Saturday, March 27, 2010

EARTH HOUR, Agenda Barat Mensucikan Diri _pandaicover_

Semalam, masyarakat Malaysia yg mempunyai kesedaran yg tinggi terhadap pemanasan global dan isu-isu semasa global telah menutupkan lampu2 dirumah-rumah mereka. Ini menyambut baik kempen 60 earth hour iaitu menutupkan lampu selama 1jam bermula 8.30 hingga 9.30mlm... Dikatakan cahaya lampu yg agak mempunyai haba antara penyebab kepada kerosakkan ekosistem dimuka bumi ini. Tapi adakah ada kebenarannya???

Cahaya, Nur, dan Light sgt penting pada kite semua. aku bukan nak crite pasal Cahaya atau pasal earth hour. Korang nak tutup lampu, korang punya suka sbb aku pun tutup lampu gak malam tadi. Tp aku nak cerita pasal penganjur menatang Earth Hour tue... Siapa punya idea tahap batu geliga cincin nie??? Org Malaysia ke??? Org Melayu??? Org kampung aku??? Ish... tak mungkin..... Aku kenal org kampung aku, xkan dieorg bleh terpikir satu idea cukup genius nie... 
Korang caya tak kalo aku ckp idea Earth Hour nie idea barat??? Aku tak caya... Tp itulah... camner nak ckp ntah...

Bermula pada zaman renaissant, pelbagai alatan2 dan ciptaan2 untuk memanaskan bumi telah dicipta. Kite patut terima kasih kepada datuk nenek org eropah sebab cipta benda2 yg datuk nenek kite xleh cipta(camner nak cipta, lu org barat sudah kasi serang ini tanah melayu). Kalo diorg xcipta, mampuih aku
nak ade blog mcm nie.. Aku pun pandai terima kasih gak..Tp walaupun barat byk membantu senangkan hidup aku(ada kereta, komputer, mesin2 dll) tp takkan aku nak sokong barat kut... Ingat aku bodoh apa..

Berbalik cerita penciptaan utk pemanasan. Lepas tue sampai zaman skrg industri eropah berkembang maju dan pemanasan turut meningkat laju. So, sapa yg dulu memajukan pemanasan, confirm la barat. Berapa banyak kilang2 besar org2 eropah yg membantu dlm peningkatkan pemanasan??? Bukan sahaja dieorg bena kilang2 tue kat negara dieorg, die bina plak kat negara2 laen termasuk negara kita. apa kita nak buat, kita kan Pembangunan Diutamakan.

Dan tiba2, bencana alam melanda, mala petaka dibumi semakin kerap akibat pemanasan global, tiba2 dtg plak idea nak selamatkan bumi nie plak. Dah buat, baru nak nyesal. Nyesal ke??? Tipu semua tue..
Datang idea Earth Hour, abis semua penduduk bumi digalakkan tutup lampu, bergelaplah kita(Gelap2 nie ada kelebihan dan ada gak kecelakaan).


Tapi apsal kempen nie menggalakkan hanya individu??? Apsal die tak gesa syarikat2 besar, kilang2 besar turut mengelapkan company mereka??? Kilang2 besar yg ada kat eropah n amarika tue, apsal dia tak shutdown je bekalan electric??? sejam je... Bodoh ke apa tutup supply kilang selama sejam???!!! Breakdown 30minit pun rugi juta2, nie plak nak suruh sejam... Marah sorang tokey Yahudi merangkap Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Freemanson. Korang suruh je biri2 hitam(yahudi menganggap selain dari bangsa yahudi adalah sama taraf dgn biri2 hitam) nie tutup lampu. Nanti kite akan kelihatan seperti hero pada dunia, menyelamatkan bumi nie.

Itulah agenda nya, agenda yahudi, buat masalah pada dunia, pastu selesaikan sendiri. Dan ia akan kelihatan seperti Hero yg menyelamatkan keadaan yg genting, padahal keadaan genting itu mereka yg cipta sendiri...

Ingat, tutuplah lampu2 anda dgn lebih awal supaya ia dapat menjimatkan elektrik dan tak membazir. Membazir itu saudara syaitan, syaitan tue saudara yahudi dan amerika. So, kalau terasa nak ada saudara org amerika, membazir lah selalu....

