Saturday, March 27, 2010

Nama-Nama Jepun_kanohaUnderAttack_

Ini aku senaraikan nama2 jepun kepada semua peminat2 produk jepun diseluruh dunia termasuklah peminat2 anime jepun, manga jepun, movie jepun, drama jepun, kartun jepun, selipar jepun dan apa2 yg berkaitan dgn jepun....  Kalo korg rase berminat, korg bleh letak nama2 nie pada anak2 korang....:-

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJACI CARIMATI

Saturday, March 20, 2010

ASB, Halal atau Haram??? _unlimited info_


Salam semua... Aku terbaca satu artikel dalam www.zaharuddin.net berkenaan pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera. Aku paste kan artikel tue kat sini, korang sume bleh bace dan kalo tak puas hati bleh usha e-fatwa...

Fatwa Negeri yang memutuskan ASB
adalah HARUS :

1) Keputusan Fatwa Negeri Sarawak :
Harus
2) Keputusan Fatwa Negeri Perak :
Harus dan keuntungannya halal

"Atas alasan dan pandangan mereka.
untuk meningkatkan ekonomi negara dan
kaum Bumiputera"

Fatwa Negeri yang memutuskan ASB
adalah HARAM :

  1) Keputusan Fatwa Negeri Selangor :
Haram
2) Keputusan Fatwa Negeri Terengganu :
Manakala, keputusan Fatwa Negeri
Terengganu telah memutuskan jawapan
yang kurang pasti. Dalam erti kata
lain, sebarang pelaburan yang
menyalahi hukum syarak atau kesamaran
maka hukumnya adalah haram.

Alasan berdasarkan dalil yang diberi :

1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas
2) Jaminan modal atau `capital' juga
menyebabkan aqad pelaburannya
bermasalah dari sudut Syariah.
3) Dana terkumpul dilabur secara
bercampur di dalam industri halal dan
haram.

Pelaburannya bercampur dengan yang
haram lebih daripada 30 peratus. ASB
juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH
Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya
Sekuriti dan oleh kerana itu, ia tidak
termasuk di dalam senarai kaunter yang
jelas statusnya.

ASB juga bermasalah dari sudut Syariah
kerana menurut statistik tahun 2005,
dana ASB telah dilaburkan di beberapa
tempat yang haram seperti :-

1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank
konvensional terbesar.
2- Commerce Asset Holdings Berhad
(Konvensional) - 1.11 %
3- British American Tobacco berhad
1.07 %

Syarikat-syarikat di mana Permodalan
Nasional Berhad (PNB) merupakan
pemegang saham terbesarnya terlibat
melabur dalam syarikat yang
aktivitinya yang bertentangan dengan
Islam.

Begitu juga saham amanah lain dan juga
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
dan KWSP. Sebagai contoh Syarikat Hup
Seng Consolidated Berhad di mana PNB
memegang 12.56 peratus sahamnya dan
memegang 25.7 peratus saham Carlsberg
Brewery Malaysia Berhad.

KWSP juga mempunyai hampir RM 8 juta
saham atau 1.12 peratus saham Genting
Berhad.

Saham Amanah Sabah pula melabur dalam
Repco Holding Berhad yang juga
merupakan syarikat judi.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT)
pula melabur lebih RM 62 juta saham
dalam Resort World Berhad sebuah lagi
syarikat judi yang terkemuka di
Malaysia.

Akhirkata, tepuk dada tanya Iman dan
Minda.





P/S: Walaubagaimanapun menurut Fatwa
Kebangsaan baru2 ini dan sesetengah
mufti, ASB adalah HARUS sbb mengambil
kira utk kemajuan orang Melayu
(Bumiputera)

Saturday, March 13, 2010

PKR, Belah Menanti Retak _Anwar Secret_

Sesungguhnya mereka terlupa, semakin PKR dan Pakatan Rakyat di aniaya semakin kental kepercayaan rakyat PKR dan Pakatan Rakyat perolehi. InsyaAllah.


Oleh Datuk Halik Zaman

Terpanggil saya untuk menjeling tulisan penulis upahan ringgit, Ruslan Kassim yang disiarkan di Utusan Malaysia aka agent utama Umno-BN.

Begitu yakin beliau menyenaraikan satu persatu sinopsis dalam perjalanan politik Pakatan Rakyat.
Jadi ini tidak adil, ini serupa berat sebelah kalau tidak di jawab.
Maka untuk menyamatarafkan situasi, saya juga ingin merencanakan sinopsis perjalanan politik Umno-BN yang menjadi pujaan hati Ruslan Kassim itu.

Kupasan pertama, saya ingin menyentuh isu derhaka.

