Saturday, September 19, 2009

Rindu Pulak Rasanya Ramadhan...


First Raya
Pabila Ramadhan meninggalkan kita
Terasa pulak rindu
Ntah kenapa

Time Ramadhan
Ibadah tak pun dipertingkatkan
dosa tak pun dikurangkan
Bila Ia pergi
terasa rindu pula

Rindu Bersahur
rindu waktu tengah hari tak sebok2 nak lunch
rindu waktu berbuka..
Mcm2 la rindu
byk kenangan pada bulan Ramadhan kali ni

Ya Allah
panjangkan umurku
agar aku dapat menemui Ramadhan akan datang




Agak-agak ketika berbuka Puasa....


Nie gambar aku ambik masa
Majlis berbuka puase kat skola setia budi...
cam best je awek nie makan...
org lain dah habis dah
dia still relex je makan sorg2...

lauk tak cukup dalam pinggan
dalam bekas besar pun dia hadap...
tp syok tengok dia makan....
aku yg perut dah full nie pun rasa lapar balik

kepada yg berkenaan
jangan marah aaahhh.....
gurauan hampir raya
Yana....
sory.....
hahahahahahaha.....

Friday, September 18, 2009


Assalamualaikum, dan salam aidilfitri
Semoga menjelang hari raya nie kita bermaaf-maafan...

First,
aku nak mintak maaf dgn umi dan abah aku
banyak wo dosa aku dengan diorg
mintak2 diorg maaf kan...
insyaAllah diorg maafkan
mana ade parentz tak maafkan anak diorg
kecuali anak diorg tue anak derhaka

Kedua,
aku nak mintak maaf kepada semua guru2 aku,
tak kita cikgu sekola rendah, sekola menengah,
ustad2 yg banyak didik aku,
ustazah2 yg bimbing aku,
lecturer2 universiti yg banyak mendidik,
dan semua tenaga pengajar, tak kita dimana sahaja....
Oh lupa, pada member2 yg pernah tunjuk ajar aku,
aku mintak maaf gak, korang standard GURU bagi aku....

Third,
pada member2 yg banyak bagi support
fizikal dan emosi,
aku mintak maaf bebyk....
Zaie, Caer, Asif, Kok, syeikh, FaridChaya dan ramai lagi,
korang member yg btul2 member laa....
walaupun aku pernah sakit kan hati korg,
korg penah sakit kan hati aku,
aku harap menjelang raya nie
0-0 la yer....(seri)
juga tidak dilupakan, sahabat2, kawan2, kenalan2
sekolah rendah,
sekolah menengah,
sekolah teknik,
Pusat Latihan YBK,
Aku mintak maaf banyak2.....

Akhir sekali,
kepada seluruh umat Islam seluruh dunia,
tak kita dimana korang berada,
tak kira apa bangsa korang
tak kira apa warna kulit korang,
Aku ucapkan
Selamat Hari Raya AidilFitri
Semoga korang selalu dalam rahmatNya....

Sunday, September 6, 2009

Dialog tidak bertamadun: Selangor tangguhkan pemindahan kuil

SHAH ALAM, 5 Sept: Majlis dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Banquet, MBSA tengah hari tadi akhirnya menemui persefahaman sementara, apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23, di sini ditangguhkan serta merta.

Khalid terpaksa berbuat demikian tengahari tadi, disebabkan desakan ekstrem serta perang mulut oleh segelintir hadirin yang menyertai dialog tersebut.

"Saya terpaksa menangguhkan cadangan itu (memindahkan kuil) disebabkan kebanyakan pemilik-pemilik rumah di situ tidak bersetuju.

"Saya menerima pandangan rakyat di Seksyen 23 dan kerajaan negeri akan terus mencari penyelesaian di Seksyen 19 (lokasi asal kuil) yang juga terdiri oleh penduduk Melayu (dan) Islam majoriti."

