Wednesday, October 21, 2009

Malaysia's Internet



lama tak post blog
rindu giler...
busy 2-3 minggu nie
nak siapkan final projek
assigment berlambak-lambak
aktiviti persatuan
dan
test and kuiz

awal-awal sem
relex je....
assigment tak byk
kuiz tak der
lab pun kurang
byk lepak je....

skrg
salah sape???
salah kan diri sendiri la...
salah kan org lain
tak der gune nya

internet
penting wo...
skrg nie....
macam2 nak carik kat internet
rujukan
khabar
berita
dan
byk lagi

tak der internet
tp masih bleh hidup lg
org dulu2
relex je takder internet
kite je skrg ngade2

tp skrg
internet sudah jd keperluan
sumber ilmu
selepas guru2 dan buku2
sumber berita
selepas surat khabar
dan
telebesen

kite perlu kan internet
kalo bleh nak yg laju
sekali klik
10 page keluar
payah plak cam tue
tp
internet kite tetap lambat
tolong ckp kat aku
area mana kat malaysia ni
internet laju???
KL???
Lembah Klang???
Bangsar???
laju la jugak.....
nak laju mane lagi???

tp internet kita kat Malaysia nie
speed dia
ke-48
dalam Asia
dalam dunia???
Hanya Allah saja tahu....

lembab sgt ke internet Malaysia nie???
berbanding negara2 lain???
memang lambat
tak bleh dinafikan....
negara ape yg laju giler tue????
Korea selatan 1st
2nd Japan
and
3rd HongKong

Ala...
diorg negara maju
bleh la laju2....
btul gak tue...
diorg negara maju
tp
Malaysia paling awal
bangunkan
sistem ICT
seperti
MSC

Lagi pun
pada era 1970-an
Korea dgn Malaysia
saing2 je kemajuannya....
kenapa skrg tertinggal jauh???
jgn tye cikgu sejarah anda....
juga jgn tanya pada penulis
kerana penulis takkan bgtaw
walaupun dia ade jawapan tersendiri
yg mungkin
boleh diterima oleh akal
tetapi tak bleh diterima oleh hati
kerana hati sgt keras

internet gak
sbg satu sbb pelabur nak masuk negara kita...
apa kaitannya???
mesti ade kaitan
jika ada transaksi file yang besar2
dr sesebuah syarikat
takkan post pendrive kut
mesti pakai email kan....
kalo internet lambat
camner nak share file????
kalo ssh sgt nak send file
sbb internet Malaysia lambat
tak jadi lah
nak melabur kat negara kita....

ulasan pemecahfikiran:
gunakan internet ke jalan yang betul dan jgn gunakan ia ke jalan kerosakkan.......



Tuesday, October 13, 2009

Benarkah Rakyat Malaysia Bermantaliti kelas ke-3????


Betul ke???

Sape yg setuju???

Kata seorang tokoh Negara

“Fasilitis Malaysia Kelas Pertama,

Tetapi mantaliti rakyat Malysia pada kelas ke-3”


Mula2 aku kurang setuju gak,

Tapi bila aku dapat tahu keputusan PRK baru-baru nie

Yg diadakan dekat Bagan Pinang

Kemenangan memihak kepada calon yg terbukti rasuah

Aku mula sangsi


Benar

Majority rakyat Malaysia bermantaliti kelas ke-3

Tak boleh dimaksuk akal

Seorang calon yg pernah digantung keahlian

Oleh parti nya sendiri

Oleh sebab rasuah

Boleh MENANG!!!


Menang BESAR plak tue…

Sah, kebanyakkan rakyat Malaysia tidak peduli tentang rasuah

Majoriti rakyat Malaysia sanggup mengangkat

seorang PERASUAH menjadi pemimpin mereka


Calon yang menang memang sah seorang PERASUAH

Ia bukan dakwaan atau fitnah

Oleh parti pembangkang atau mana2 NGO,

Tetapi ia disahkan oleh parti calon itu sendiri


Jika seseorang yang mempunyai pemikiran yang waras

Atau bermindakan mantaliti kelas pertama

Logikkah ia mengundi dan sanggup mengangkat

Seorang PERASUAH menjadi wakil mereka???

Menjadi orang yg menjaga hak mereka???


Sama2 kita pikirkan

tetapi diharap agar berfikir

dengan

Mantaliti Kelas Pertama!!!


