Tuesday, November 24, 2009

Tahniah 1Malaysia!!!

Oleh : tok-pepijat
Malaysia sebuah Negara Islam ? berjaya mengaut hasil judi RM2.37 billion pada tahun 2008. Begitulah "kejayaan" negara kita. Bukan sahaja berjaya menganjurkan Musabaqah Al Quran setiap tahun bahkan berjaya mengutip hasil judi berbilion RM. Tiada diketahui adakah penganjuran Musabaqah pakai duit hasil judi begitu juga dengan pembinaan masjid-masjid di seluruh negara.

Elok rasanya pamerkan kejayaan UMNO ini dengan rakyat memacak billboard gergasi di jalan-jalan utama di seluruh negara. Cantik lagi pacakkan signboard di kawasan masjid-masjid utama seperti Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan Masjid Negeri. Sama seperti signboard "Bahaya Dadah" yang sekarang terpacak di setiap kawasan masjid.

Malu apa weeh! Minta saudagar-saudagar judi menaja signboard ini. Takkan mereka kedekut. Mereka dah untung berjuta-juta weeh! Minta Menteri KAGAT dan Ustazah Mashitah ambil tindakan proaktif sikit.

Jika tahun 2008 dikenali Tahun Islam Hadhari, dan Pak Lah pun sudah kaut untungan RM2.37 billion, berapakah pula hasil tahun 2009 pula dengan tema baru 1Malaysia ? Sebaik sahaja Najib jadi Menteri Kewangan, beliau telah meluluskan puluhan lesen judi terutama cabutan mingguan. Masa itu Najib belum jadi PM. Bayangkan kini beliau telah jadi PM, tentulah berjoget sakan saudagar judi mendapat"syafaat" Najib !

http://politikbanjar.blogspot.com/2009/11/2205-1st-prize-maa.html

Monday, November 23, 2009

Aurat dan Muslimah...


1.Bulu kening

Menurut Bukhari, "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki

(tumit kaki)"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31.

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian

"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi

"Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.” Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah:”Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.


7. Tangan

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

8. Mata

"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara)

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW,

"Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar.

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah. "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

12. Rambut

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

13. Memanjangkan Kuku dan Mewarnakannya Dengan Pewarna

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Termasuk fitrah bagi manusia itu ada lima: Khitan, mencukur bulu kemaluan, merapikan misai, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5889)

Berkenaan permasalahan trend mewarnakan kuku ini, Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:

“Ini adalah merupakan kebiasaan buruk yang dilakukan oleh wanita-wanita Eropah kepada wanita-wanita Islam, iaitu memanjangkan kuku dan mewarnakannya dengan warna merah atau selainnya dengan kuteks (pewarna/pengecat kuku). Kebiasaan ini juga turut dilakukan oleh sebahagian pemuda.

Perbuatan ini selain mengubah ciptaan Allah, ia juga menjadikan pelakunya terlaknat dan perbuatan ini termasuk meniru-niru (tasyabbuh) perbuatan wanita-wanita kafir.

“Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 184, Media Hidayah)
Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami’, no. 6149, juga dijelaskan di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)


ulasan pemecahfikiran :

kenapa tajuk utk N3 nie ialaj Aurat dan Muslimah?? Sedangkan N3 asal bertajuk Aurat dan Wanita.. Penulis merubah kepada muslimah atas alasan muslimah lebih merujuk kepada Wanita Muslim... Penulis post kan N3 nie kat blog penulis supaya benda yg baik dan benar wajib disebarkan pada semua... Nak ikut, Alhamdulillah, tak nak ikut tu diri sendiri punya fasal.. Nak halang penulis takder kuasa, cuma berupaya menyampaikan dalam bentuk penulisan.... Tepuk dada, tanya selera...

Thursday, November 19, 2009

Sejarah Para Syuhadah....

Keranamu MEMALI !

Kempen seruan mengibarkan 'jalur Memali' (dibawah) selama 3 hari mulai hari ini di blog. Berikan sokongan anda menentang kezaliman penguasa. Alfatihah untuk semua syuhada !

Sajak ini adalah karya seni Rahmat Haron, sebuah karya yang membuat jiwa menangis mengenangkan korban-korban jiwa pada syuhada Memali yang menentang penangkapan tanpa bicara.

