Thursday, February 10, 2011

Malaysia Tidak Sekuat Mesir.... _revolusi_


Sekarang ni, rakyat mesir sedang bangkit.... Dengar cerita dieorg akan berundur biler si pakcik Mubarak tu letak jawatan. Tp Pakcik Mubarak je letak jawatan tidak memadai, jika lepas ni yg naek 2x5 je same dgn pakcik mubarak...

kita kat Malaysia jangan la risau. Kita kat sini takkan jadi macam kat Mesir... PM Najib boleh relex k... xder ape la, gelombang revolusi tu tak sampai pun kat Malaysia. Jauh tu... Lagi pun, para perisik Israel dah buat kenyatan bahawa rakyat Malaysia tak akan bangkit macam rakyat Mesir... Serius... Org Malaysia takkan bangkit, xkan lawan...

Najib lepas ni, nak naekkan harga minyak seliter 10hinggit pun xper... Cukai naekkan byk2... Rasuah depan2 mata rakyat pun boleh.... Rakyat Malaysia xkan lawan... Takkan gulingkan awak wahai PM Najib... Betul....
Ni jaminan taw...

Sebab apa??? Rakyat Malaysia lemah... Lembik... Longlai... Tak bermaya.... tak caya??? cuba anjurkan demonstarsi, bape org je datang.... rakyat Malaysia 27juta.... Ada setengah juta turun demonstrasi???? Xder beb.... Seratus ribu org pun hanya boleh angan2....
Sebab apa macam tu, rakyat Malaysia lembik.... Takyah cakap org la, aku sendiri sudah... Mana penah turun demonstrasi. Giler ape ke haper nak turun demonstrasi, kang pinjaman aku kena tarik baru padan muka, nanti kena buang dari Uni baru taw langit tu tinggi ke rendah....

Hahahaha..... aku adalah satu contoh rakyat Malaysia yg lembik. Lebih sayangkan pelajaran, sayangkan pinjaman tiap2 bulan masyuuukkk, lebih sayangkan katil dari duk berpanas kat jalan raya...
Jihad angkat senjata???/ Lu gila apa, gua nak turun demonstrasi jalan raya pun dah kecut, ni pulak nak suruh jihad dengan angkat senjata... Mana gua mampu maa... Kalo gua mati nanti, mak aku mesti sedey, bapak aku pun sama... Dah la aku tak kawen lagi... Mana boleh... mana boleh....

Biar la minyak naek, biar la tol naek, biar la ape pun kerajaan nak buat, aku tetap hidup senang... walau tak senang sangat... tp aku dapat lepak2, takde bom2, boleh maen tenet, boleh tgk movie, boleh jalan2 dan macam2... ala, naek seposen je kut, ape la ade hal, gua naek moto, tak rase pun minyak naek... buat apa nak susah2 lawan kerajaan... Biar la dieorg nak rasuah ke, nak maen pompuan ke, nak curik harta rakyat ke, apa aku kesah... tak kaco hidup aku pun... (petikan kata2 dari seorg student Amno yg tegarrrrr)

Gua percaya kalau lah pun kerajaan malaysia ni 10kali ganda zalim dari kerajaan mesir yg nak kena guling ni, rakyat Malaysia tetap tak akan melawan. Kita olang melayu, kena manyak itu tolak ansur maa.. itu kerajaan buat hah, bukan suka2, mesti ada sibab juga, maw jaga negara maa... Mungkin ada segelintir dari kalangan rakyat Malaysia akan bangun, tetapi ianya sangatlah sedikit... tidak sampai pun 5% dari jumlah rakyat Malaysia seluruhannya... Tangkap 20-30 org, bunuh sorang dua, sudah... konfem lepas tu dah xder sape nak bangkit lagi... xder sapa nak lawan lagi.... xder sapa nak tunjuk perasaan lagi...

Rakyat Malaysia tidak sekental rakyat Mesir... Tak sekuat rakyat Iran... Tak senekad rakyat Tunisia... Buat la apa saja pun, Kiteorg takkan lawan... Kiteorg duduk umah je... Seyes, seyes ni.....