Tegasnya, PKNS diarahkan mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dijadikan tapak kuil yang baru, bagi memindahkan kuil lama dari Seksyen 19 kelak.

Jelasnya lagi, PKNS sewaktu Umno BN memerintah seharusnya menjelaskan kepada bakal penduduk (khususnya Melayu/Islam) Seksyen 19 tentang wujudnya kuil itu terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan.

ImagePembinaan kuil di Seksyen 19 oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu disifatkannya tidak sesuai, kerana terlalu dekat dengan surau di samping terlalu dekat dengan rumah penduduk di situ.

Ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat cuba memindahkannya ke Seksyen 23, yang kedudukkannya lebih jauh dari kawasan surau serta perumahan penduduk Melayu.

Tambahnya lagi, pembinaan kuil itu juga untuk memenuhi hak penduduk minoriti beragama Hindu, di sini.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut mewakili kerajaan menegaskan bahawa isu kuil di Seksyen 23 hanya suatu cadangan daipada PKNS sendiri, bukannya kerajaan negeri.

Beliau yang terus dipertikai ketika menjelaskan prosedur cadangan pemindahan kuil itu, menegaskan bahawa cadangan tapak pembinaan kuil yang baru itu jauh lebih sesuai kerana bukan sahaja jauh dari kawasan perumahan setempat, malah menyelesaikan masalah rakyat di Seksyen 19 yang terdiri dari penganut Islam dan Hindu.

ImageKatanya lagi, "sekiranya kuil tidak boleh dibina di kawasan majoriti Melayu, bermakna tidak ada mana-mana tapak boleh dibina kuil di Shah Alam, semuanya (penduduk) majoriti Melayu. Islam tidak mengajar penganutnya menafikan hak penganut lain."

Beliau juga menasihatkan segelintir individu yang hadir agar berhenti mencemuh inisiatif kerajaan negeri serta penduduk bukan Islam.

"Kuil ini untuk penganut Hindu. Apa salahnya, kita menghormati keagamaan mereka. Allah (dan) Rasul tidak pernah mengajar umat Islam mencemuh (agama lain), apatah lagi menafikan hak penganut agama lain (dalam) mengamalkan kepercayaan mereka," katanya di majlis itu.

Beliau meminta hadirin menghayati potongan ayat al-Quran (108) dari Surah an-An'am yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan."

Sebelum pada itu, perang mulut berlaku antara segelintir yang hadir dengan pegawai-pegawai MBSA yang cuba menenangkan mereka.

Kelihatan segelintir itu mencemuh pemimpin kerajaan negeri; yang didakwa mereka tidak mendengar keluh-kesah penduduk tempatan.

Jamil Mohd Isa, yang juga mengakui bukan ahli Umno di sini, menegaskan bahawa cadangan memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, sebagai menambahkan masalah penduduk tempatan, bukannya menyelesaikan masalah orang-orang Melayu.

Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23 sendiri, Haji Azmir Md Zain.

Image�Woi, kaulah pengkhiana-pengkhianat agama lah!� cemuhnya.

Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayaai dari kenalan rapat Azmir.

Beliau juga mengancam akan membunuh Khalid Samad jika pergi ke kawasannya, Seksyen 23.

Beliau juga menghina dan mencemuh Khalid Ibrahim, MB yang dipilih oleh rakyat Selangor melalui pilihan raya yang sah itu.

K. Raja yang ditemui selepas selesai dialog berkata, "Persatuan Penduduk itu bukan mewakili semua pihak. Persatuan tidak pernah panggil kita (penganut Hindu) berbincang. Bagaimana (mereka) boleh kata itu mewakili (penduduk) Seksyen 23."

ImageDitanya mengapa tidak turut serta dalam dialog itu, beliau berkata, "Dia orang emosional, tidak ada toleransi dan hormat Menteri Besar, Khalid (Samad) dan YB yang lain. Macam mana kita nak berdislog? Ekstrem lah, saya pun tidak pernah jumpa (tindakan) seperti ini."

