Saturday, October 16, 2010

Syg, abang minta izin nikah satu lagi boleh??? _cerPen_

 
 
"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.


Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.


"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.


"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.


Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.


"Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.


"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. 

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. 

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," 

Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Pada masa itu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.


Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.


Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. 

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."


Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.


--------------------------------------------------------------

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.






Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang.....

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung...hmmm.. Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abang...

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai...air tangan Aliyah.


Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd Hazery....







-------------------------------------------------------

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya.............^_^

Sunday, August 29, 2010

SAQIFAH Awal Perselisihan Ummah.... _shi'aView_

Sunnah dan Syiah...
Dua kelompok mazhab yang besar didunia Islam
Bagaimana dua kelompok Muslim ini mula berpecah
Bila ia mula berselisih
Dimana permulaan perselisihan ini
Siapakah yang terlibat dalam peselisihan ini
Adakah para sahabat Rasulullah
Atau keluarga Rasulullah
Yang memulakan perselisihan ini


Siapakah yang sebenar-benar layak menduduki jawatan Khalifah selepas Rasulullah wafat
Bagaimanakah perlantikan Khalifah pertama dan seterusnya dibuat
Melalui nas-nas Al-Quran dan As-Sunnah Nabi
Atau
Melalui syura....
Jika perlantikan khalifah tidak mengikut nas
Adakah melalui syura perlantikan itu sah
Adakah anggota2 syura yang terlibat dalam perlantikkan mencukupi

Siapa anggota syura yang terlibat dalam perlantikan tersebut
Siapa pula antara sahabat yang tidak terlibat dalam perlantikan tersebut
Bila perlantikan jawatan Khalifah terjadi
Adakah semasa sebahagian kecil sahabat dan ahli keluarga Rasulullah sibuk menguruskan jenazah Rasulullah
Dimana hak mereka yang terlibat dalam pengurusan jenazah Rasulullah didalam perlantikan khalifah

Mengapa perlantikan khalifah dibuat secara tergesa-gesa
Sebelum jenazah Rasulullah dikebumikan

Mengapa permintaan kertas dan kalam oleh Rasulullah tidak dipenuhi semasa Rasulullah sakit
Adakah ada pihak takut Rasulullah menamakan pewaris baginda

Dimana keutamaan keluarga Nabi (AhlulBait) didalam pemilihan jawatan khalifah
Siapa yang lebih utama dalam pandangan Nabi
Siapa yang menaikkan kemarahan Fatimah puteri kesayangan Rasulullah
Dan siapa yang lebih layak memimpin umat Islam selepas Rasulullah

p/s: buku ini akan merungkai setiap perseolan yang menjadi tanda tanya setiap muslim yang hairan mengapakah Islam yang dibawa oleh Rasulullah terpecah menjadi pelbagai cabang. Ada cabang Sunni, cabang Syiah, cabang Khawarij, cabang Muktazilah dan laen2 cabang lagi. Mengapa adanya pelbagai cabang dan mazhab dalam Islam??? Mengapa tidak mengikut Islam yang dibaw oleh Rasulullah sahaja...
Buku ini juga merungkai bagaimana permainan politik untuk mendapatkan kuasa dan kekhalifan. Perancangan2 yang rapi untuk menjatuhkan keluarga Rasulullah dan juga penafian hak keluarga Rasulullah.
Mungkin ada yang mengatakan buku ini dikarang oleh seseorang yang pro kepada mazhab syiah. Tetapi buku ini dikarang bersumberkan Al-Quran dan Hadis Nabi, dan hadis2 Nabi yang diambil bersumberkan dari kitab2 ulama2 sunnah seperti Bukhari, Muslim, Ibn Katsir dan laen2 serta buku ini juga bersandarkan dari kitab2 sirah seperti Baladzuri, Thabari dan lain2....
Buku ini mungkin dapat memecahkan fikiran yang selama ini hanya dijamu oleh ilmu2 yang disediakan oleh sebelah pihak sahaja.

Wednesday, July 7, 2010

Aku Hairan Biler......... _mossadSecret_

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 2 hingga 4 minggu.

2. Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalanraya supaya berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin meningkat.

3. Bila kerajaan menetapkan had laju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi had laju tersebut sehingga dua kali ganda.

4. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bila masa berurusan dengan orang ramai.

5. Bilamana harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan menaikkan harga tepung 10sen sekilo.

6. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.

7. Bilamasa sesuatu skandal didalam Jabatan kerajaan hanya diketahui setelah bertahun-tahun lamanya.

8. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.

9. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.

10. Bilamana mengenangkan ada orang yang boleh berjanji pada kita untuk hadir pada sekian-sekian masa, dia akan menjelma sejam kemudian, setiap kali.

11. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa DALAM PROSES!

12. Bilamasa kita nak ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan integrasi, kita kena pakai passport, tetapi tidak bagi orang Sabah dan Sarawak pulak bila datang ke Semenanjung.

13. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!

14. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayaran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5sen balik tanpa faedah!.

15. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!

16. Bila setiap kali pasukan sukan negara kita tewas dalam sesuatu pertandingan, kita akan segera membuat post-mortem, tanpa membuat post-mortem ke atas pegawai2 yang membuat post-mortem tu sendiri, sebab dia tak pernah tahu punca kegagalan kita.

17. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan di bandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu, mungkin takut kena rompak tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak juga?

18. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah di atas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?

19. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer.

20. Bilamasa telah berkali-kali pegulas sukan kita telah di tegur caranya yang penuh sentimen bila mengulas sesuatu acara sukan, tapi makin menjadi-jadi pulak mengada-ngadanya.

21. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang secukupnya bila berurusan dengan mereka.

22. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah di merata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.

23. Bilamasa skuad hoki negara kita sangat berpuas hati hanya dengan peningkatan permainan mereka walaupun tewas sedangkan pasukan lain berkejar-kejaran dan bermati-matian untuk mendapatkan pingat.

24. Bila FAM kita berhempas pulas untuk menaikkan nama pasukan bolasepak negara dengan menukar - nukar pemain dan jurulatih sedangkan masih mengekalkan pucuk pimpinan yang lama.

25. Bila kita kenangkan bahawa kejadian UFO hanya berlaku di Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang lain sahaja.

26. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.

26. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.

27. Apabila kita mempunyai modem yang terpantas dan membayar caj sambungan 2.5 sen seminit untuk internet, tetapi menunggu berjam-jam hanya untuk melihat gambar terbaru Siti Norhaliza keluar sikit demi sikit diskrin monitor.

28. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.

29. Bila melihat sesetengah pemandu yang tak tahu untuk menggunakan lampu isyarat apabila hendak membelok.

30. Bilamasa sesuatu traffic jam terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.

31. Bilamasa sesuatu traffic jam terjadi hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat motorsikal penjual roti terbalik ditepi jalan atau melihat siputbabi melintas jalan.

32. Bila kita tengok orang boleh bercinta didalam internet walau sekali pun belum pernah berjumpa.

33. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.

34. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab gmamat@yahoo.com,my.

35. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesional boleh mendapat hingga RM10,000 sebulan bermain bola macam budak sekolah, sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan.

36. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan masih ditakuk lama.

37. Apabila Jabatan Hasil Dalam Negeri memberi jaminan bahawa semua potongan lebihan akan dikembalikan kepada pembayar cukai, tetapi bila pembayar cukai memohon pengembalian, tiada jawapan langsung diterima dan lebihan tersebut diakrukan kedalam tafsiran tahun berikutnya.

38. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.

39. Bilamana budak-budak zaman sekarang sampai tak makan dan tak minum dok chatting dalam internet sedangkan bila suruh baca buku, terus terlena.

40. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.

41. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah out-of-date selepas sebulan dan kita pun masih belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.

42. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.

43. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.

44.Bilamana kenaikan pangkat didalam Jabatan Kerajaan bermakna tanggungjawab bertambah 4 kali ganda dan gaji dinaikkan setakuk dari dulu, sebab itu mereka susah nak senyum.

45. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.

46. Bila kita membeli TV 29 tetapi hanya dapat menonton 20 sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.

47. Bilamasa orang-orang yang menganggap dirinya intelektual serta berpengetahuan IT meletakkan sedutan-sedutan biadab serta ayat-ayat lucah didalam Guestbook sesuatu laman web.

48. Bila orang boleh bermadu kasih serta bersumpah setia hanya dengan berkenalan didalam chat room.

49. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di California, USA.