Jangan la takut kat kata2 fesbuk yang poyo2 tu... Sanggup mati la demi Islam, sanggup berkorban apa saja demi bangsa la, sanggup syahid demi Allah... Itu suma kata2 manis je... cakap kat mulut senang la... Penah lalui??? Kalo tak penah, jg ckp besar... Sanggup berkorban apa saja konon, seringgit dua pun berkira dengan org mintak sedekah, nak korban apa saja...Cakap mmg la senang beb, nak buat sumpah susah... Lu ingat org yg berani mati kerana Allah ngaji agama ponteng2 ke hah??? Lu ingat senang ke nak didik hati ikhlas kerana Allah??? Boleh ke dapat dengan baca buku agama sekali dua??? xdapat beb... Mak ayah minta tolong sikit pun berkira, ni pulak nak ikhlas dengan Allah...

Kan dah melencong-lencong.... Padan muka aku.... hahahaha
So, korang xyah risau la malaysia akan jadi macam mesir.... Yang ngaji kat mesir pun berpusu-pusu balik Malaysia, ni pulak yg ngaji kat Malaysia je... Ermm...org Malaysia kan... Mana boleh susah2 ni...

K la, cakap banyak2 pun nanti buat kena tangkap masuk ISA je, baek diam... Eh eleh, masuk ISA pun dah takut, lu nak crita jihad demi Allah... Buat org gelak je laa.... Kahkahkah....

Bye~

Tuesday, February 8, 2011

Definasi blog paling berpengaruh... _dontBeGoblog_


Oleh : AdukaTaruna

Gua nak kongsi pendapat dengan lu orang satu perkara yang tak berapa penting sebenarnya. Yakni definasi blog berpengaruh yang tipikal dengan pemahaman kita. Macam biasalah, kemampuan kita untuk menetapkan falsafah, dan menetapkan pembolehubah. Setuju, setujulah. Tak setuju, tak setujulah.

Tadi gua ada baca di Top Ranking Online. Dia memberikan tajuk ranking blog paling berpengaruh untuk carta yang diukur dengan jumlah audien. Di sini, untuk tajuk yang remeh temeh ni, gua berpendapat, Top Ranking Online (TRO), gagal memecah dan mengasingkan pembolehubah2 yang wujud. Popular tidak semestinya berpengaruh.

Pembolehubah yang wujud dalam blog.

1. Blog Kopipes.

Dalam ranking yang diberikan TRO, terdapat banyak blog kopipes yang update dengan kerap secara kopipes dengan agensi berita utama. Ianya sudah pasti menjimatkan sedikit masa, sedikit tenaga dan banyak dalam psikologi pelayar internet untuk membuka setiap laman rasmi berita berasingan yang banyak itu.

Blog jenis kopipes juga boleh bercampur aduk dengan pendapat pemilik blog atau penulis kerap pada blog tersebut. Kita mudahkan begini :

% kopipes : % pendapat.

Gua mendakwa, blog 100% sehingga 40% adalah kopipes adalah blog yang popular yang mungkin sesuai untuk pengiklanan, tetapi berada di luar tajuk pengaruh.

Antara Blog Kopipes yang gua dakwa ialah :

1. Anak Sungai Derhaka
2. Kedah Online

2. Blog Kopipes-seks.

Penjelasan yang sama juga dengan kategori 1 di atas. Tetapi kopipes blog ini lebih kepada berita2 yang memiliki unsur seks. Dari kesemua artikel jenis kopipes yang wujud di blog ini, 5% daripadanya adalah jenis seks, gosip artis, etc; gua anggap tinggi.

Antara Blog Kopipes-seks yang gua anggap ialah :

1. Biaqpila
2. Greenboc

3. Laman Audien.

Laman audien yang gua guna merujuk kepada satu tempat yang dipenuhi oleh orang (audien) atas beberapa sebab tertentu. Namun, keramaian audien yang berada di situ masih belum boleh dipanggil pembolehubah kepada pengaruh.

