Salam semua... Aku terbaca satu artikel dalam www.zaharuddin.net berkenaan pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera. Aku paste kan artikel tue kat sini, korang sume bleh bace dan kalo tak puas hati bleh usha e-fatwa...
Fatwa Negeri yang memutuskan ASB
adalah HARUS :
1) Keputusan Fatwa Negeri Sarawak :
Harus
2) Keputusan Fatwa Negeri Perak :
Harus dan keuntungannya halal
"Atas alasan dan pandangan mereka.
untuk meningkatkan ekonomi negara dan
kaum Bumiputera"
Fatwa Negeri yang memutuskan ASB
adalah HARAM :
1) Keputusan Fatwa Negeri Selangor :
Haram
2) Keputusan Fatwa Negeri Terengganu :
Manakala, keputusan Fatwa Negeri
Terengganu telah memutuskan jawapan
yang kurang pasti. Dalam erti kata
lain, sebarang pelaburan yang
menyalahi hukum syarak atau kesamaran
maka hukumnya adalah haram.
Alasan berdasarkan dalil yang diberi :
1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas
2) Jaminan modal atau `capital' juga
menyebabkan aqad pelaburannya
bermasalah dari sudut Syariah.
3) Dana terkumpul dilabur secara
bercampur di dalam industri halal dan
haram.
Pelaburannya bercampur dengan yang
haram lebih daripada 30 peratus. ASB
juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH
Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya
Sekuriti dan oleh kerana itu, ia tidak
termasuk di dalam senarai kaunter yang
jelas statusnya.
ASB juga bermasalah dari sudut Syariah
kerana menurut statistik tahun 2005,
dana ASB telah dilaburkan di beberapa
tempat yang haram seperti :-
1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank
konvensional terbesar.
2- Commerce Asset Holdings Berhad
(Konvensional) - 1.11 %
3- British American Tobacco berhad
1.07 %
Syarikat-syarikat di mana Permodalan
Nasional Berhad (PNB) merupakan
pemegang saham terbesarnya terlibat
melabur dalam syarikat yang
aktivitinya yang bertentangan dengan
Islam.
Begitu juga saham amanah lain dan juga
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
dan KWSP. Sebagai contoh Syarikat Hup
Seng Consolidated Berhad di mana PNB
memegang 12.56 peratus sahamnya dan
memegang 25.7 peratus saham Carlsberg
Brewery Malaysia Berhad.
KWSP juga mempunyai hampir RM 8 juta
saham atau 1.12 peratus saham Genting
Berhad.
Saham Amanah Sabah pula melabur dalam
Repco Holding Berhad yang juga
merupakan syarikat judi.
Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT)
pula melabur lebih RM 62 juta saham
dalam Resort World Berhad sebuah lagi
syarikat judi yang terkemuka di
Malaysia.
Akhirkata, tepuk dada tanya Iman dan
Minda.
P/S: Walaubagaimanapun menurut Fatwa
Kebangsaan baru2 ini dan sesetengah
mufti, ASB adalah HARUS sbb mengambil
kira utk kemajuan orang Melayu
(Bumiputera)
Kebangsaan baru2 ini dan sesetengah
mufti, ASB adalah HARUS sbb mengambil
kira utk kemajuan orang Melayu
(Bumiputera)
No comments:
Post a Comment