ucapannya dari Abu Dzar ( HR. Ibnu Sa'ad )

Wallahua'lam...

Tuesday, June 28, 2011

High Class Brand _ayamBrand_

Perh.... apa macam, ari tu pedang, kali ni bagi senapang pulak... mcm biase senapang faveret adalah AK-47... huahuahua..... xpenah pegang pun, tp dah suka, nak buat guane kan.....
Biase senapang2 ni xder jenama, biase org ckp dari negara mana je... mcm senapang jepun, senapang rusia atau senapang jerman... xder syarikat2 yg tak melambangkan negara keluarkan senapang ni.... k la, kalo korg ade duit lebih2, belikan aku senapang ni satu k... hehehehe......


Sunday, June 26, 2011

Tips Membina Peribadi Muslim _cubeBuat_



First, ni bukan nasehat dari aku, pemilik ini blog... Aku just nak share ape yg aku dah terbaca... sebab aku ni bukan org yg layak dan sepatutnya untuk bagi nasehat.... Guru-guru dan ibubapa sahaja layak bagi nasehat, aku bukan level2 tu untuk bg nasehat.... So, mari lah, jom lah dan meh la kita sama2 cuba try untuk buat dan ikut walaupun sikit2 daripada tips2 ini kerana tips2 ni adalah daripada seorang Imam, Pemimpin, Guru dan Ayah kepada orang2 mukmin.....


1. Sedapat-dapatnya berpuasalah setiap hari Senin dan Kamis.
2. Shalat lima waktu tepat pada waktunya, dan berusahalah shalat Tahajjud.
3. Kurangilah waktu tidur, dan perbanyaklah membaca Al-Qur’an.
4. Perhatikan dan tepatilah sungguh-sungguh janji Anda.
5. Berinfaklah kepada fakir-miskin.
6. Hindarilah tempat-tempat maksiat.
7. Hindarilah tempat-tempat pesta pora, dan janganlah mengadakannya.
8. Berpakaianlah secara sederhana.
9. Janganlah banyak bicara dan seringlah berdo’a, khususnya hari Selasa.
10. Berolahragalah (senam, marathon, mendaki gunung dan lain-lain).
11. Banyak-banyaklah menelaah berbagai buku (agama, sosial, politik, sains, falsafah, sejarah, sastra dan lain-lain).
12. Pelajarilah ilmu-ilmu tehnik yang dibutuhkan negara Islam.
13. Pelajarilah ilmu Tajwid dan Bahasa Arab, serta perdalamlah.
14. Lupakan pekerjaan-pekerjaan baik Anda, dan ingatlah dosa-dosa Anda yang lalu.
15. Pandanglah fakir-miskin dari segi material, dan ulama dari segi spiritual.
16. Ikuti perkembangan umat Islam.



ala... 16 je kut, bukan susah sgt... Perh.... cakap besar nampak, takper la, korang orang2 alim, ilmu penuh didada, hati suci bersih, wuduk tiap2 saat terjaga, aku ni apa la sgt.... satu tips pun susah gler nak ikut.... hati kotor, ilmu xder, bodoh pulak tu.... xper la, aku just nak share kat orang2 bodoh macam aku je...... 


k la, yg mane mampu, try2 nak buat... salam.... bye....


Dipetik dari fb: SAHABAT 4

The Truth of Mutaah _halalOrHaram_




Syi’ah Ja’fariyah membolehkan nikah mut’ah berdasar-kan nash Al-Quran, sebagaimana dalam firman-Nya:

فَمَا اسْتَمْتَعْتُم بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ

Maka istri-istri yang telah kalian nikmati di antara mereka, berikanlah mahar mereka sebagai suatu kewajiban.(QS. An-Nisa [4]:24)

Di samping itu, para sahabat dan orang-orang Islam pada masa Rasulullah saw. sampai pertengahan masa khilafah Umar bin Khaththab telah melakukan nikah mut’ah.