Ulasan PemecahFikiran:

Untuk membangunkan sesebuah tamadun bukan lah mudah, ia perlu gandingan mantap serta kerjasama yang baik antara pemimpin dan rakyat. Untuk melahirkan rakyat yang boleh membantu dlm proses membangunkan tamadun, rakyat tersebut mestilah mempunyai sebuah mantaliti yang besar iaitu Mantaliti Kelas Pertama.

Jika ingin rakyat yg bermantaliti kelas pertama, pemimpin harus mula dgn bermantaliti kelas pertama. Jika kita lihat kejayaan tamadun2 Islam dahulu, berjaya lahirkan ramai saintis dan tokoh2 ilmuan. Karya tokoh2 dan saintis2 Islam ini masih lagi menjadi rujukan oleh barat hingga skrg.

Tetapi bagaimana tamadun Islam dahulu boleh melahirkan rakyat yg tinggi Ilmunya serta karya2 hasil mereka merentas kehadapan berabad lamanya.

Ia perlu dengan Dasar Pemerintah itu sendiri, yg menjalan kan dasar2 Islam. Kejatuhan tamadun2 Islam dahulu juga berkaitan dengan dasar2 kerajaan yg meminggirkan dasar2 Islam.

Oleh itu, utk melahirkan rakyat bermantaliti first class, pemerintah harus mula dahulu, jangan asyik2 salah kan rakyat :

Bekalan Gula tak cukup = rakyat sorok gula.

Ops Sikap Time Raya tak capai sasaran = rakyat tak ikut undang2

Banyak jenayah = rakyat juga tak ikut undang2

Banyak maksiat = ibu bapa rakyat disalahkan

Rakyat Miskin = rakyat tak nak berusaha.

Nie antara contoh2 rakyat gak yg salah, pemerintah belagak cam malaikat cam tak salah langsung. Korang pecah kan ruang lingkup pemikiran korang pikirkan, benarkah rakyat shj yg salah????




Thursday, October 8, 2009

Manusia Gila


Gila
perkataan yg selalu diucapkan oleh segelintir manusia
besar giler
cun giler
smart giler
dan ber mcm2 giler lagi

Kenapa giler???
Adakah giler sebuah perkataan penguat???
seperti"sangat"
atau "terlalu"???
pelik2......

Tp kan
yg sebenarnya
aku yg giler
ntah ape2 malam2 post
giler???

giler laaa......
sapa yg giler???
btul ke die giler???
atau bwt2 giler????
jgnlah jd giler
walau pun org giler dpt masuk syurga....

Saturday, September 19, 2009

Rindu Pulak Rasanya Ramadhan...


First Raya
Pabila Ramadhan meninggalkan kita
Terasa pulak rindu
Ntah kenapa

Time Ramadhan
Ibadah tak pun dipertingkatkan
dosa tak pun dikurangkan
Bila Ia pergi
terasa rindu pula

Rindu Bersahur
rindu waktu tengah hari tak sebok2 nak lunch
rindu waktu berbuka..
Mcm2 la rindu
byk kenangan pada bulan Ramadhan kali ni

Ya Allah
panjangkan umurku
agar aku dapat menemui Ramadhan akan datang




Agak-agak ketika berbuka Puasa....


Nie gambar aku ambik masa
Majlis berbuka puase kat skola setia budi...
cam best je awek nie makan...
org lain dah habis dah
dia still relex je makan sorg2...

lauk tak cukup dalam pinggan
dalam bekas besar pun dia hadap...
tp syok tengok dia makan....
aku yg perut dah full nie pun rasa lapar balik

kepada yg berkenaan
jangan marah aaahhh.....
gurauan hampir raya
Yana....
sory.....
hahahahahahaha.....

Friday, September 18, 2009


Assalamualaikum, dan salam aidilfitri
Semoga menjelang hari raya nie kita bermaaf-maafan...

First,
aku nak mintak maaf dgn umi dan abah aku
banyak wo dosa aku dengan diorg
mintak2 diorg maaf kan...
insyaAllah diorg maafkan
mana ade parentz tak maafkan anak diorg
kecuali anak diorg tue anak derhaka

Kedua,
aku nak mintak maaf kepada semua guru2 aku,
tak kita cikgu sekola rendah, sekola menengah,
ustad2 yg banyak didik aku,
ustazah2 yg bimbing aku,
lecturer2 universiti yg banyak mendidik,
dan semua tenaga pengajar, tak kita dimana sahaja....
Oh lupa, pada member2 yg pernah tunjuk ajar aku,
aku mintak maaf gak, korang standard GURU bagi aku....