Contohnya Pasar Besar Siti Khatijah mempunyai audien yang lebih ramai dari audien bilik mesyuarat exco Kelantan. Tetapi, adakah pasar itu boleh diletakkan sebagai berpengaruh? Tidak. Pasar itu lebih popular dari bilik mesyuarat exco. Tetapi bilik mesyuarat itu lebih berpengaruh. Boleh mendesak. Boleh menentu dasar. Boleh menekan dan sebagainya.

Cuma audien adalah satu alat / tempat bagi mereka untuk menyampaikan hujah. Muhammad saw dan cendekiawan2 bermula dengan berkongsi pendapat / hujah di pasar2 (laman audien). Pengaruh itu datang sendiri tanpa perlu dicari, tanpa perlu kopipes-seks.

Antara Laman Audien yang gua listkan ialah :

1. Facebook
2. Laman2 forum seperti Tranungkite

4. Blog Berpengaruh Berjawatan.

Sebenarnya, blogger yang berpengaruh mempunyai kemampuan menekan sesuatu kumpulan. Popular atau tidak hanya dalam kiraan unit kunjungan audien hanya satu bonus. Berjawatan itu sendiri adalah satu pembolehubah terbesar untuk tajuk ini.

Terdapat pelbagai pembolehubah yang menyebabkan unit audien itu tidak menyebelahi Blogger Berpengaruh Berjawatan. Contohnya begini :

Katakan dari 27 juta rakyat Malaysia, 10 juta darinya adalah pengguna internet secara tegar (pengguna internet sikit2, sekali-sekala, kita buang terus). Dari 10 juta pengguna internet, 4 juta darinya adalah peminat politik. 6 juta lagi (terutama pompan) lebih kepada sosial dan gosip-mosip. Kesimpulannya, pembaca politik di internet hanya 4 juta sahaja. Statik.

No 1.   4 juta pembaca politik masuk ke Blog 2 (kopipes-seks) sehari membuatkan rankingnya tinggi.

No 2.   4 juta pembaca yang sama masuk ke Blog 3 (blog berpengaruh berjawatan) seminggu membuatkan rankingnya di bawah.

*Pembolehubah kepada No 1 dan No 2 adalah kadar update.

Apa yang kita dapat lihat? Blog 1 lebih popular dari Blog 3. Tetapi siapakah yang lebih mempengaruhi 4 juta pembaca yang sama? Popular tidak semestinya pengaruh. Inilah ilmu pembolehubah yang gua dakwa genetik Melayu terutama anak2 Melayu yang menjadi ulama kemudiannya tidak pernah tahu dan tidak pernah mampu untuk menguasainya.

Off topik.

Mengapa gua mengatakan anak2 Melayu yang menjadi ulama kemudiannya?

1. Dengan pembolehubah pendidikan ibu ayah yang ketat, anak2 Melayu jenis yang lembab, lurus, penakut, selalu dibuli, terpaksa belajar lebih keras untuk bersaing dengan anak2 cerdik, majoritinya menjadi ulama, akauntan, chef, seni mekap.

2. Dengan pembolehubah pendidikan ibu ayah yang ketat, anak2 Melayu yang biadap, berani, cerdik, majoriti pergi ke bidang sains.

3. Dengan pembolehubah pendidikan ibu ayah yang macam celaka, buat anak pandai, tapi didik tak pandai, anak2 Melayu jenis yang lembab, lurus, penakut, selalu dibuli, majoritinya menjadi bapok, pelacur, gro, penagih dadah kategori mangsa, miskin tegar sejak keturunan tanpa berjaya bangkit, etc.

4. Dengan pembolehubah pendidikan ibu ayah yang macam celaka, buat anak pandai, tapi didik tak pandai, anak2 Melayu yang biadap, berani, cerdik, majoritinya menjadi samseng, pemimpin kuku besi, pemimpin penggadai harta rakyat, penagih dadah kategori pemangsa, penyeludup, bapa ayam, etc.