Mut’ah adalah pernikahan syar’i yang persyaratannya sama dengan nikah permanen atau da’im, yaitu:

b. Hendaknya pihak wanita tersebut tidak bersuami, dan membaca shighah ijab, sementara pihak laki-laki melaksanakan shighah Kabul.

c. Pihak laki-laki wajib memberikan harta kepada wanita, yang disebut mahar dalam nikah da’im dan dalam nikah mut’ah disebut upah, sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran.

d. Wanita harus menjalani iddah (setelah cerai dengan suaminya).

e. Wanita harus menjalani ‘iddah setelah masa mut’ahnya habis. apabila ia melahirkan seorang anak, maka, nasab anak itu ikut kepada ayahnya. Juga seorang wanita hanya dapat memiliki satu suami saja.

f. Dalam pewarisan antara anak dan ayahnya, anak dan ibunya dan begitu juga sebaliknya.

Yang membedakan nikah da’im dengan nikah mut’ah adalah bahwa dalam nikah mut’ah terdapat penentuan masa, tidak adanya kewajiban memberikan nafkah dan masa gilir atas suami untuk sang istri mut’ah, tidak adanya saling mewarisi antara suami dan istri, tidak perlu adanya talak, tetapi cukup dengan habisnya masa yang telah ditentukan, atau menghibahkan sisa masa yang telah di tentukan tersebut.

Hikmah disyariatkannya nikah semacam ini adalah tuntunan yang disyariatkan dan bersyarat untuk kebutuhan biologis laki-laki dan perempuan yang tidak mampu menjalankan setiap kewajiban-kewajiban dalam nikah da’im (permanen), atau karena adanya halangan dari istri yang terjadi akibat kematian atau sebab yang lainnya, begitu pula sebaliknya. Semua ini masih dalam rangka membina kehidupan yang terhormat dan mulia. Maka itu, nikah mut’ah adalah solusi tingkat pertama bagi kebanyakan problematika sosial yang cukup serius dan berbahaya, dan juga untuk mencegah terperosoknya masyarakat Islam dalam kerusakan dengan menghalalkan segala macam cara.

Terkadang, nikah mut’ah digunakan dengan tujuan agar kedua calon suami istri saling mengenal sebelum memasuki jenjang pernikahan permanen. Hal ini dapat mencegah perjumpaan yang diharamkan, zina, meng-kebiri, atau cara-cara lain yang diharamkan seperti onani, bagi orang yang tidak sabar atas satu orang istri atau lebih dari satu, misalnya, secara ekonomi dan nafkahnya , serta pada saat yang sama dia tidak ingin terjerumus kepada yang haram.

Yang jelas, nikah mut’ah bersandar pada Al-Quran dan sunnah, dan sahabat pernah melakukan itu selama beberapa masa. Kalau sekiranya mut’ah itu adalah zina, maka itu berarti Al-Quran, Nabi dan para sahabat telah menghalalkan zina dan para pelakunya telah berbuat zina dalam masa yang cukup lama. Kami berlindung kepada Allah dari keyakinan seperti ini.

Di samping itu juga, penghapusan hukum nikah mut’ah tersebut tidak berdasarkan Al-Quran dan sunnah, dan tidak ada dalil yang kuat dan jelas.[12]

Akan tetapi, meskipun Syi’ah Ja’fariyah menghalal-kan nikah seperti inu, dengan adanya nash Al-Quran dan sunnah, mereka sangat menganjurkan dan mengutama-kan nikah daim dan menegakkan nilai-nilai keluarga, karena hal itu adalah dasar dan pilar masyarakat yang kuat dan sehat, dan tidak condong kepada nikah sementara yang dalam bahasa syariat dinamakan mut’ah, meskipun halal dan disyariatkan.

Sehubungan dengan itu, Syi’ah Imamiyah bersandar pada Al-Quran, hadis dan pendidikan serta nasehat-nasehat Imam-Imam Ahlul Bait a.s. yang menyembunyi-kan segala penghormatan untuk wanita dan memberikan nilai yang besar kepadanya, dan di bidang kedudukan wanita, masalah-masalahnya serta hak-haknya, terutama dalam pergaulan etika bersamanya, seperti; kepemilikan, nikah, talak, pengasuhan, penyusuan, ibadah, mu’amalat (hukum-hukum syar’i yang mengatur hubungan kepen-tingan individual dan layak untuk di cermati dalam riwayat-riwayat para imam dan fiqih mereka).

