MINYAK petrol akan naik pada bila-bila masa dari sekarang. Najib kata nak tolong rakyat, dalam masa yang sama, Kerajaan BN naikkan minyak petrol dan kos hidup terus menghambat perut-perut pengundi. Hasil keuntungan jualan petrol Malaysia 'Petronas' buat beli kapal selam dan helikopter. Entah siapa dapat komisen hasil pembelian? Biar SPRM sendiri tahu.
Kerajaan BN kenakan cukai keuntungan niaga rakyat, cukai pintu rumah, cukai jualan harta, cukai jalan kena bayar, cukai tanah, bil air dan eletrik harus dibayar. Remaja kita nak kawin mesti kursus dulu baru boleh kahwin, kena bayar lagi, nak nikah pun kena bayar juga. Pergi tandas umum pun kena bayar. Sekolah Kerajaan BN bilang ‘free’ tapi kena juga bayar buku, bayar PIBG setiap tahun.
Pendapatan orang kampung cuma ala kadar. Gaji pekerja Kerajaan rendah sedang kos hidup tinggi. Daripada pekerja Kerajaan hingga kepada orang kampung, semua mengeluh lalu bilang Kerajaan BN tidak prihatin kepada rakyat. Tidak bagus. Jabatan Audit Negara dapati wang Kerajaan telah disalahgunakan. Najib lantik Jawatankuasa Penyiasatan. Siasatan yang tidak ada penghujungnya.
Masa undi Menteri-Menteri BN tabur janji mahu bantu rakyat. Selesai undi Kerajaan BN pun diam dan cari jalan naikkan cukai. Rasuah pula berleluasa. Kerajaan buat hospital, belum sampai 30 tahun bangunan 8 tingkat pun nak runtuh, buat stadium runtuh, buat jambatan putus banyak yang mati. Buat jambatan bengkok tidak jadi tapi bayar RM300 juta kepada kontraktor.
Kerajaan BN patut sudah lama hancur, tapi kerana BN punya undi pos tentera dan polis, punya SPR penyelamat keadaan, punya undi hantu. Last-last kalau BN kalah pilihanraya juga, ADUN pun mereka boleh beli. Semua boleh jadi asal banyak duit.
Rakyat punya penuh harapan kepada Pakatan Rakyat, komponen Pakatan Rakyat bukan sahaja negeri berkecamuk perang sama sendiri, di Pusat pun lagi hebat mahu menghancurkan Pakatan Rakyat dengan berjinak-jinak dengan UMNO mahu tubuhkan Kerajaan Perpaduan. Nampaknya ada komponen Pakatan Rakyat sudah termakan budi dengan UMNO. Biarkanlah drama ini berjalan terus.
No comments:
Post a Comment