On topik.

Antara Blog Berpengaruh Berjawatan yang gua dakwa ialah :

1. Chedet
2. Chegubard
3. Cina Islam

5. Blog Berpengaruh Tulen.

Ini adalah blog berpengaruh sebenar. Yang memiliki pengaruh berdasarkan kekuatan pendapat, kekuatan pengalaman, kekuatan hubungan dan sebagainya.

1. Tukar Tiub

Tukar Tiub adalah seseorang yang menulis tanpa jawatan. Mempunyai ramai pengikut yang juga memiliki blog (media). Mendapat bonus sebagai blog popular untuk setiap audien per hari. Menentang Tukar Tiub bermakna terpaksa menentang audiennya dan menentang media (blog dan facebook) yang mengikutinya.

2. Penarik Beca

Pak Bakaq adalah seorang yang hidup tanpa gaji melalui jubah ulama. Mempunyai pengikut. Memiliki sidang usrah sendiri. Mempunyai jaringan hubungan yang terbentuk lama. Kekerapan updatenya yang agak terganggu akibat kekangan wang dan masa dan peristiwa kebelakangan ini menyebabkan rankingnya jatuh.

3. MSK

Mat Saman Kati adalah blogger PKR yang selalu dilihat melawan pendapat termasuk dari Anwar sendiri. Walau rankingnya agak tidak stabil, tetapi dia adalah blogger atau penulis yang berpengaruh. Gua ingat Sam pun tak berani bertentang mata dengan MSK.

MSK dan team adalah tulang belakang dalam menghidupkan budaya debat berzakar dalam pemilihan pemuda. Gua tak fikir mana2 pemuda parti lain berani duduk dalam budaya ini, termasuk dari PAS. Sebab itu gua guna istilah debat berzakar.

4. MSO

MSO adalah blogger yang memiliki hubungan dengan elit2 politik. Mempunyai pengikut tanpa jawatan, dan tanpa logo parti. Memiliki media bukan internet (SIASAH).

5. Parpu Kari

Parpu Kari juga adalah blogger yang mempunyai pengaruh tersendiri. Oleh kerana pembolehubahnya ialah bantuan kewangan dari UMNO yang dipercayai team Mahathir, maka, gua letakkan dia di ketulenan no 5 (jika ada contoh lagi, maybe ketulenan Parpu Kari lebih jatuh).

6. Mod Salah Guna Kuasa.

Mujurlah seorang moderator laman audien (forum TKO) tidak dipanggil blogger. Untuk tajuk terakhir ini, gua merakamkan sejarah uma. Mod TKO yang dipecat (melalui rombakan). Ketika dulu, sebelum gelombang lawan Hadi besar sebegini, uma telah menyalahgunakan kuasa sebagai mod dengan melihat IP2 forumers wanita yang berada di luar negara. IP Malaysia dia tak layan. Niamakahai!

Pendekkan cerita, uma ayat satu awek ber IP Ireland. Dan terus meminang. Mujur tak guna hujah mimpi pemimpin Ikhwan Muslimin menyuruh saya meminang anak Presiden PAS bapak mertuanya. Kini dah ada sekor uma Jr. Ketika dia salahguna kuasa, dia tidak dipecat. Tapi sebab dia lawan Hadi (sebab 60% dipecat) dan sebab dia team plak dengan gua (sebab 40% dipecat), maka, kini dia pun dipecat.