Dipetik dari fb: Nashiha Alia

Tuesday, June 21, 2011

Menjawab Spekulasi _matSabu_



Ikuti pandangannya yang diluahkan kepada wartawan AHMAD LUTFI OTHMAN, SAADON AKSHAH dan SALMIYYAH HARUN, di Pejabat Harakah, Kuala Lumpur.

HARAKAH: Perwakilan PAS telah memilih sdr sebagai Timbalan Presiden dalam muktamar lalu, bagaimana pula dengan sambutan pada peringkat akar umbi?

MOHAMAD SABU: Kehadiran wartawan pada muktamar kali ini luar biasa sekali. Khususnya liputan akhbar akhbar Cina begitu menggalakkan. Apabila keputusan pemilihan diumumkan, saya nampak sambutannya begitu ghairah terutama orang bawah, misalnya yang berada di khemah, Unit Amal, pemerhati, ahli PAS dan penyokong, yang meletakkan harapan cukup tinggi kepada PAS. Mereka berharap perubahan pimpinan akan mencetuskan satu ledakan.

Ini satu pengharapan tinggi yang amat saya bimbang kalau tidak berlaku apa-apa perubahan yang boleh membawa kebaikan dan penambahbaikan kepada parti. Nanti, kita akan hadapi kritikan hebat ahli dan para penyokong jika mengabaikan harapan mereka.

Boleh jelaskan secara umum visi dan misi sdr sebagai Timbalan Presiden?

Saya sudah bercakap banyak kali, secara umumnya tugas timbalan ialah membantu Presiden. Saya bukanlah yang terbaik, tetapi insya-Allah akan berusaha ke arah itu ... iaitu melebarkan pengaruh Parti Islam kepada orang bukan Melayu khasnya India, Cina dan lain-lain. Saya dianggap agak senang dan biasa bergaul dengan mereka.

Saya juga akan terus berusaha melalui parti untuk memahamkan rakyat tentang demokrasi, hak asasi dan sebagainya. Seperti saya timbulkan dalam muktamar, orang Melayu amat lemah dan rendah dalam memahami hak asasi. Misalnya, apabila seorang wanita Cina kononnya dibogelkan dalam lokap, yang mendominasi isu ini ialah DAP dan akhbar Cina tetapi bila Nora menceritakan bagaimana dibogelkan dan ketuk ketampi ekoran tangkapan demonstrasi, sikap orang Melayu begitu dingin.

Begitu juga kematian Beng Hock. Orang Cina dan akhbar Cina cukup mengambil berat isu ini. Tetapi apabila berlaku kepada pegawai kastam Sarbani, terbukti orang Melayu begitu dingin dalam masalah hak asasi. Saya akan cuba melalui parti bagaimana berusaha memartabatkan isu hak asasi, demokrasi serta hak dan kepentingan rakyat. Saya akan membantu Presiden dan parti dalam mengetengahkan isu-isu seperti ini.

Soalnya, masyarakat bukan Melayu terutama orang Cina semakin dekat dan menaruh keyakinan kepada PAS, yang menjadi masalah ialah meraih sokongan pengundi Melayu terhadap PAS? 

Memang kita kena berjalan serentak, bahkan usaha untuk mendapat sokongan orang Melayu perlu dilipatgandakan. Kita harap kerjasama terutama sekali dengan Ketua Penerangan baru, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, agar dapat memperbanyakkan program untuk menerangkan perjuangan PAS di samping menjelaskan kedudukan orang Melayu.

Apa pun, kita tidak mahu yang dikendong berciciran. Kita akan bergerak serentak sebab untuk ke Putrajaya, kita mesti meningkatkan sokongan orang Melayu sekurang-kurangnya 5-10 peratus dan meningkatkan sokongan bukan Melayu sedia ada.

Mengapa orang Melayu seperti tidak sensitif dengan isu-isu hak asasi, demokrasi, rasuah dan sebagainya sedangkan semua isu-isu itu dekat dengan tuntutan Islam? 

