Tuesday, October 26, 2010

Tukang Tilik Piala Dunia Arwah _khurafatVersion_





Sotong yang paling terkenal didunia selepas Saiful Bukhari dilaporkan pergi ke rahmatullah beberapa jam yang lalu. Paul (2 tahun) dijumpai mati terapung oleh penjaganya di Oberhausen Sea Life Centre di German pagi tadi waktu tempatan. Paul meninggalkan seorang isteri, 3 gundik dan 17 anak sotong luar nikah semasa meninggal dunia. Balu beliau Heidi Klum bila ditemuramah Sokernet berkata;
"Bloop blopp blpooppppppp pop pop bloop bloop bloope bloop pop pop blop blooopppp"


Yang bermaksud;
"Arwah baik orangnya. Walaupun berjaya meneka keputusan bola dengan tepat, beliau tidak pernah meletakkan taruhan pada mana-mana perlawanan"

Penjaga utama Paul di Oberhausen Sea Life Centre,
Adolf Von Ballack pula berkata arwah bersikap agak aneh sejak beberapa hari yang lepas.
"Selalunya arwah gemar memakan kerang dan ikan. Tapi dua hari lepas arwah tak nak makan langsung apa yang saya berikan padanya. Hanya selepas dihidangkan Sate Haji Samuri barulah arwah menjamah makanan yang saya berikan"

Tilikan terakhir arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir ialah England bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018.Semoga rohnya tenang dan ditempatkan diantara sotong-sotong yang beriman.

sumber: Sini

No comments:

Malaysia's Flag

Malaysia's Flag