Wallahualam

Penafsiran Asal : Aduka Hilang Sudah Teruna

Sunday, February 6, 2011

Paris Hilton Masuk PAS... _luKenaTipu_

Laporan khas Juber

You allz pasti ada mendengar berita gempar semalam yang Paris Hilton sudah memeluk, mendakap dan merangkul ugama Islam semalam. Puteri Sextape US dan wanita yang pernah diundi sebagai selebriti paling jelek ini dilaporkan menukar ugama kerana inginkan anjakan paradigma didalam hidupnya. Beliau sudah bosan pakai baju 3 suku bogel dan menjadi bahan ketawa blog gossip. Juber sempat mendapatkan temubual ekslusif bersama dengan saudari baru ini melalui temubual FACETIME. Apa you allz ingat Juber jual bontot beli iPhone 4 lepas tu tak nak guna Facetime kewww? Nak menunjuk ada iPhone jewww kewwwww. Ahaks

Juber - Assalamualaikum Paris, apa khabar dan selamat masuk Islam
Paris Hilton - Waalaikum Salem ...... terima kasih kerana sudi menemuramah saya

J - Salam lah bukan SALEM. Bodoh punya betina!
PH - Oh ya kah? Maafkan saya. Masih belum biasa. Selalunya kalau orang menegur saya balas dengan "That's hot". Kini tak boleh lagi.

J - Dah masuk Islam ini tak tukar nama kah Cik Hilton?
PH - Dah ada perancangan nak menukar. Saya ada beberapa nama dalam senarai pendek. Antaranya Dubai Jumairah Abdullah. Saya pilih nama Dubai kerana ianya sama taraf dengan Paris dan Palm Jumairah ialah hotel 7 bintang yang lebih classy dari Hotel Hilton milik keluarga saya sendiri.

J - Kalau macam tu boleh saya bagi beberapa idea nama yang lebih sedap?
PH - Silakan saya sedia terima tunjuk ajar

J - Saya rasa nama Rusila Rasa Sayang lebih sedap kerana Rusila kubu kuat PAS dan PAS itu sangat Islamik di negara saya. Rasa Sayang pula ialah nama Hotel yang best di Malaysia. ianya juga classy macam Hilton.
PH - Eh sedap juga nama you bagi tu. Nanti saya ke Jabatan Kemajuan Islam California untuk daftarkan nama itu. Memang lagi sedap dari pilihan asal saya Dubai Jumairah

J - So cik Paris, kenapa nekad masuk Islam. Bukankah di US agama Islam kini ditentang habis-habisan
PH - Saya masuk Islam kerana saya nampak ada potensi lebih besar untuk kembangkan brand name saya

J - Eh masuk Islam untuk kembangkan brand name bukan kerana kesucian agama?
PH - Oh kamu tak tahu ke? Di negara Barat SEMUA ORANG dah muak dan mual dengan perangai show off saya. Brand Paris Hilton saya sudah tercemar. Tiada investor baru sudi menyelamatkan bisnes saya yang dah macam Titanic. The only way untuk selamatkan harta saya ialah dengan rebranding dan reinvent diri saya selagi masih laku

J - Saya.. saya tak paham. Sila terangkan
PH - Beberapa bulan yang lalu perunding imej saya ada bercerita tentang Gelombang Maher Zain. Dia cakap orang Islam sekarang suka artis dan celeb yang Islamik. Saya buat kajian dan dapati market untuk pengeksploitasian imej berimej Islam ini masih terbuka luas. Setakat ini tak ada artis wanita benar-benar Islamik dan saya mahu gunakan peluang ini untuk membuat duit sebanyak mungkin dengan mengeksploitasikan kenaifan orang Islam. Terutamanya sekali orang Malaysia.

J - Eh itu negara saya. Kenapa awak cakap macam tu pasal negara saya. Tak baik noksssss
PH - Ini fakta. Saya hanya perlu cakap dalam bahasa melayu dua tiga patah kemudian cakap "saya sayang Malaysia" dan terus berpusu-pusulah orang Malaysia yang akan meminati saya. Lagipun tahun lepas bila saya kensel lawatan saya ke KL ramai teman TWITTER yang terkilan. Kali ini kalau saya ke KL sebagai saudari baru mesti lagi ramai yang sudi menyambut.