Jimat Cermat Amalan Mulia, Tp Jgn Sampai Kedekut Bankhil pula....

Sekian, pemecahfikiran....

Nama-Nama Jepun_kanohaUnderAttack_

Ini aku senaraikan nama2 jepun kepada semua peminat2 produk jepun diseluruh dunia termasuklah peminat2 anime jepun, manga jepun, movie jepun, drama jepun, kartun jepun, selipar jepun dan apa2 yg berkaitan dgn jepun....  Kalo korg rase berminat, korg bleh letak nama2 nie pada anak2 korang....:-

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJACI CARIMATI

Saturday, March 20, 2010

ASB, Halal atau Haram??? _unlimited info_


Salam semua... Aku terbaca satu artikel dalam www.zaharuddin.net berkenaan pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera. Aku paste kan artikel tue kat sini, korang sume bleh bace dan kalo tak puas hati bleh usha e-fatwa...

Fatwa Negeri yang memutuskan ASB
adalah HARUS :

1) Keputusan Fatwa Negeri Sarawak :
Harus
2) Keputusan Fatwa Negeri Perak :
Harus dan keuntungannya halal

"Atas alasan dan pandangan mereka.
untuk meningkatkan ekonomi negara dan
kaum Bumiputera"

Fatwa Negeri yang memutuskan ASB
adalah HARAM :

  1) Keputusan Fatwa Negeri Selangor :
Haram
2) Keputusan Fatwa Negeri Terengganu :
Manakala, keputusan Fatwa Negeri
Terengganu telah memutuskan jawapan
yang kurang pasti. Dalam erti kata
lain, sebarang pelaburan yang
menyalahi hukum syarak atau kesamaran
maka hukumnya adalah haram.

Alasan berdasarkan dalil yang diberi :

1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas
2) Jaminan modal atau `capital' juga
menyebabkan aqad pelaburannya
bermasalah dari sudut Syariah.
3) Dana terkumpul dilabur secara
bercampur di dalam industri halal dan
haram.

Pelaburannya bercampur dengan yang
haram lebih daripada 30 peratus. ASB
juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH
Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya
Sekuriti dan oleh kerana itu, ia tidak
termasuk di dalam senarai kaunter yang
jelas statusnya.

ASB juga bermasalah dari sudut Syariah
kerana menurut statistik tahun 2005,
dana ASB telah dilaburkan di beberapa
tempat yang haram seperti :-

1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank
konvensional terbesar.
2- Commerce Asset Holdings Berhad
(Konvensional) - 1.11 %
3- British American Tobacco berhad
1.07 %

Syarikat-syarikat di mana Permodalan
Nasional Berhad (PNB) merupakan
pemegang saham terbesarnya terlibat
melabur dalam syarikat yang
aktivitinya yang bertentangan dengan
Islam.

Begitu juga saham amanah lain dan juga
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
dan KWSP. Sebagai contoh Syarikat Hup
Seng Consolidated Berhad di mana PNB
memegang 12.56 peratus sahamnya dan
memegang 25.7 peratus saham Carlsberg
Brewery Malaysia Berhad.

KWSP juga mempunyai hampir RM 8 juta
saham atau 1.12 peratus saham Genting
Berhad.

Saham Amanah Sabah pula melabur dalam
Repco Holding Berhad yang juga
merupakan syarikat judi.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT)
pula melabur lebih RM 62 juta saham
dalam Resort World Berhad sebuah lagi
syarikat judi yang terkemuka di
Malaysia.

Akhirkata, tepuk dada tanya Iman dan
Minda.





P/S: Walaubagaimanapun menurut Fatwa
Kebangsaan baru2 ini dan sesetengah
mufti, ASB adalah HARUS sbb mengambil
kira utk kemajuan orang Melayu
(Bumiputera)

Saturday, March 13, 2010

PKR, Belah Menanti Retak _Anwar Secret_

Sesungguhnya mereka terlupa, semakin PKR dan Pakatan Rakyat di aniaya semakin kental kepercayaan rakyat PKR dan Pakatan Rakyat perolehi. InsyaAllah.