Jika diimbau kembali, siapa yang mula-mula menderhaka kepada Sultan?

Siapa? Ingatkah suatu ketika dahulu, Annuar Musa pernah menabalkan sendiri Sultan Kelantan pilihannya di Ketereh dahulu? Sehinggakan keadaan agak huru-hara di Kelantan. Adakah ianya tidak di kira menderhaka?

Siapa yang memansuhkan kuasa Raja-Raja Melayu? Bukankah Dr Mahathir? Siapa yang dengan lantang dan gagah perkasa (atau sengaja mahu tunjuk kuasa) membidas Sultan Kelantan dalam isu Lamborghini sedikit masa dahulu? Saya percaya jawapannya ada dalam genggaman Shahidan, Muhammad Mohd Taib dan Idris Jusoh.

Mereka arif dengan jawapannya. Apakah ini tidak di kategorikan sebagai penderhaka Raja atau Sultan?

Tapi tidak ternampak warna derhaka kerana mereka semua ini berlindung di bawah kekebalan kuasa veto Umno. Kerana itulah apa yang mereka lakukan terhadap Raja dan Sultan semuanya halal dimata masyarakat pada ketika itu.

Bila kes Nizar Jamaluddin, balaci-balaci Umno terus bangun dan kononnya merekalah penyelamat Sultan. Mereka lupa apa yang pemimpin Umno pernah lakukan terhadap Raja dan Sultan dahulu? Salah satu sikap hipokrit Umno!

Sudahkah anda lupa kemelut Umno Terengganu? Pemboikotan beramai-ramai ADUN Terengganu. Kenapa dan mengapa ianya berlaku? Sebab ketidaksefahaman antara MB dan ADUN-ADUNnya. Siap hantar SMS ugut mengugut lagi. Ini apa?

Umno ingin jadi Juara Rakyat? Mengambil contoh di Johor, adakah Umno lupa ada tanah yang telah tergadai kepada warganegara Singapura dan Hong Kong? Siapa punya angkara? Pakatan Rakyat? Tepuk dada tanya selera.

Kalau mahu bicara mengenai percakaran sesama sendiri dalam BN pun banyak untuk di senaraikan. Masih ingatkah kes perang-mulut Samy Vellu dan M. Kayveas sehinggakan bertukar-tukar kenyataan dimedia elektronik dan cetak? Itu apa? Bukankah pergeseran sesama parti komponen?

Kes Samy Vellu dan bekas timbalannya, S. Subramaniam. Sehingga timbulnya injunksi mahkamah. Krisis ini berlarutan sehingga Perhimpunan Agung MIC baru-baru ini di mana ada proses pemilihan baru pucuk pimpinan parti untuk penggal yang baru. Berlaku juga insiden sindir-menyindir, sehinggakan Samy Vellu juga selaku Presiden turut ikut berkempen untuk G. Palanivel.

Bukankah ini sudah melanggar hak kebebasan perwakilan dalam memilih calon-calon yang mereka kehendaki. Ini kita panggil apa? Di manakah demokrasi?

Kes M.Kayveas dan T. Murugiah – insiden satu parti dua Presiden. Mengapa ianya berlaku? Ianya adalah kerana tiada kesepakatan dalam parti maka terjadinya dua puak. Puak Kayveas dan puak Murugiah. Bukankah ini juga di panggil konflik dalaman parti juga BN?

Kes Ahmad Said vs Idris Jusoh. Mengikut beberapa kenyataan rasmi dari Ahmad Said yang membidas beberapa projek yang dibangunkan di Terengganu semasa Idris Jusoh menjadi Menteri Besar yang mana menurut Ahmad Said amat merugikan rakyat.

Bukan setakat itu sahaja banyak lagi hasil tangan Idris Jusoh dipertikaikan oleh Ahmad Said. Ini cerita apa? Bukan kes senggol-senggolan sesama sendiri?

Kes pergolakan dalaman MCA sehinggakan berlakunya pemecatan dan perletakan jawatan beramai-ramai. Bukankah ini juga sebahagian daripada apa yang di gelarkan sebagai kemelut politik?

Ahli-ahli MCA telah hilang kepercayaan di atas kepimpinan Ong Tee Kiat. Berlaku beberapa kronologi kemelut yang amat bergelora dalam MCA. Ini bagaimana?

Begitu juga semasa Pak Lah masih menjadi PM. Rakyat sedar akan wujudnya komplot yang mahukan Pak Lah berundur sebelum tiba waktunya. Kumpulan ini mendapat restu dari bekas PM, Dr Mahathir sehinggakan beliau sendiri menunjukkan belang dengan tindakannya keluar dari Umno kerana tidak setuju dengan pentadbiran Pak Lah.