J - Ok ok.. fine. Mari tukar topik. Bagaiman dengan fesyen? Bolehkah cik Paris biasakan diri dengan imej muslimah?
PH - Tiada masalah. Saya lihat di Malaysia sekarang golongan muda taksub dengan imej HIJABSTER yang dipopularkan Yuna. Walaupun bertudung litup dia sangat fashionable. Saya juga perasan ada fesyen tudung Datuk Siti Nurhaliza. Kalau saya rimas bertudung litup saya pakai sahaja fesyen tudung hair net makcik kafeteria yang dipopularkan beliau. Kalau Juber nak tahu tukang masak saya Carla Espinoza sejak kecik lagi dah pakai fesyen macam Cik Siti awak. This is nothing new to me dan sebagai seorang fashionista berpangkat billionwati ianya bukan masalah besar.

J - Apa lagi pelan perancagang Cik Paris selepas ini
PH - Selain menyelamatkan brand name saya, saya rasa macam nak rakamkan album sekali lagi. Album saya yang dahulu dapat double platinum. Seperti yang saya katakan tadi orang Islam perlukan Maher Zain versi wanita. Di Malaysia saya difahamkan Waheeda Wassini dah pencen. Masanya sangat sesuai untuk saya merakan album nashit saya sendiri.

J - Akhir sekali adakah Cik Paris nak tinggalkan pesanan kepada pembaca Harian Metroll di Malaysia?
PH - Ye.. sila buka minda anda dan jangan mudah percaya dengan berita internet, Just because it is on the internet it is not automatically true you know. Oh dan sila padam video lucah saya. Tak elok simpan video saudari seaagama yang macam itu. Sekian. Shalom Aleichem

J-
Yagjemesh!

p/s : in case anda bebal. Berita Pris Hilton masuk Islam adalah palsu dan dilaporkan pada akhbar parodi online The Daily Squib. Kenapa la melayu ni bebal percaya mudah bebonar


sumber: blogserius

Monday, January 17, 2011

Nasib Tokoh2 Suci Di Tangan Ulama _bookReview_


Perh.... dah aku tak apdet blog aku ni.... terima kasih yg slalu jenguk2 blog aku ni... Walaupun korg tak ramai yg tengok blog aku ni, tp kerana korg lah aku bermotivasi nak tulis blog...hahahahaha

ni buku yg baru aku beli n baca....
aku beli buku ni kat pasar malam jumaat lepas.. Macam best je....
buku ni menceritakan para tokoh-tokoh suci yg dianiaya oleh segolongan ulama yg berfikiran sempit, mengejar harta dan giler glamer...
Antara tokoh2 ulama yg telah menghadapi kehidupan yg susah serta ada yg menemui syahid adalah seperti Imam Hussain a.s. cucunda kesayang Rasulullah, Imam Abu Hanifah pengasas mazhab Hanafi, Imam Malik pengasas mazhab Maliki, Imam Syafie pengasas mazhab Syafie, Imam Bukhari pengumpul hadis2 Sahih, Imam Ahmad pengasas mazhab Hambali, Imam Al Ghazali pengarang kitab Usuluddin, Sayyid Abdul Qadir Jailani ulama bertaraf wali, Ibnu Taimiyyah dan ratusan lagi tokoh2 ulama yg pernah menjadi mangsa kezaliman ulama dan pemerintah dizaman mereka.

Ulama2 ini telah difitnah sesat dan murtad oleh segolongan ulama yg tidak sehaluan dgn mereka... Ulama2 ini telah memfitnah dengan dahsyat oleh kerana cemburu dengan pengaruh besar oleh tokoh2 suci tersebut...

Buku ini banyak memberikan pengajaran bagaimana dengan kuasa dan harta ulama2 yg berniat jahat dapat melakukan sesuka hati mereka...

"Akan datang, suatu zaman pada manusia dimana tidak ada lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya dan dari alQuran yang tinggal hanya tulisannya. Masjid-masjid makmur tapi kosong dari petunjuk. Ulamanya akan menjadi wujud paling buruk dibawah kolong langit. Kekacauan fitnah akan keluar dari mereka tapi akhirnya kembali kepada mereka juga" (Baihaqi)

Maka tidah hairan lah pada hari ini seseorang yang biasa dan bukan bertaraf ulama suka2 menjatuhkan sesat dan kafir pada mereka yg tak sehaluan dengan mereka...