Pemahaman siasah orang Islam perlu dipertingkatkan. Dalam soal amar maaruf nahi mungkar, sepatutnya orang Melayu mendahului kaum lain. Malangnya, kita nampak dalam soal rasuah dan penyelewengan, kaum lain mendahului. Kita harap ulama-ulama kita lebih dapat memainkan peranan untuk meningkatkan kefahaman tentang good governance, kerajaan yang telus, akauntabiliti, integriti serta menentang akta-akta zalim seperti ISA dan OSA.

Kita harap PAS, melalui ulamanya, akan lebih bercakap dalam hal-hal seperti ini supaya apa yang kita laungkan, misalnya prinsip-prinsip pemerintahan seperti soal hisbah dapat dijelmakan. Islam telah menggariskan prinsip-prinsip asas termasuk dalam pemerintahan, yang cukup baik untuk dipraktikkan. Masalahnya, mengapa orang lain pula yang dilihat lebih sensitif "memperjuangkannya, seperti mencegah kemungkaran dan penyelewengan.

Sdr juga sering menyebut soal memperkasakan Majlis Syura Ulamak. Dalam keadaan Timbalan Presiden tidak disandang lagi oleh ulama, begitu juga dengan Naib-Naib Presiden, tentu lebih ramai yang berminat untuk mendengar penjelasan lanjut sdr.

Ulama mesti berada di tempat yang paling tinggi. Sebab itulah selepas 1983, selepas terbentuk Majlis Syura Ulama, peranan ulama, yang sebelum itu menduduki Dewan Ulamak, dipertingkatkan lagi. Majlis Syura kini berada pada tempat tertinggi. Majlis ini betul-betul perlu diperkasakan sebagaimana saya tekankan dalam muktamar.

Di samping mengawal dasar, perlembagaan dan disiplin, mereka juga boleh "mengaudit" Jawatankuasa PAS Pusat. Supaya mereka yang melakukan kesilapan dan kesalahan dasar boleh dipanggil dan ditegur. Juga boleh mengenakan tindakan disiplin. Dengan itu, bukan sebarang orang boleh berada dalam Majlis Syura. Seorang yang berpengalaman, berumur, berilmu, bertakwa, dan mereka mempunyai ciri-ciri seorang yang dikatakan 'manusia yang sempurna'.

Ada pun jawatan lain yang bersifat pentadbiran dan eksekutif, ia boleh diberi kepada sesiapa sahaja yang layak. Kalau kebetulan seorang yang berpendidikan agama dilihat lebih sesuai di situ, pilihlah dia. Kalau yang berkelulusan profesional atau aktivis mampu berada di situ, maka ahli berhak memilihnya.

Tetapi Majlis Syura ia mesti 'special' sebab orang inilah yang akan mengawal segala disiplin dalam jemaah itu sendiri, terutama mengawal dasar dan perlembagaan.

Setakat ini bagaimana penilaian sdr terhadap Majlis Syura?

Perlu dipertingkatkan. Kita mahu sebarang keputusan Majlis Syura ini melepasi sempadan. Kita ambil contoh mudah, tarian poco-poco. Majlis Syura membuat keputusan dan memberi pandangan. Pandangan Majlis Syura itu akan jadi bukan hanya rujukan ahli PAS, malah bukan ahli dan sebagainya. Ataupun satu isu yang menjadi kontroversi, misalnya mengubah daripada dagu besar menjadi kecil. Majlis Syura akan buat satu pandangan tapi ia bukan fatwa. Dengan itu pandangan Majlis Syura itu sekurang-kurangnya dibincangkan dan diperdebatkan, akhirnya ia menjadi rujukan orang lain. Maknanya, wibawa Majlis Syura menyeberang sempadan parti.

Di samping sokongan dan harapan tinggi ahli parti dan rakyat terhadap sdr, terdapat juga suara-suara sumbang yang mengaitkan sdr dengan mazhab Syiah ....

Saya kebetulan membesar dalam perjuangan, menyertai PAS pada 1978 dan tahun 1979 berlaku revolusi Islam Iran. Perkembangan dan kebangkitan di sana menjadi tumpuan ramai. Kemudian kemunculan gerakan Islam seperti Hizbullah, yang juga dipimpin seorang ulama yang memakai serban.