Third,
pada member2 yg banyak bagi support
fizikal dan emosi,
aku mintak maaf bebyk....
Zaie, Caer, Asif, Kok, syeikh, FaridChaya dan ramai lagi,
korang member yg btul2 member laa....
walaupun aku pernah sakit kan hati korg,
korg penah sakit kan hati aku,
aku harap menjelang raya nie
0-0 la yer....(seri)
juga tidak dilupakan, sahabat2, kawan2, kenalan2
sekolah rendah,
sekolah menengah,
sekolah teknik,
Pusat Latihan YBK,
Aku mintak maaf banyak2.....

Akhir sekali,
kepada seluruh umat Islam seluruh dunia,
tak kita dimana korang berada,
tak kira apa bangsa korang
tak kira apa warna kulit korang,
Aku ucapkan
Selamat Hari Raya AidilFitri
Semoga korang selalu dalam rahmatNya....

Sunday, September 6, 2009

Dialog tidak bertamadun: Selangor tangguhkan pemindahan kuil

SHAH ALAM, 5 Sept: Majlis dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Banquet, MBSA tengah hari tadi akhirnya menemui persefahaman sementara, apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23, di sini ditangguhkan serta merta.

Khalid terpaksa berbuat demikian tengahari tadi, disebabkan desakan ekstrem serta perang mulut oleh segelintir hadirin yang menyertai dialog tersebut.

"Saya terpaksa menangguhkan cadangan itu (memindahkan kuil) disebabkan kebanyakan pemilik-pemilik rumah di situ tidak bersetuju.

"Saya menerima pandangan rakyat di Seksyen 23 dan kerajaan negeri akan terus mencari penyelesaian di Seksyen 19 (lokasi asal kuil) yang juga terdiri oleh penduduk Melayu (dan) Islam majoriti."

Tegasnya, PKNS diarahkan mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dijadikan tapak kuil yang baru, bagi memindahkan kuil lama dari Seksyen 19 kelak.

Jelasnya lagi, PKNS sewaktu Umno BN memerintah seharusnya menjelaskan kepada bakal penduduk (khususnya Melayu/Islam) Seksyen 19 tentang wujudnya kuil itu terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan.

ImagePembinaan kuil di Seksyen 19 oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu disifatkannya tidak sesuai, kerana terlalu dekat dengan surau di samping terlalu dekat dengan rumah penduduk di situ.

Ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat cuba memindahkannya ke Seksyen 23, yang kedudukkannya lebih jauh dari kawasan surau serta perumahan penduduk Melayu.

Tambahnya lagi, pembinaan kuil itu juga untuk memenuhi hak penduduk minoriti beragama Hindu, di sini.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut mewakili kerajaan menegaskan bahawa isu kuil di Seksyen 23 hanya suatu cadangan daipada PKNS sendiri, bukannya kerajaan negeri.

Beliau yang terus dipertikai ketika menjelaskan prosedur cadangan pemindahan kuil itu, menegaskan bahawa cadangan tapak pembinaan kuil yang baru itu jauh lebih sesuai kerana bukan sahaja jauh dari kawasan perumahan setempat, malah menyelesaikan masalah rakyat di Seksyen 19 yang terdiri dari penganut Islam dan Hindu.

ImageKatanya lagi, "sekiranya kuil tidak boleh dibina di kawasan majoriti Melayu, bermakna tidak ada mana-mana tapak boleh dibina kuil di Shah Alam, semuanya (penduduk) majoriti Melayu. Islam tidak mengajar penganutnya menafikan hak penganut lain."

Beliau juga menasihatkan segelintir individu yang hadir agar berhenti mencemuh inisiatif kerajaan negeri serta penduduk bukan Islam.

"Kuil ini untuk penganut Hindu. Apa salahnya, kita menghormati keagamaan mereka. Allah (dan) Rasul tidak pernah mengajar umat Islam mencemuh (agama lain), apatah lagi menafikan hak penganut agama lain (dalam) mengamalkan kepercayaan mereka," katanya di majlis itu.

Beliau meminta hadirin menghayati potongan ayat al-Quran (108) dari Surah an-An'am yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan."

Sebelum pada itu, perang mulut berlaku antara segelintir yang hadir dengan pegawai-pegawai MBSA yang cuba menenangkan mereka.

Kelihatan segelintir itu mencemuh pemimpin kerajaan negeri; yang didakwa mereka tidak mendengar keluh-kesah penduduk tempatan.

Jamil Mohd Isa, yang juga mengakui bukan ahli Umno di sini, menegaskan bahawa cadangan memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, sebagai menambahkan masalah penduduk tempatan, bukannya menyelesaikan masalah orang-orang Melayu.

Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23 sendiri, Haji Azmir Md Zain.

Image�Woi, kaulah pengkhiana-pengkhianat agama lah!� cemuhnya.

Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayaai dari kenalan rapat Azmir.

Beliau juga mengancam akan membunuh Khalid Samad jika pergi ke kawasannya, Seksyen 23.

Beliau juga menghina dan mencemuh Khalid Ibrahim, MB yang dipilih oleh rakyat Selangor melalui pilihan raya yang sah itu.

K. Raja yang ditemui selepas selesai dialog berkata, "Persatuan Penduduk itu bukan mewakili semua pihak. Persatuan tidak pernah panggil kita (penganut Hindu) berbincang. Bagaimana (mereka) boleh kata itu mewakili (penduduk) Seksyen 23."

ImageDitanya mengapa tidak turut serta dalam dialog itu, beliau berkata, "Dia orang emosional, tidak ada toleransi dan hormat Menteri Besar, Khalid (Samad) dan YB yang lain. Macam mana kita nak berdislog? Ekstrem lah, saya pun tidak pernah jumpa (tindakan) seperti ini."

Ujarnya lagi, dalam dialog, sepatutnya perlu ada sikap memberi pandangan, dan mendengar pandangan. Bukannya, mengeluarkan kata-kata kesat kepada kerajaan negeri.

Beliau juga mencadangkan kuil di Seksyen 19 yang sudah 26 tahun tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, diselesaikan oleh Khalid Ibrahim demi membuktikan kepemimpinan Pakatan rakyat mengamalkan keadilan untuk rakyat tanpa mengira status, kaum dan kepercayaan.

Pegawai Khas kepada Adun Batu 3, Rodziah Ismail, Rozaini Mohd Rosli mendakwa dirinya cuba dikasari dan dicabuli oleh segelintir yang hadir di luar MBSA, sebelum dialog tersebut berlangsung.

"Mereka cuba merampas video cam akak. Mereka kerumuni (mengepong) akak. Mereka takut akak rakam tindakan-tindakan tidak bertamadun mereka. Akak jadi takut, takut diapa-apakan mereka itu," jelasnya lagi.

Seorang respondan berita Harakahdaily 30 Ogos lalu, Suraya Samad (gambar) yang ditemui kemudian melahirkan rasa takut kerana dirinya didakwa talam dua muka.

Beliau menegaskan sekali lagi, kenyataannya sebelum ini bukanlah bertujuan memecah-belah masyarakat, tetapi pandangan peribadinya sahaja.

Beliau mendakwa beberapa kenyataan sebelum ini telah disalah anggap dan membuat beberapa penafian terbabit.

Turut menyertai dailog tersebut, Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Mariah Mahmood selaku pemerhati. ImageBeliau menjelaskan keindahan ajaran Islam yang sebenar, bukannya seperti aksi provokasi sedemikian sebelum ini.

Beliau juga berharap penganut minoriti Hindu bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dibina kuil.

Bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Khalid Ibrahim meminta semua pihak tidak memanjangkan isu tersebut.

Demi kepentingan rakyat tidak kira penganut agama Islam atau Hindu dan sebagainya, beliau menjelaskan bahawa segala kritikan dan cemuhan pagi tadi perlu dilihat secara terbuka; sebenarnya membantu kerajaan negeri untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat kelak.

Harakahdaily turut menemui beberapa peserta yang lantang mencemuh kepemimpinan negeri untuk mendapatkan inti bantahan mereka, tetapi kebanyakannya meminta wartawan bertemu sendiri dengan ketua mereka, Azmir.

Dalam kalangan mereka yang ekstrem juga mengugut wartawan supaya tidak membesar-besarkan isu perarakan kepala lembu yang segar berdarah dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang menempatkan Pejabat Menteri Besar; 28 Ogos lalu.

Bersandarkan beberapa klip youtube sebelum ini, didapati beberapa pemimpin Umno mendalangi aksi ekstrem tersebut.

Bagaimanapun, hadirin yang menyertai dialog hari ini kebanyakannya mendakwa mereka bukan ahli Umno, tetapi penduduk tempatan Seksyen 23.

Dari insiden kepala lembu berdarah sehinggalah perang mulut yang berlaku hari ini merupakan suatu lagi cabaran rakyat Melaysia yang terdiri oleh pelbagai bangsa, agama dan taraf sosial; selepas negara mengecapi kemerdekaan kali ke-52 tahun.

Sumber : Harakahdaily.

Malaysia's Flag

Malaysia's Flag