Ujarnya lagi, dalam dialog, sepatutnya perlu ada sikap memberi pandangan, dan mendengar pandangan. Bukannya, mengeluarkan kata-kata kesat kepada kerajaan negeri.

Beliau juga mencadangkan kuil di Seksyen 19 yang sudah 26 tahun tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, diselesaikan oleh Khalid Ibrahim demi membuktikan kepemimpinan Pakatan rakyat mengamalkan keadilan untuk rakyat tanpa mengira status, kaum dan kepercayaan.

Pegawai Khas kepada Adun Batu 3, Rodziah Ismail, Rozaini Mohd Rosli mendakwa dirinya cuba dikasari dan dicabuli oleh segelintir yang hadir di luar MBSA, sebelum dialog tersebut berlangsung.

"Mereka cuba merampas video cam akak. Mereka kerumuni (mengepong) akak. Mereka takut akak rakam tindakan-tindakan tidak bertamadun mereka. Akak jadi takut, takut diapa-apakan mereka itu," jelasnya lagi.

Seorang respondan berita Harakahdaily 30 Ogos lalu, Suraya Samad (gambar) yang ditemui kemudian melahirkan rasa takut kerana dirinya didakwa talam dua muka.

Beliau menegaskan sekali lagi, kenyataannya sebelum ini bukanlah bertujuan memecah-belah masyarakat, tetapi pandangan peribadinya sahaja.

Beliau mendakwa beberapa kenyataan sebelum ini telah disalah anggap dan membuat beberapa penafian terbabit.

Turut menyertai dailog tersebut, Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Mariah Mahmood selaku pemerhati. ImageBeliau menjelaskan keindahan ajaran Islam yang sebenar, bukannya seperti aksi provokasi sedemikian sebelum ini.

Beliau juga berharap penganut minoriti Hindu bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dibina kuil.

Bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Khalid Ibrahim meminta semua pihak tidak memanjangkan isu tersebut.

Demi kepentingan rakyat tidak kira penganut agama Islam atau Hindu dan sebagainya, beliau menjelaskan bahawa segala kritikan dan cemuhan pagi tadi perlu dilihat secara terbuka; sebenarnya membantu kerajaan negeri untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat kelak.

Harakahdaily turut menemui beberapa peserta yang lantang mencemuh kepemimpinan negeri untuk mendapatkan inti bantahan mereka, tetapi kebanyakannya meminta wartawan bertemu sendiri dengan ketua mereka, Azmir.

Dalam kalangan mereka yang ekstrem juga mengugut wartawan supaya tidak membesar-besarkan isu perarakan kepala lembu yang segar berdarah dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang menempatkan Pejabat Menteri Besar; 28 Ogos lalu.

Bersandarkan beberapa klip youtube sebelum ini, didapati beberapa pemimpin Umno mendalangi aksi ekstrem tersebut.

Bagaimanapun, hadirin yang menyertai dialog hari ini kebanyakannya mendakwa mereka bukan ahli Umno, tetapi penduduk tempatan Seksyen 23.

Dari insiden kepala lembu berdarah sehinggalah perang mulut yang berlaku hari ini merupakan suatu lagi cabaran rakyat Melaysia yang terdiri oleh pelbagai bangsa, agama dan taraf sosial; selepas negara mengecapi kemerdekaan kali ke-52 tahun.

Sumber : Harakahdaily.

Saturday, September 5, 2009

Antara Kepala Lembu, Kuil, dan Orang Melayu




Assalamualaikum.... Dah usha video kat atas nie??? Kalo blum, berhenti membace n usha dulu video kat atas ni, kalo dah usha baru bleh sambung bace....

Lembu???
Sekarang tengah hangat diperkatakan... Sedangkan ini bukan bulan Zulhijjah, bkn raya korban.... Tp kenapa byk org crita pasal lembu???