Oleh Datuk Halik Zaman

Terpanggil saya untuk menjeling tulisan penulis upahan ringgit, Ruslan Kassim yang disiarkan di Utusan Malaysia aka agent utama Umno-BN.

Begitu yakin beliau menyenaraikan satu persatu sinopsis dalam perjalanan politik Pakatan Rakyat.
Jadi ini tidak adil, ini serupa berat sebelah kalau tidak di jawab.
Maka untuk menyamatarafkan situasi, saya juga ingin merencanakan sinopsis perjalanan politik Umno-BN yang menjadi pujaan hati Ruslan Kassim itu.

Kupasan pertama, saya ingin menyentuh isu derhaka.

Jika diimbau kembali, siapa yang mula-mula menderhaka kepada Sultan?

Siapa? Ingatkah suatu ketika dahulu, Annuar Musa pernah menabalkan sendiri Sultan Kelantan pilihannya di Ketereh dahulu? Sehinggakan keadaan agak huru-hara di Kelantan. Adakah ianya tidak di kira menderhaka?

Siapa yang memansuhkan kuasa Raja-Raja Melayu? Bukankah Dr Mahathir? Siapa yang dengan lantang dan gagah perkasa (atau sengaja mahu tunjuk kuasa) membidas Sultan Kelantan dalam isu Lamborghini sedikit masa dahulu? Saya percaya jawapannya ada dalam genggaman Shahidan, Muhammad Mohd Taib dan Idris Jusoh.

Mereka arif dengan jawapannya. Apakah ini tidak di kategorikan sebagai penderhaka Raja atau Sultan?

Tapi tidak ternampak warna derhaka kerana mereka semua ini berlindung di bawah kekebalan kuasa veto Umno. Kerana itulah apa yang mereka lakukan terhadap Raja dan Sultan semuanya halal dimata masyarakat pada ketika itu.

Bila kes Nizar Jamaluddin, balaci-balaci Umno terus bangun dan kononnya merekalah penyelamat Sultan. Mereka lupa apa yang pemimpin Umno pernah lakukan terhadap Raja dan Sultan dahulu? Salah satu sikap hipokrit Umno!

Sudahkah anda lupa kemelut Umno Terengganu? Pemboikotan beramai-ramai ADUN Terengganu. Kenapa dan mengapa ianya berlaku? Sebab ketidaksefahaman antara MB dan ADUN-ADUNnya. Siap hantar SMS ugut mengugut lagi. Ini apa?

Umno ingin jadi Juara Rakyat? Mengambil contoh di Johor, adakah Umno lupa ada tanah yang telah tergadai kepada warganegara Singapura dan Hong Kong? Siapa punya angkara? Pakatan Rakyat? Tepuk dada tanya selera.

Kalau mahu bicara mengenai percakaran sesama sendiri dalam BN pun banyak untuk di senaraikan. Masih ingatkah kes perang-mulut Samy Vellu dan M. Kayveas sehinggakan bertukar-tukar kenyataan dimedia elektronik dan cetak? Itu apa? Bukankah pergeseran sesama parti komponen?

Kes Samy Vellu dan bekas timbalannya, S. Subramaniam. Sehingga timbulnya injunksi mahkamah. Krisis ini berlarutan sehingga Perhimpunan Agung MIC baru-baru ini di mana ada proses pemilihan baru pucuk pimpinan parti untuk penggal yang baru. Berlaku juga insiden sindir-menyindir, sehinggakan Samy Vellu juga selaku Presiden turut ikut berkempen untuk G. Palanivel.

Bukankah ini sudah melanggar hak kebebasan perwakilan dalam memilih calon-calon yang mereka kehendaki. Ini kita panggil apa? Di manakah demokrasi?

Kes M.Kayveas dan T. Murugiah – insiden satu parti dua Presiden. Mengapa ianya berlaku? Ianya adalah kerana tiada kesepakatan dalam parti maka terjadinya dua puak. Puak Kayveas dan puak Murugiah. Bukankah ini juga di panggil konflik dalaman parti juga BN?