50. Bilamasa kawan kita banyak ide dan pandai bercakap, bila terima tekanan kerja terus mengamuk.    

DICIPLAK DARI : IkutSuka Aku

Saturday, July 3, 2010

Dayus.... Siapa dan apa ciri2 nya _pondanTulLa_


Dayus... ape mende nie??? Lelaki dayus... Siapa??? Lu?? Gua??? Gila kah???
Sapa maw jadi lelaki dayus??? Aku taknak... Lelaki dayus xmasuk neraka abah aku cakap.. Tp mcm mana nak taw kita nie dah terdayus atau tak sengaja menjadi dayus???? Nie aku baru dapat info nak kongsi kat korang ciri2 lelaki dayus... Sebelum nie aku taw sebahgian je dari ciri2 nie, nak tulis pun tak reti nak susun...
Korang baca, hayati dan fahami siapakah digelar lelaki dayus... Adakah korang??? Atau korang lah menjadi penyebab menjadikan lelaki2 sekeliling korang menjadi dayus... Layan~

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat. ... See more

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Monday, June 28, 2010

Star2 Yg Beragama Islam _fifa2010_













Pemain Bolasepak dunia tersohor yang beragama Islam
Ternyata terdapat ramai pemain-pemain top liga-liga bolasepak Eropah yang beragama Islam. Nicolas Anelka pemain yg sering diperhatikan oleh saya juga telah menjadi seorang Islam ketika dia merumput di Fenerbahce Turki.
Begitu juga dengan Zlatan Ibrahimovic. Salah satu pemain dengan skill individu yang baik . Bintang paling bersinar di LA Liga ini memang lahir dari keluarga muslim. Dia lahir dan besar di Malmo, kota terbesar ke tiga di Sweden dan tempat komuniti muslim paling besar di negeri itu. Ibra adalah imigran di Sweden dari ayah yang asli Bosnia dan Ibu keturunan Croatia.
Mudah-mudahan pemain hebat islam ini mengamalkan ajaran Islam dengan baik dan memegang prinsip-prinsip Islam dengan baik juga. Pemain-pemain hebat lain seperti:
  • Stephen Appiah, pening di awal kariernya di Itali karena susah menemukan makanan yang halal.
  • Frederic Kanoute sempat menolak memakai lambang kelab yang ditaja oleh syarikat judi bahkan hingga lambing tersebut terpaksa ditutup. Akhirnya beliau mengalah setelah berkonsultasi dengan penasihat agamanya dia melunak. Karana penaja kelabnya menjanjikan bahawa sebagian keuntungan digunakan untuk bantuan kepada masyarakat.
  • Rami Shaaban mengaku hidup dengan panduan Al Quran. Penjaga gol pasukan Sweden ini senantiasa melafazkan beberapa ayat Quran sebelum bermain.
  • Kolo Toure merasa sebagai seorang muslim dia harus menghormati orang lain. Kehebatan dirinya selalu disebutnya berkat doanya kepada Allah.
  • Frank Ribery mengakui bahwa Islam adalah sumber kekuatannnya di dalam dan di luar lapangan. Terutama ketika ia mengalami masalah sukar dalam kariernya dan ia menemukan Islam yang memberi kedamaian.
Berikut ini adalah senarai pemain muslim:
  • Zinedine Yazid Zidane –Sudah bersara
  • Kolo Habib Touré (Arsenal )
  • Yaya Toure (& Barcelona)
  • Robin Van Persie (Arsenal)
  • Nicholas anelka (Chelsea) dengan nama Muslim Abdul-Salam Bilal.
  • Mohammed “Momo” Sissoko (Juventus)
  • Ahmed Mido Hossam (Boro)
  • Hossam Ghaly (Totteham Hotspurs)
  • Franck “Bilal” Riberry (Bayern Munich)
  • Hamit Antiltop (Bayern Munich)
  • Halil Antiltop (Shalke 04)
  • Frederik Kanoute (Sevilla)
  • Mahamaddou Diarra (Real Madrid)
  • Eric Abidal (Barcelona)
  • Nuri Sahin (Feyenoord Rotterdam)
  • Sulley Ali Muntari (Pompey)
  • Zlatan Ibrahimovic (Inter)
  • Hassan “Brazzo” Salihamidzic (Juventus)
  • Khalid Boulahrouz (Sevilla)
  • Salomon Kalou (Chelsea)
  • El-Hadji Diouf (Bolton)
  • Diomanssy Kamara (Fulham)
  • Mohammed Kallon (Al-Ittihad . Inter & Monaco)
copy from: aku pejuang kecil

Friday, June 18, 2010

Kisah Ayah dan Keluarganya.... _kisahBenar_

Pada suatu hari, seorang ayah memanggil isteri dan tiga orang anak-anaknya berkumpul dan menceritakan masalah kewangan keluarga yang melanda keluarga mereka.