[Dalam sejarah perjuangan melawan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Ibrahim Mahmud (yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya) dan penduduk kampung Memali adalah antara mereka yang paling berani – dengan keras menentang penahanan tanpa bicara hingga derita raga dan jiwa serta terkorban kehilangan nyawa mereka. Maka pergilah mereka meninggalkan kita sebagai syuhada dan pengorbanan yang cukup besar sekali.]
____

Hari itu Selasa malang,
hari tujuh RabbiulAwwal tahun seribu empat ratus enam hijrah.
setelah malap cahaya lokap,
panjang kembara malam membawa gelap subuh menutup terang matahari, negara, seragam dan senjata mengepung para pejuang yang enggan menyerah, enggan ditahan tanpa kesetaraan, enggan ditangkap tanpa kesaksamaan hak manusia penjara tanpa bicara-warisan tuan penjajah mahu rakyat menjadi hamba.

sejahtera keadilan telah ditelan kebusukan huru hara rasuah. merekalah para pejuang menentang kezaliman haloba, tapi ketamakan kuasa tetap serakah nafsunya mentah kedarah para petani dan buruh mereka para pejuang kebenaran hanya penoreh getah

iya mereka hanya himpunan orang-orang kampung, para guru, merinyu malaria, bekerja sendiri, mekanik motorsikal, pemandu, penoreh getah, tapi mereka setia segar menghidupkan tanah air yang bukan milik mereka.

Tanah dan air yang telah dirompak bebal nasional, tanah dan air yang telah dijual bodoh nasional, Ibrahim Mahmud dan teman-temannya siap teguh iman perjuangan melawan perisai ampuh kekuasaan Iblis_Syaitan_Act - ISA.

ISA adalah jaminan selamat buat penguasa rakus menindas dan memeras penguasa pujanya Iblis kuasa penguasa sembahnya Syaitan rasuah penguasa berkuku besi pelindungnya ISA_Iblis Syaitan Act.

Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perompak zalim bertopeng alim, Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perusuh hak asasi rakyat,

Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan perasuah dan penyeleweng kuasa
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan kepura-puraan
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang Iblis dan Syaitan,
akur aturan perjanjian sesat mengekalkan kuasa sementara,

Pemerintah ketagihan kuasa
dadahnya wang dan harta
pemimpin khayal dengan serakah
erat sayangnya pada angkuh memaksa
rapat kasihnya pada sombong memeras
begitu dalamnya cinta kuasa memeluk timbunan harta kekayaan rakyat jelata .

ISA gari yang merantai kejujuran,
ISA tembok batu, jeriji besi, memisah kasih anak dan isteri, keluarga tercinta
ISA adalah tangisan
ISA adalah ketakutan

Tapi ISA bagi Ibrahim dan Memali adalah keberanian paling tinggi
perjuangan menolak pemenjaraan tanpa bicara
pengorbanan nyawa demi merdeka
dari menjadi hamba pemerintah yang gila kuasa
dan November adalah bulan cukup hitam, sembilan belas hari bulan tahun sembilan belas lapan puluh lima di Baling, siong kekuasaan Bangsat Nasional laparkan darah rakyat murba
ketabahan para pejuang cukup sabar teguh berdiri,
di balas kereta perisai dan senjata
Memali adalah sejarah melawan ISA
paling berani
merdeka semangat Ibrahim Libya dibalas peluru
gegak gempita tembakan
adalah sendu kesedihan

maka tumpahlah darah ke tanah air yang kegeringan
gugur empat belas orang pejuang
syahid menuntut keadilan
melawan penahanan tanpa bicara

akal penguasa putus budinya
dan dacing timbang berat sebelah tidak seimbang
rasa hati telah kabur, pudar dan terhakis
benang-benang kusut
fikiran hanyut
keyakinan tak dapat dikoyakkan kuasa
merah mengalir darah merdeka
korban ISA dan kekejaman negara
syahid para pejuang terpejam mata dalam sejahtera nafas keadilan
BN merampas kebahagian keluarga, mencabut nyawa suami dan ayah, para perempuan menjanda dan anak-anak yatim tidak berbapa

Mereka telah membunuh:

1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

Monday, November 16, 2009

SPRM yg LEMBU


Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
cam best je name
tp bodoh
terus terang aku kate
bodoh

Nape SPRM ni sanggup
buruk2 kan Tok Guru
Konon Tok Guru terima rasuah laa...
kronisme laa....
Apa lagi....