Kita ambil contoh Imam Khomeini. Macam mana seorang ulama yang menggerakkan rakyat sehingga boleh buat revolusi. Isu apa yang dipakai? Mereka tidak sebut pertentangan kelas. Tetapi beliau mengemukakan isu Mustakbirin dan Mustad'afin, iaitu yang menindas dan yang kena tindas, 'oppressed and oppressors'.

Bagaimana Khomeini berjaya meletakkan semua golongan dibawahnya. Sama ada sosialis, komunis, liberal dan sebagainya berketuakan dia. Yang ini kita perlu belajar, bukan soal mazhabnya.

Saya juga menghormati, bahkan dalam ucapan-ucapan saya tidak lekang menyebut Imam Hassan Al-Banna. Dia seorang guru agama biasa tetapi dia berdakwah dan berjaya masuk sampai ke bar dan kelab malam. Bagaimana dia boleh memimpin semua peringkat, sehingga intelektual universiti, profesor juga ada di bawah naungannya. Pemimpin macam ini saya amat hormat.

Begitu juga dengan Hizbullah. Di Beirut, yang digelar 'Paris of the East', tempat tarian gelek, tarian separuh bogel, minum arak, pakai bikini, tiba-tiba di tengah kota ini muncul satu badan yang begitu disiplin dan begitu menitikberatkan hal kebajikan. Serta boleh mengumpul anak muda dan bagaimana mereka dilatih sehingga sanggup korbankan nyawa harta benda untuk melawan dengan Israel.

Kemudian, dari sudut politik, mereka boleh menarik golongan kristian Michael Aoun yang bersenjata dan kumpulan sekular yang lain berada di bawah naungan Hizbullah. Ini taktik dan strategi politik. Inilah yang saya kagum dan mahu belajar daripada mereka.

Begitu juga Sheikh Ahmad Yasin yang berjuang daripada muda sehinggalah beliau berkerusi roda terus berjihad. Sesetengah kita bila masuk umur tua sedikit cepat-cepat menyerahkan kepada orang muda, "biar kami tua-tua ni duduk di belakang". Tetapi Sheikh Ahmad Yasin ini menyemarakkan semangat jihad sehingga melahirkan Hamas.

Jadi contoh-contoh inilah yang saya kagum. Kadang-kadang saya tidak tahu pun latar belakang soal anutan mazhab mereka, tetapi saya melihat dari sudut ilmu bagaimana mereka mengorak langkah dan memimpin. Dan dalam dunia moden ini, bagaimana ulama ini boleh diterima umum.

Kita ambil contoh macam Hassan Nasrullah. Penyanyi, ahli sukan, artis, semuanya boleh menerimanya. Kita kena lihat di mana kekuatan mereka. Begitu juga dengan dunia intelektual. Saya minat pandangan Dr Kalim Siddiqui, ahli sains sosial daripada England yang meninggal dunia di Afrika Selatan.

Saya mengingati juga Dr Ali Shariati tanpa mengetahui apa mazhab dia. Beliau membuat kupasan yang menarik terhadap sejarah, haji, firaun, kerajaan Mongul yang jatuh di India. Saya minat membaca pemikiran seperti ini. Begitulah juga dengan Dr Fathi Yakan yang membicarakan langkah awal perjuangan Islam.

Bagi saya bukan melihat pemahaman, anutan dan sebagainya. Dan kadang-kadang saya tidak tahu apa pegangan dan anutan mereka tetapi saya melihat dari sudut kepimpinan.

Begitu juga di tengah-tengah kelemahan orang Islam yang tidak yakin langsung tentang nilai jati diri sehingga orang berkata "macam mana hendak merdeka, orang Melayu, jarum pun tidak boleh buat, sedangkan British ada kapal perang".

Di sini pula muncul Jamaluddin Afghani yang memberi nafas baru kepada orang Islam untuk yakin kepada kekuatan diri menuntut kemerdekaan: "Kamu boleh mencapai kemerdekaan sendiri, kalau bersedia untuk berjuang".

Inilah sikap saya dalam hal merujuk kepada pejuang-pejuang, yang tidak langsung melihatnya dari sudut latar belakang mazhab mereka. 


source: http://cenangau.blogspot.com/2011/06/mat-sabu-jawab-isu-syiah.html#ixzz1Pyrbfqn8

Malaysia's Flag

Malaysia's Flag