Ayah: Anak-anak sekalian, mulai esok ayah terpaksa memotong duit belanja sekolah harian kamu, keadaan ekonomi sekarang teruk jadi kita harus berjimat cermat kerana jika tidak
ayah mungkin tak boleh nak bayar duit ansuran rumah dan kereta, keluarga kita akan jatuh bankrap. Rumah dan kereta kita akan ditarik oleh bank jika ayah tidak melakukan "tindakan tidak popular ini".
Anak bongsu: Ok ayah, rumah kita besar... cantik... tak nak pindah rumah flat dulu, kereta import yang ayah baru beli tu pun sayang jugak tapi sempit sikit la dari wira lama ayah dulu tapi ayah cakap kan biar sempit asal ada gaya.

Anak no 2: Tapi minggu lepas ayah baru beli set golf baru, camna lak kami kena jimat tapi ayah tak payah?

Ayah: Ayah kan main golf untuk bisnes jadi kenalah pastikan ayah "up to date" dengan peralatan baru, barulah ayah boleh setaraf dangan kenalan bisnes ayah.
Anak sulong: Tapi Ah Kau cakap ayah selalu kalah dengan ayahnya masa main golf, pastu kalah ribu-ribu ringgit pulak tu, dia dengar ayah dia kata ayah bukannya pandai main, tukar set golf pun sama je,mengapa ayah bertaruh dipadang golf? Bukankah itu judi?

Ayah: Hish, banyak soallah kamu ni....!
Si ayah naik berang dengan kata-kata dari anak sulong yang sudah matang dan boleh berfikir.

Ayah: Kamu budak mana tau hal orang dewasa, ayah bertaruh tu dah jadi "trend" golfer masa kini, baru lah ada semangat nak main. Dah jangan banyak cakap. Milah... esok potong duit sekolah budak ni separuh.

Isteri: Abang, takkanlah sampai begitu sekali, kalau teruk sangat bisnes abang tu eloklah kita pindah balik rumah flat lama kita, lagi pun rumah tu dah habis bayar, ni kita berhutang balik dengan bank, saya terbaca didalam internet bila pinjam dengan bank ni kita jadi hamba bank, mungkin elok abang jual rumah dua tingkat kita ni je.

Suami: Ish, jangan keliru dengan apa orang kata dalam internet tu, kan kita guna pembiayaan islamik, mana pulak jadi hamba, kita setuju dengan harga jualan. Dah jangan banyak soal.

Kisah diatas mungkin suatu yang agak bodoh dan terlampau untuk diberikan contoh akan tetapi itulah lebih kurang gambarannya keadaan negara kita sekarang ini yang mana kesenangan sedikit yang dinikmati oleh rakyat akan ditarik balik dengan ugutan negara akan jatuh bankrap. Adakah itu suatu yang logik? Cuba tukarkan watak dan situasi diatas dengan situasi negara kita sekarang.

Ayah = kerajaan
Anak-anak dan isteri = rakyat dan pembangkang
Set golf = projek mewah
Bertaruh dipadang golf = pemerintahan yang korup
Pinjaman rumah/kereta = Hutang luar negara dari bank dunia, bank jepun dan sebagainya untuk menjalankan projek mewah
Pada skala kecil, inilah keadaan keluarga dengan ayah yang tidak bertanggungjawab, pada skala besar pula inilah sikap pemimpin yang mementingkan diri sediri dan juga kroni, mengenepikan kepentingan rakyat jelata walaupun acapkali mereka mendabik dada sebagai pimpinan berjiwa rakyat. Agak hairan juga mengapa pengumuman ini dilakukan oleh "machai" kepada "ayah" dan bukannya "ayah" sendiri. Ohh... "ayah" pemimpin berjiwa rakyat jadi tak boleh berbuat demikian, nanti tak popular pulak.

Saya berpeluang kembali ketanah air dua minggu lepas kerana tugas dan semasa menginap di hotel, akhbar The Star telah di sediakan untuk saya di bilik. Amat terkejut apabila membaca berita muka depan bagaimana rakyat diugut oleh kerajaan bahawa negara akan bankrap jika tindakan tidak popular iaitu pemberian subsidi terpaksa di berhentikan secara berperingkat-peringkat.

Alasannya adalah kerana negara menanggung hutang yang banyak disebabkan pemberian subsidi jadi jika subsidi tidak diberhentikan maka negara akan bankrap.