Bile timbul kes Tok Guru terima tajaan haji
konon ade unsur rasuah
perh.....
laju giler gi siasat
bila org kate umah khir toyo 24juta
persoalkan mane dpt duit tue
perh.....
bwt krje tehegeh-hegeh....
double standard......
ntah bile nak gi siasat Khir Toyo tue....

Bile Khir Toyo kate
umah tue 4 juta je....
je????
byr bln2 pakai duit cabut gigi
SPRM dgn bodohnya percaya....
Dr GIGI mane yg untung
bulan2 sampai bleh byr umah 4juta tue????

ish.....
Khir Toyo tak sampai 8tahun
Jd MB Selangor
Umah, juta2.....
TGNA hampir 20 tahun
Jd MB Kelantan
Umah tetap sama
sebelum jd MB

Camner org bleh pertikaikan
TGNA ambik rasuah???
ke sbb, TGNA lebih sokong PR
dan menolak UG???
Aku rase mmg sbb tue laa....

Xper, jom kita same2 doa
org yg aniaya TGNA nie
diberi petunjuk oleh Allah....
Apa bentuk petunjuk dr Allah
biar dia shj yg tentukan....
Xpyh byk persoal.....

Friday, November 13, 2009

BAI'AH / AKUJANJI / SUMPAH SETIA


heboh satu Malaysia
sekarang nie pasal bai'ah Pas
boleh ke berbai'ah???
kenapa perlu bai'ah???
apa kebaikan bai'ah nie.....????

ada yg kata
bai'ah taklik talak tiga nie zalim
melampaui batas
teruk
jumud
mempolitikkan perkahwinan
dan
macam2 lagi

ramai yang tak setuju
terutama ahli2 Amno
PKR pun terkejut beruk dengar pasal bai'ah Pas
benda nie bkn rahsia pun
dah lama benda nie pemimpin Pas bgtaw
dlm ceramah2

Aku xpelik sgt org Amno n PKR
terkejut....
nie, ahli Pas sendiri
turut terkejut
cam tak penah gi dgr ceramah
maybe yg terkejut nie
dengar sambil lalu je time diberitahu
dlm ceramah

Bai'ah
Akujanji
SumpahSetia
perlukah pada setiap ahli parti???
jwpannya tidak....
cuma yang menang p/raya shj....
perlu kah calon yg menang berbai'ah???
sehingga melibatkan Isteri???
talak 3 pulak tue....

Jawapannya
Pada pandangan pemecahfiriran laa
Kalau Bai'ah utk Parti Politik
Ia tak perlu...
tapi....
PAS bukan sekadar Parti Politik
PAS juga adalah sebuah Gerakan Islam
Pejuang2 Gerakan Islam mesti berbai'ah
Demi, menjaga kehormatan, kemakmuran dan perpaduan
sesebuah Gerakan Islam....

pemecahfikiran sgt setuju
calon Pas yg menang patut berbai'ah
cube bayangkan
ahli Pas, aktivis Pas
Siang Malam bekerja utk memenangkan calon
tibe-tibe
lompat parti
sakit hati maaa.....
siang gi merayu undi
keluar masuk setiap kampung
bagi penerangan Apa Itu Pas
malam pulak
pasang poster
panjat pokok pasang bendera
gantung barner...
tibe2, bile menang
dia boleh pulak lompat parti
rasa teraniaya je....

kenapa bai'ah sehingga mempertaruhkan Isteri???
itu lah sunnah berjuang
berjuang utk Islam nie
besar pengorbanannya...
Ikatan kahwin mengikut cara Islam
Maka ia boleh diputuskan juga dengan Islam
Ia supaya tidak ada yg berani mempermaikan
pejuangan Islam

Dengan Bai'ah nie lah
YB2 Pas tidak melompat parti
tidak mengkhianati perjuangan
tidak belot amanah rakyat
kerana
setiap calon Pas
yg dipilih
bkn sbb melobi utk dipilih
kebanyakkan mereka
cuba lari dr menjadi calon dan pemimpin
tp bila amanah telah diberi
mereka memikul amanah dgn penuh tanggungjawab

Apa kesan jika seseorg YB melompat parti???
Ia akan memberi kesan pada parti,
rakyat hilang keyakinan pada parti,
org ramai akan anggap parti melantik pemimpin
yg tiada amanah....
maka rosaklah nama baik
sebuah Gerakan Islam.....