Malah ada lagi pemimpin yang berani membuat kenyataan supaya Pak Lah berundur dengan segera dan yang lebih menarik lagi, kenyataan itu di buat di negeri orang, di Singapura! Bagus betul tu, melanyak ketua sendiri di negeri orang. Itu pun masih ok ka?

Lihatlah mereka sesama Umno lagi hebat bila hentam-menghentam sesama sendiri. Tidak cukup di dalam negara mereka buat di luar negara. Hebat bukan pemimpin-pemimpin Umno? Cukup hebat.

Begitu juga dengan pembantahan PPSMI. Hampir rata-rata cendikiawan Melayu dan pencinta bahasa membantah PPSMI. Malah Datuk A. Samad Said juga turut bangkit menentang. Adakah Umno peduli semua ini? Jawapannya Umno tak kisah dan tidak ingin kisah kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada para pemimpin Umno dan kroni.

Justeru demi untuk menutup segala kepincangan dalaman Umno dan BN maka mereka bertungkus-lumus menjalankan agenda mereka bagi membasmi PKR dan Pakatan Rakyat. Mereka sedaya-upaya membeli wakil-wakil rakyat yang tipis imannya untuk melunaskan impian mereka melihat PKR pecah kerana menurut andaian mereka PKR dan Pakatan Rakyat ibarat retak menanti belah.

Dalam sibuk-sibuk dengan misi menjatuhkan PKR, rakyat telah di sajikan dengan kehilangan enjin jet tentera dan ketidakupayaan kapal selam negara untuk menyelam. Kenapa? Terkena badi PKR dan Pakatan Rakyat agaknya.

Sesungguhnya mereka terlupa, semakin PKR dan Pakatan Rakyat di aniaya semakin kental kepercayaan rakyat PKR dan Pakatan Rakyat perolehi. InsyaAllah.


Suara-Keadilan.com

Saturday, March 6, 2010

Parti Islam SeMalaysia, Kemana Arah Tuju Nya????_CIA Version_

 

Tengakkan Negara Islam
Itu adalah dasar yg dibawa Pas
Namun dasar yg diperjuangkan itu nampak
kabur...
Ntah dimana silapnya
Arah tuju utk tegakkan Negara Islam
Tampak kabur
tidak jelas dipandang

Lepas Pru-12
Arah tuju itu kian kabur
Ia dimulai dgn Agenda Perpaduang
Kerjasama dalam selimut dgn Amno
dan mcm2 lagi

Pas mahu tegakkan Islam
sebagai dasar dalam negara ini
Namun...
Kenapa ada sesetengah pihak
yg ketagih mahu 
bersetongkol dgn Amno???

Kita semua maklum
Amno, sampai kiamat xnak Islam tegak dalam Malaysia
Kenapa???

Saturday, February 13, 2010

Setiap Genetik Melayu adalah Lemah

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Pendahuluan.

Gua nak cakap pun salah, tak cakap lagilah salah. Kita cakap apa pun, tapi Melayu tetap Melayu. Kita ni sebenarnya amat hina. Macamana kita memandang rendah pada kaum peribumi, begitulah bangsa-bangsa utama dunia memandang kita. Malah lebih teruk lagi. Dia lebih kurang macamni la bhai....
Kita lihat orang asli itu kuno, tak boleh harap, buat itu, buat ini pun tak boleh, dhaif, jumud dan sebagainya. Tapi begitulah bangsa ini terutama bangsa Cina memandang kita. Janji Melayu, pemalas, penagih, pemabuk, berfoya-foya, biar papa asal bergaya. Sebab itu di Malaysia, pertumbuhan Islam agak lambat dari negara-negara maju. Sebab mereka ingat Islam itu Melayu! Asal rogol anak sendiri jer, sah Melayu. Keluar paper Cina. Asal rasuah jer Melayu. UMNO.

Mana bahasa Melayu?

Melayu. Kita mana ada bahasa. Penyelidikan telah di buat. Hanya 2 patah perkataan berasal dari kepulauan Melayu. Yang lain dipinjamkan. Kita mana ada tulisan. Malah tulisan Jawi yang dipupuskan UMNO itu pun, adalah evolusi dari tulisan Arab. Sekarang ini kita meminjam tulisan rumi. Rome. Hamba taip ni pun keyboard rumi.


Then, ada la plak yang cungkil bahasa purbakala mana ntah untuk claim bahasa Melayu. Lantak la... ibarat orang miskin yang terdesak tuding kereta jiran sebagai kereta sendiri.

Pengiraan. 