Timbul persoalan di minda saya, angkara siapakah yang menyebabkan lebihan hutang ini terjadi jika bukan tindakan mereka sendiri iaitu pemimpin negara yang memerintah? Jika mereka memimpin menggunakan akal berdasarkan hukum Allah dan bukan menggunakan nafsu iaitu meminjam dari negara luar (yang pastinya berlandaskan riba') dan kemudiannya berjoli sakan dengan projek mewah, maka perkara ini tidak akan terjadi dan rakyat masih boleh menikmati kesenangan tempias dari hasil negara seperti minyak dan eskport utama yang lain seperti kelapa sawit.

Inilah balasannya apabila kita mengingkari larangan Allah terhadap riba'. Riba' bukan hanya rakyat meminjam dari bank, kerajaan meminjam dari bank luar baik barat atau jepun, semua itu berlandaskan riba'.

Akan tetapi disebabkan pemimpin kita lebih mengutamakan kemajuan yang nampak iaitu bangunan tinggi pencakar langit dan sebagainya sedangkan kemajuan yang didalam iaitu iman makin tenggelam, maka kebinasaan lah nampak gayanya jalan yang sedang ditujui, baik binasa moral, sosial mahupun binasa ekonomi.

Friday, May 28, 2010

BanglaDesh VS MalayDesh.... _judiBola_

VS

Kali nie aku nak crite pasal negara luar vs negara aku sendiri... Aku nak buat perbandingan antara Malaysia dgn Bangladesh... Sebab ape??? Sebab aku ade taw serba sedikit pasal negara Bangla nie dari mamat2 bangla kat tempat kerja aku...

Bukannya ape, setelah 3minggu aku kerja kat satu kilang kat ijok nie, aku ade kenal dgn mat2 bangla jew.. itu pun time minggu ketiga aku kerja sbb minggu tue aku kerja shift malam, bos takder, mamat2 bangla nie happy giler...

Ntah apsal, dah 3minggu aku kerja, sorang mamat Melayu pun aku xleh nak ajak sembang.. Bukan ape, dieorg nie cam sombong semacam je dgn bdk baru macam aku nie... Aku pun tak faham... Aku tegur bleh bwt bodo jew... Panas hati ade gak beb... Sombong giler superisor2 Melayu kat kilang nie... Supervisor Myanmar dgn Bangla gak bagus, ade tegur2 aku, ade angkat tangan balik kat aku... Sorang nama Ali, sorang nama TNO...

Nie yang aku nak buat perbandingan org Malaysia dgn orang luar... Aku xnak bandingkan dgn myanmar, sbb myanmar nie agak sombong+pendiam dgn org2 asing dari dieorg... Bangla aku rase lagi bagus dari supervisor2 melayu yg sama shift dgn aku kat kilang tue... Mana hilang sopan santun, ramah mesra orang melayu??? tue suma omongan kosong jew...

Td, aku ade sembang dgn 2org bangla nie, sorg name Khausar sorg nama Mittu.. lepas sesi ice breaking, diorg cerita la ape best kat negara dieorg, n apa best kat negara aku nie... dieorg crite kat sane xder lagi bangunan tinggi2, jalan2 raye besau2 n xder kemodenan katenya... Tp diorg ade crite kat aku, kat malaysia nie susah nak bezakan yg mana Muslim yg mana non Muslim.... Aku tanya sebab apa bai??? Itu dekat bangladesh, suma itu amoi, pakai tudung, pakai purdah, xboleh bukak2, nanti polis tangkap.. Kat sana, kalo laki bawak moto, belakang ada perempuan pun sama, kena tangkap... Itu perempuan xbleh jalan sorg2, kena ada jalan sama itu abang atau bapak.. kalo jalan sorg2 polis kasi tangkap hantar itu rumah....

Perh... Biar betul bangladesh camtue skali... Aku cakap kat Khausar tue, waa.. itu banyak bagus laa... u punya negara banyak ka org muslim??? itu bangladesh aa??? semuaa Muslim, sikit2 ja itu hindu.... 
u kat sana ada kerja ka??? xda maa, itu bangladesh, satu rumah satu orang saja kerja... banyak malas punya... Aik??? biar btul bangladesh2 kat sane malas2, apsal dtg malaysia bwt2 rajin??? pelik gak aku....
napa macam tue Mittu??? Itu bangladesh, susah mau cari kerja, tapi kan, semua rumah kat bangladesh ada itu ayam, ada lombu, ada kambing, ada tanam itu beras... Tanam beras??? boleh tumbuh ke??? 
Padi laa.... Itu rumah, kalo xder org kerja pun boleh hidup maa, boleh makan... Ceit... kerja jugak la tue bodo, abih tue sape nak jaga ayam2 n lombu2 tue kal tak kerja.... (maybe diorg anggap kerja tue, kerja dgn company)