Ulasan PemecahFikiran :

Bila tidak faham apa itu ISLAM, maka ramai yang mengasingkan Islam dari kehidupan seharian. Islam itu hanya amal ibadat. Selain daripada itu urus jual beli,undang-undang, mencari rezeki sehinggalah politik ia terasing dari Islam.

Ada yang berpendapat Islam bersih, politik itu kotor. Teringat kepada Almarhum Fathi Yakan yang pernah menimbulkan kontroversi berkaitan penglibatan gerakan Islam dalam pilihanraya. Satu ketika dahulu beliau tidak bersetuju menyertai pilihanraya, kerana ia merupakan perkara yang baru dan tidak pernah berlaku di zaman baginda Rasullah SAW. Namun setelah setelah sering gagal untuk menyatakan Islam kepada pemerintah, beliau akhirnya akur pilihanraya adalah satu-satunya wadah penting yang dapat menguasai negara dengan Islam jika menang.

Begitu juga di Malaysia, suatu ketika dahulu ramai golongan agama menolak penyertaan dalam pilihanraya. Ramai ulama dan golongan agama menaruh harapan pada UMNO mudah-mudahan Islam terbela di Malaysia. Tapi selepas Sdr Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan, ramai ulama dan golongan agama bersuara. Antaranya Ust Harun Din,Ust Ismail Kamus, Almarhum Ust Ishak Baharom, Ust Taib Azamuddin dan ramai lagi.Mereka memilih PAS wadah perjuangan untuk menegakkan Islam di Malaysia.

Inilah nilai politik dalam gerakan Islam. Bukan sekadar kuasa,tetapi ada tanggungjawab yang lebih BESAR kepada Allah.

Tapi mutakhir ini timbul isu bai'ah dalam PAS. Sesiapa yang menjadi ahli PAS sepatutnya faham kenapa mereka memilih PAS. PAS adalah satu wadah perjuangan dalam Islam. Bagi menjaga AMANAH kemenangan kurniaan Allah ini tidak mustahil perlunya bai'ah. Jika tidak berani berbai'ah JANGAN JADI CALON PAS!. Walaupun TG Nik Aziz menafikan wujudnya bai'ah dalam PAS,sebenarnya bai'ah cerai bukanlah perkara baru dalam gerakan Islam.

Mujahidah yang sentiasa harum namanya di bibir pencinta gerakan Islam, Almarhumah Zainab Al-Ghazali al-Jubaili pernah melontarkan untaian mutiara kata kepada para calon suami sebelum mendirikan istana cinta. Beliau tegas menyatakan pendirian bahawa perkahwinan penting, namun ia tidak lagi sepenting itu lagi jika ia bertembung dan menyimpang dari tujuan dakwah yang menuntut janji demi sebuah perjanjian Rabbani yang abadi.

"...Mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yang pada berumur 18, memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku..."

Inilah bai'ah Zainab Al-Ghazali. Hatta jika ada halangan dalam berdakwah pun sanggup diputuskan ikatan perkahwinan ini. Apatah lagi jika KHIANAT dalam perjuangan Islam, para muslimah isteri calon PAS sepatutnya mencontohi tauladan yang ditunjukkan oleh Zainab Al-Ghazali ini.

Tauladan inilah yang dicontohi Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd. Salleh dengan mengeluarkan kenyataan -
  • "Kami sangat setuju dengan bai'ah ini, ikrar ini bukan bermakna mereka tidak sayang tetapi satu istiqamah terhadap parti, perjuangan ini satu amanah. "Bagaimana mereka kasihkan isteri, begitu juga mereka perlu kasih parti... sama kasihnya," .
Semoga Muslimat PAS mendapat keredhaan Allah dan tergolong dengan mujahidah gerakan-gerakan Islam yang sebelumnya.

Malaysia's Flag

Malaysia's Flag