Kuil.....
Satu tempat ibadat bg org2 beragama hindu.... Org2 hindu ada hak untuk bebas mengamalkan agama mereka dalam negara ini......

Orang Melayu.....!!!
Aku pelik dengan korang.... Lagi2 Melayu Amno... Konon perjuang bangsa, perjuang agama, tp takder ilmu nak perjuangkan itu sume.. Korang perjuangkan membabi buta...
Kalo betul perjuangkan agama, cube korang bagi dalil yg membenarkan org Islam menghina kepercayaan agama laen????

Lembu pada pandangan orang India berbeza dgn pandangan orang Melayu...
Bagi penganut agama hindu, Lembu adalah binatang yg suci....
Bagi org melayu pulak, ada perumpamaan seperti "Bodoh Mcm Lembu".

Tp kita jgn jd bodoh mcm lembu, tengok beruk2 dlm video kat atas nie...
MB sanggup turun jumpe penduduk utk jelas kan apa yg terjadi.
Kalo zaman khir toyo dulu, mane ade korg rase MB sendiri turun bg penjelasan, ADUN2 Amno pun senyap je...
Taw2 kuil dah dibina....

Lembu2 nie ni patut ada hormat skit pada MB yg telah dipilih rakyat. Jgn melalak-lalak tak bagi Khalid Samad bagi penjelasan. Khalid Samad nak bg penjelasan pun takut. Mmg puak2 Amno nie takut dengan kebenaran ke???

Bila org hindu nak pindahkan kuil diorg, perh....bukan main lagi. Bertindak macam pejuang Melayu tulin, mcm pejuang Islam tulin(konon)..... Tp jahil bab Agama....

Satu aku pelik, mana puak2 lembu nie time masjid2 kat Area Selangor nie kene roboh time zaman Be End???? Takder pun berlagak mcm mujahidin laparkan syahid???? Mana yg laung2 kan pembela Agama???? Sebab apa puak2 lembu nie tak turun coz tak masyuuukkkk laaa.....

ni aku tolong senaraikan surau & masjid kena rampas, sita & roboh masa zaman BN dulu. Apa tindakan geng lembu ni?

Surau Ar Rahmah, Sekyen 8/A, Shah Alam
• Surau di Berembang, Ampang
• Surau Jubli Perak, Hulu Langat
• Surau Al-Ikhwan, Puchong Perdana
• Surau Fatima Al-Zahra, Taman Kosas;
• Masjid Al Hidayah Kelana Jaya,
• Masjid Al Munawwarah Shah Alam,
• Surau Ar Rasyidin Gombak dan
• Masjid Darul Ehsan Subang Jaya

Komen pemecah fikiran :
Aku orang Islam, aku orang Melayu, nape aku perlu crita pasal kuil dan kepala lembu?? Knp aku perlu ckp benda yg tak elok pada orang yg sebangsa ku???
Aku tak setuju org Islam menghina agama lain... Nabi tak ajar kita hina agama laen, nabi melarang...
Tp knp ada sebhgn manusia mengaku pejuang agama tak ikut kata nabi??? dia tak tahu atau tak nak ambik taw??? Org kata, org yg taktaw adalah org jahil. Masih zaman jahiliyah lagi ka zaman nie???
Melayu......???? Aku paling benci org crita pasal perkauman. Melayu kena tolong melayu laaa, jaga hak org melayu la, perkasakan melayu dan mcm2 pasal melayu...(Mcm Good2 je Melayu Ni)
Melayu Layu sebab apa???
Bkn sebab pemimpin2 melayu??? Bkn sebab pemimpin2 melayu yg sebok jaga poket sendiri dan kroni slama puluh2 tahun??? kalo pemimpin2 melayu yg jaga Malaysia nie bagus, tak rasuah, tak diskriminasi parti, aku rase org melayu tak layu mcm skrg....

Malaysia's Flag

Malaysia's Flag