Monday, January 17, 2011

Nasib Tokoh2 Suci Di Tangan Ulama _bookReview_


Perh.... dah aku tak apdet blog aku ni.... terima kasih yg slalu jenguk2 blog aku ni... Walaupun korg tak ramai yg tengok blog aku ni, tp kerana korg lah aku bermotivasi nak tulis blog...hahahahaha

ni buku yg baru aku beli n baca....
aku beli buku ni kat pasar malam jumaat lepas.. Macam best je....
buku ni menceritakan para tokoh-tokoh suci yg dianiaya oleh segolongan ulama yg berfikiran sempit, mengejar harta dan giler glamer...
Antara tokoh2 ulama yg telah menghadapi kehidupan yg susah serta ada yg menemui syahid adalah seperti Imam Hussain a.s. cucunda kesayang Rasulullah, Imam Abu Hanifah pengasas mazhab Hanafi, Imam Malik pengasas mazhab Maliki, Imam Syafie pengasas mazhab Syafie, Imam Bukhari pengumpul hadis2 Sahih, Imam Ahmad pengasas mazhab Hambali, Imam Al Ghazali pengarang kitab Usuluddin, Sayyid Abdul Qadir Jailani ulama bertaraf wali, Ibnu Taimiyyah dan ratusan lagi tokoh2 ulama yg pernah menjadi mangsa kezaliman ulama dan pemerintah dizaman mereka.

Ulama2 ini telah difitnah sesat dan murtad oleh segolongan ulama yg tidak sehaluan dgn mereka... Ulama2 ini telah memfitnah dengan dahsyat oleh kerana cemburu dengan pengaruh besar oleh tokoh2 suci tersebut...

Buku ini banyak memberikan pengajaran bagaimana dengan kuasa dan harta ulama2 yg berniat jahat dapat melakukan sesuka hati mereka...

"Akan datang, suatu zaman pada manusia dimana tidak ada lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya dan dari alQuran yang tinggal hanya tulisannya. Masjid-masjid makmur tapi kosong dari petunjuk. Ulamanya akan menjadi wujud paling buruk dibawah kolong langit. Kekacauan fitnah akan keluar dari mereka tapi akhirnya kembali kepada mereka juga" (Baihaqi)

Maka tidah hairan lah pada hari ini seseorang yang biasa dan bukan bertaraf ulama suka2 menjatuhkan sesat dan kafir pada mereka yg tak sehaluan dengan mereka...

Selagi seseorang tu mengucap Syahadah, haram kita mengelarkannya kafir... Tak kira la dieorg tak sama mazhab dengan kita ke, tak sama parti dengan kita ke, tak sama puak dengan kita ke, kita tak boleh gelar mereka kafir... nak cop2 orang kafir ni bukan benda main2, sbb bila kita cakap kat org kafir, kafir tu akan berbalik pada kita... ni Rasulullah sebut. Nak dalil, bukan taraf2 aku nak cerita dalil2 ni siap dengan rawi2 nya sekali....

k lah, just kongsi2 je pasal buku diatas... sekarang dah start blaja, nak baca buku2 yg bukan dalam tajuk electric ni susah skit... hehehehe

Malaysia's Flag

Malaysia's Flag