Ini malaysia takda bagus... itu amoi2, malay ka, chaina ka, hindu ka, pakai bukak2 punya... khausar bagitaw aku... Ok la tue bai, best woo... saje je aku nak uji dia...
Aiya kawan, itu pakai tarak baik maa... mana boleh itu muslim pakai bukak2... ceit, aku nak uji die, die ceramah aku plak... 
tp, bagus gak Bangladesh nie erk, sblum nie, aku tak penah pun taw mcm mana life kat negara bangla tue....
xpenah dgr cerita pun pasal mcm mana keadaan negara bangla tue....
kawan, lu maw taw ka, itu bangladesh sana, amoi2 tak boleh keluar suka2... itu amoi duduk rumah, makan tidor saja... btul ke nie??? Aiya kawan, lu penah jumpa amoi bangladesh ka kat sini??? erm... mmg seumur hidup aku sejak aku kenal bangla tue mende, aku tak penah pun tgk minah2 bangla keja kat malaysia....


Patut pun bangla2 keje kat malaysia nie kapel dgn minah2 indun yg tak cun... Aku pun pelik, apsal la mat2 bangla nie muka saing2 Hritik Roshan nie kapel dgn minah2 indun kat malaysia nie...(Minah2 indun yg keja kat malaysia nie mana ade lawa2, nak yg lawa2 gi sendiri kat sane) baru aku faham....

Tapi aku respek kat mat2 bangla nie, umor muda2 lagi dah merantau negara org carik duet, bukan banyak pun gaji dieorang basic 600 lepas 4tahun kerja, campur OT baru 1100... Tapi diorang bleh hantar tiap2 tahun duet kat family diorg RM 5000... Giler laa... diorg nie kerja je kew kat malaysia nie, tak makan kew????

Ada sorg bangla nie, ada diploma, saing2 aku je, tapi sanggup kerja teruk2, pastu gaji plak kecik, dtg malaysia sbb nak kumpul duet tuk kawen dgn amoi die sejak universiti lagi dgn utk masa depan sedikit... bagus giler bangla nie... ada diploma, kerja buruh je... kalo anak melayu jgn harap....
Baru ada PMR, keja nak best2, gaji nak demand2.... kam0n la.... lagi la yg ade Diploma atau degree, lagi la tinggi demand die, keja xnak kena panas, gaji nak besau, company kena sediakan mcm2 kemudahan, baru nak terima kerja tue... ceit... mana ade company nak teima beb... Kalo rajin takpe la, nie malas...(hahaa, aku kata anak2 melayu termasuk aku laa) bukan aku nak drop anak2 muda melayu, nak up org2 bangla nie, tp mmg kenyataan, aku tgk diri aku tgk member2 aku, tgk org2 kampung aku, tgk bdk2 universiti aku, aku dah boleh wakilkan mereka sume nie termasuk aku mewakili kebanyakkan anak2 melayu.... Pastue xder kerja, bising, kerajaan tak sediakan peluang pekerjaan la(aik, sokong kerajaan nampak!!! hahahaha), kena bersaing dgn pendatang asing la, dan mcm2 alasan lagi.... Kam0n la anak2 melayu, jgn carik alasan jew, tgk bangla tue, nagara miskin sanggup dtg negara kite yg kaya nie (kaya kew??? maybe kalo xder rasuah).

Lepas aku sembang2 dgn bangla tue, aku xyah la ikut jejak mahasiswa2 yg mengganggur tue... apa keja kat depan mata, aku sapu, janji ada kerja... Biar org nak kata apa, blaja tinggi, tp keja kilang je kew... Mampus kat org nak kata ape, dari ddk umah harap belas ihsan mak bapak, dah la tak menolong, menysahkan plak mak bapak, pastu duk berbangga dgn degree kehulu kehilir... Baek xyah....!!! prinsip aku, kalo dah tak menolong mak bapak tue, jangan la nak nyusahkan plak... Harap anak2 melayu yg asyik duk tunggu anggur yg korg tanam tue, pakai prinsip aku nie......

So, majulah anak melayu, utk masa depan negara... Sekian....


Malaysia's Flag

Malaysia's Flag