Selagi seseorang tu mengucap Syahadah, haram kita mengelarkannya kafir... Tak kira la dieorg tak sama mazhab dengan kita ke, tak sama parti dengan kita ke, tak sama puak dengan kita ke, kita tak boleh gelar mereka kafir... nak cop2 orang kafir ni bukan benda main2, sbb bila kita cakap kat org kafir, kafir tu akan berbalik pada kita... ni Rasulullah sebut. Nak dalil, bukan taraf2 aku nak cerita dalil2 ni siap dengan rawi2 nya sekali....

k lah, just kongsi2 je pasal buku diatas... sekarang dah start blaja, nak baca buku2 yg bukan dalam tajuk electric ni susah skit... hehehehe

Thursday, December 30, 2010

Palestin Pada Jaman Dahulu Kala.. _xdeKaler_

 

Khazanah yg mesti disimpan....
sumber: ABNA

Persiapan 10 Muharam _Qom_

 

sumber: ABNA

Wednesday, December 15, 2010

Setiap Hari Adalah Asyura, Setiap tempat adalah Karbala..... _10Muharam_


10 Muharam
Juga dikenali sebagai hari Asyura
Hari yang penuh dengan kesedihan
Hari yang penuh dengan ratapan
Hari yang penuh dengan tangisan

10 Muharam
Terjadinya sebuah kisah yang sedih
Terjadinya sebuah kisah yang pedih
Terjadinya sebuah kisah yang pilu
Bagi mereka yang tahu erti kasih

10 Muharam
Engkau bermandian darah
Darah para ahlul bait
Darah para pencinta ahlul bait
Darah para pembenci kezaliman
Darah para pencinta keadilan

Ya Imam Husain
Engkau adalah cucu Al-Mustafa'
Engkau adalah anak Al-Murtadha
Engkau adalah anak Az-Zahraa
Engkau adalah manusia yang suci

Ya Imam Husain
Mati bagi mu adalah baik
Dari hina dihadapan pemerintah zalim

Ya Imam Husain
Engkau telah dizalimi
Engkau telah dinafikan hak
Engkau telah ditindas
Namun kami tidak berbuat apa-apa

Ya Imam Husain
Bagaimanakah kami mahu berhadapan dengan datukmu
bila ketika mana diri mu kesusahan
kami hanya berdiam diri

Ya Imam Husain
Pada hari ini
Hari 10Muharam
Masyarakat kami bergembira
Membuat bubur Asyura
Tanpa terfikir sedikit pun
derita mu pada hari yang sama pada tahun berbeda

Ya Imam Husain
Umat semacam apakah kami ini
Bila ketika hari pembunuhanmu
Kami tidak sedikit pun memperingati mu
memperingati perjuangan mu
memperingati kesyahidan mu
Umat semacam apakah kami ini Ya Imam Husain

Ya Imam Husain
Pada awal tahun 61hijrah yang lalu
Engkau melalui detik-detik yang sukar
Pasukan mu di kepung oleh musuh-musuh Allah dan Datukmu
Pasukan mu dilarang mengunakan air sungai selama beberapa hari
Sehingga seluruh pasukan mu kehausan
Anak-anak kecil menangis tidak tahan
Namun begitu, ia tidak mematahkan iman mu
Walau sesukar mana pejalanan mu
Tidak engkau sesekali tunduk pada orang yang zalim

Ya Imam Husain
Ketika pasukan mu diasak musuh
Musuh yang juga mengakui beriman pada Allah dan Datukmu
Namun mereka tidak ada sedikitpun perikemanusian
Tidak ada belas kasihan pada mu dan seluruh ahli keluargamu
Meratah-ratah daging saudara-saudaramu dan pengikut-pengikutmu
Oleh kerana mata hatinya ditutup oleh janji-janji sang penguasa

Malaysia's Flag

Malaysia's Flag