Oleh: Pria Malaya
Kita kerap lihat media massa termasuk blogger dan facebooker Umno sering memaparkan gambar segelintir penyokong bola kelantan yg tidak sopan dan menjolok mata, ini bertujuan bagi memburuk2kan rakyat dan kerajaan negeri kelantan...
Namun, segala berita baik cuba disembunyikan mereka..seolah2 segala yg buruk itu adalah salah kerajaan negeri, segala apa yg baik itu tiada kena-mengena dengan kerajaan negeri...begitulah mentaliti mereka yg hasad lagi dengki...
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=166367276720428&set=a.116097918414031.14348.114944995195990&ref=nf
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=166367276720428&set=a.116097918414031.14348.114944995195990&ref=nf
Bila penyokong kelantan buat hal itu dan ini, mereka khususnya penyokong umno pakat menyalahkan PAS dan kerajaan negeri, tak pandang (kritik) langsung dekat KAFA..begitu juga semasa Kelantan mengalami kekalahn berturut-turut, kerajaan negeri dijadikan mangsa...tapi abila menang, tiba2 PAS tiada kaitan katanya, jasa kerajaan negeri langsung tak diiktiraf, puji melangit KAFA dan Anuar Musa..TERBARU: 24 Ogos lalu, Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia sekali lagi bertindak menghina maruah rakyat Kelantan..boleh rujuk tulisan blogger Milosuam.blogspot.com dibagaimana penulis tampilkan di bawah...
Sbb apa ya? sebab ada pemimpin Umno dalam KAFA....hipokritnya mereka....
Begitulah mentaliti orang-orang Umno, media rasmi Umno bergilir-gilir dengan blogger dan facebooker Umno menghina dan merendah2kan maruah dan darjat rakyat Kelantan..hal ini sudah menjadi perbualan umum..
Bukti media BN prejudis terhadap rakyat Kelantan
ReJaM© hairan bagaimanalah media berpengaruh yang dikuasai oleh UMNO dan Barisan Nasional tergamak menggambarkan imej negatif terhadap penyokong Kelantan? Perkara ini sekaligus memberikan tanggapan negatif masyarakat terhadap Rakyat Kelantan. Lihat sahajalah pada komik yang dipaparkan di dalam akhbar tempatan yang dikuasai UMNO dan Barisan Nasional ini. Bagaimanakah komik sebegini rupa boleh dibenarkan penyiarannya di dalam akhbar? Adakah editor akhbar ini sememangnya anti Kelantan?
Adakah kerana Negeri Kelantan diperintah oleh Kerajaan PAS maka media BN ini memainkan peranan untuk memburuk-burukkan rakyatnya? Apa salah mereka? Kalau dipandang dari segi budaya tidak sihat penyokong bola sepak, adakah hanya penyokong Kelantan yang berkelakuan tidak baik di Stadium? Mengapa pula bendera Negeri Kelantan yang dipaparkan di dalam komik tersebut?
Kalau dilihat di sini, media yang dikuasai UMNO dan Barisan Nasional ini menggambarkan rakyat Kelantan seperti golongan kelas kedua. Apa salah mereka? Mereka juga manusia biasa dan apa yang penting mereka adalah Rakyat Malaysia. Lihatlah rakyat Kelantan, bagaimana pandangan media UMNO BN ini kepada anda?
Semasa memancing undi pelbagai pujian dan sanjungan diberikan kepada rakyat Kelantan. Di hari lain, rakyat Kelantan dihina dan dicaci!
Sumber gambar: Pancaindera, Utusan Malaysia (24/10/2010)
Namun, tercetusnya hal ini ada hikmahnya...hasil 'pemantauan' penulis, rakyat Kelantan termasuk golongan atas pagar dan penyokong/ahli Umno kini tidak gemar bahkan memboikot media ampu kerajaan gara-gara sering menyalahkan penyokong Kelantan khusus dalam isu bola sepak...
Dan jangan terkejut penulis katakan, tidak sedikit dikalangan mereka (atas pagar mahupun ahli Umno Kelantan) mula menaruh perasaan tidak senang bahkan benci terhadap parti Umno sendiri, gara2 membenarkan akhbar milik partinya menghina dan menginjak2 maruah rakyat Kelantan...
Rentetan ini, sekurang-kurangnya 3 page facebook telah diwujudkan rakyat Kelantan bagi menghadapi fitnah dan serangan dari media-media Umno ini, antaranya di bawah..
1. Kami Mengutuk Sekerasnya T'dakan FAM & Media T'hdp Fan Kelate
2. Jangan Hina Orang Kelantan
3. Jangan kutuk rakyat Kelantan!
Dan banyak lagi...
Untuk yang terakhirnya, penulis menyeru rakyat Kelantan supaya memanjangkan berita ini..jelaskan kepada rakyat Kelantan seluruhnya, bahawa Umno melalui media dan agen2nya sedang dan akan terus berusaha merendah dan menghina maruah orang Kelantan gara-gara Kelantan diperintah oleh musuh politiknya...
Hanya dengan tindakan ini, dapat mengajar mereka seterusnya menutup mulut2 mereka dari bersikap anti-Kelantan dan bersikap double standart dan diskriminasi terhadap rakyat kelantan...fikir2kan...wallahua'lam..
Sumber : Ruang Bicara Pria Malaya
No comments:
Post a Comment