Kes Ahmad Said vs Idris Jusoh. Mengikut beberapa kenyataan rasmi dari Ahmad Said yang membidas beberapa projek yang dibangunkan di Terengganu semasa Idris Jusoh menjadi Menteri Besar yang mana menurut Ahmad Said amat merugikan rakyat.

Bukan setakat itu sahaja banyak lagi hasil tangan Idris Jusoh dipertikaikan oleh Ahmad Said. Ini cerita apa? Bukan kes senggol-senggolan sesama sendiri?

Kes pergolakan dalaman MCA sehinggakan berlakunya pemecatan dan perletakan jawatan beramai-ramai. Bukankah ini juga sebahagian daripada apa yang di gelarkan sebagai kemelut politik?

Ahli-ahli MCA telah hilang kepercayaan di atas kepimpinan Ong Tee Kiat. Berlaku beberapa kronologi kemelut yang amat bergelora dalam MCA. Ini bagaimana?

Begitu juga semasa Pak Lah masih menjadi PM. Rakyat sedar akan wujudnya komplot yang mahukan Pak Lah berundur sebelum tiba waktunya. Kumpulan ini mendapat restu dari bekas PM, Dr Mahathir sehinggakan beliau sendiri menunjukkan belang dengan tindakannya keluar dari Umno kerana tidak setuju dengan pentadbiran Pak Lah.

Malah ada lagi pemimpin yang berani membuat kenyataan supaya Pak Lah berundur dengan segera dan yang lebih menarik lagi, kenyataan itu di buat di negeri orang, di Singapura! Bagus betul tu, melanyak ketua sendiri di negeri orang. Itu pun masih ok ka?

Lihatlah mereka sesama Umno lagi hebat bila hentam-menghentam sesama sendiri. Tidak cukup di dalam negara mereka buat di luar negara. Hebat bukan pemimpin-pemimpin Umno? Cukup hebat.

Begitu juga dengan pembantahan PPSMI. Hampir rata-rata cendikiawan Melayu dan pencinta bahasa membantah PPSMI. Malah Datuk A. Samad Said juga turut bangkit menentang. Adakah Umno peduli semua ini? Jawapannya Umno tak kisah dan tidak ingin kisah kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada para pemimpin Umno dan kroni.

Justeru demi untuk menutup segala kepincangan dalaman Umno dan BN maka mereka bertungkus-lumus menjalankan agenda mereka bagi membasmi PKR dan Pakatan Rakyat. Mereka sedaya-upaya membeli wakil-wakil rakyat yang tipis imannya untuk melunaskan impian mereka melihat PKR pecah kerana menurut andaian mereka PKR dan Pakatan Rakyat ibarat retak menanti belah.

Dalam sibuk-sibuk dengan misi menjatuhkan PKR, rakyat telah di sajikan dengan kehilangan enjin jet tentera dan ketidakupayaan kapal selam negara untuk menyelam. Kenapa? Terkena badi PKR dan Pakatan Rakyat agaknya.

Sesungguhnya mereka terlupa, semakin PKR dan Pakatan Rakyat di aniaya semakin kental kepercayaan rakyat PKR dan Pakatan Rakyat perolehi. InsyaAllah.


Suara-Keadilan.com

Saturday, March 6, 2010

Parti Islam SeMalaysia, Kemana Arah Tuju Nya????_CIA Version_

 

Tengakkan Negara Islam
Itu adalah dasar yg dibawa Pas
Namun dasar yg diperjuangkan itu nampak
kabur...
Ntah dimana silapnya
Arah tuju utk tegakkan Negara Islam
Tampak kabur
tidak jelas dipandang

Lepas Pru-12
Arah tuju itu kian kabur
Ia dimulai dgn Agenda Perpaduang
Kerjasama dalam selimut dgn Amno
dan mcm2 lagi

Pas mahu tegakkan Islam
sebagai dasar dalam negara ini
Namun...
Kenapa ada sesetengah pihak
yg ketagih mahu 
bersetongkol dgn Amno???

Kita semua maklum
Amno, sampai kiamat xnak Islam tegak dalam Malaysia
Kenapa???

Malaysia's Flag

Malaysia's Flag