Matematik. Bangsa lain mempunyai satu suku kata untuk satu nombor. One untuk 1 (english). E untuk 1 (cina). SA-TU untuk 1. Kita guna 2 suku kata. Itu belum masuk SEM-BI-LAN untuk 9. Membazir, satu penciptaan sebutan nombor matematik yang BANGANG oleh Melayu. Bahasa Arab hanya guna 2 suku kata.

Bangsa lain dah kira 3 digit (3 suku kata) dalam kepala otak mereka, bangsa Melayu masih terkial-kial 1 digit (sem-bi-lan) dalam kepala otak mereka. Kalau ikut Islam, kena kaizen beb. Campak jer bahasa bodoh tu dan perbaiki lebih baik lagi.

Cabang Ilmu. 

Mana ada Melayu yang mencipta teknologi atau cabang ilmu. Macam Ibnu Sinar, Ibnu Kaldun, Al-Khawarizmi. Semua Parsi dan Arab. Orang Putih dan China (termasuk Jepun dan Korea). Hilang akal ke apa mesin taip dicipta oleh Joyah dari kampung Ulu Yam. Terdesak punya pasal, petik la sekor hamba adbi orang putih bernama Hitam dan claim dialah Melayu yang berlayar mengelilingi dunia.


Tu belum cerita universiti Melayu cipta nama buat bahulu dan karipap terpanjang lagi tu. Karipap pun resepi orang putih yang dicalim kuih tradisional dalam minda Melayu. Waita Rusia sedang buat ujikaji kat Kutub Utara, wanita Melayu cipta nama tanam Al-Quran kat Kutub Utara. Sebagai bukti Islam pernah jejak kaki kat situ.


Apalah bodohnya Melayu Felda dan kampung2.... terpesona. Melayu jadi angkasawan! Jerit mereka. Haha.


Bila ALLAH takdirkan Melayu beragama Islam bernama Mokhtar (peguam yang amat genius) mengubah sistem nombor Melayu dengan sistem Mokhdar. Maka Melayu menentang atas alasan warisan bangsa. Sedang Jawi yang warisan bangsa itu dipupuskan. Jika kita mengambil Islam, benda yang bermanfaat, ilmu yang bermanfaat wajib diamalkan, disampaikan. Tapi bila kita ambil Melayu ......... Erm.... BANGANG lagi......

Kemudian, ALLAH takdirkan seorang Islam berbangsa Melayu. Budak lagi. Tapi genius tahap profesor matematik universiti. Menyalaklah pemimpin-pemimpin Melayu ini, ada yang kata ia perlu ikut silibus yang ada, ada yang kata perlu ubah silibus, ada yang tumpang semangkuk. Diusung budak kecil itu ke seluruh negara. Sudah macam pertunjukkan bangsawan pula. Tapi cuba budak yang bijak tadi mengkritik pemerintahan Melayu kerana kegeniusannya.

Mesti budak tadi dikecam, dihina. Maka kisah budak yang dibunuh oleh Sultan Melayu kerana genius mencadangkan batang pisang bagi menghalang Temasik dilanggar todak pun bermula semula ....... BANGANGNYA Melayu ....... La ni mak bapak budak tu plak kena tangkap jual ubat guna pengaruh budak tuh. Terbiar... orang lain guna rakyat cerdik untuk buat senjata, orang Melayu takut dengan budak cerdik sebab berpotensi mengancam kuasa mereka.


Contoh sket.

Murtad. Satu isu yang amat menusuk jiwa mukmin. Malaysia adalah negara sekular. Pemerintahnya, Melayu. Ia tidak menghalang orang Islam menukar agama mereka. Undang-undang digubal di Parlimen. Untuk menggubal satu-satu undang-undang, parlimen memerlukan majoriti setuju.

Contoh. Parlimen ada 9 kerusi. YB Ayam mahu undang-undang buang sampah dikenakan denda kerja-kerja amal. YB Itik pula membangkang. Itu hak asasi individu la nak buang sampah merata-rata. (kata YB Itik). Kemudian YB Itik dan YB Ayam berhujah di parlimen.

Dipendekkan cerita YB Itik menang. Parlimen dengan majoriti 5/9 kerusi menyokong hujah YB Itik.

Tukar isu. Sampah kepada murtad. Pembangkang mahu undang-undang murtad diwartakan. Itu dahulu jika tidak mahu undang-undang ALLAH. Hudud. Macam cerita tadi. Orang Melayu yang hamba sebutkan BANGANG (hamba termasuk sekali) telah menghantar satu parti secara 2/3 majoriti parlimen. Maknanya tiadalah keseimbangan. Check & Balance. Mereka gubal la undang-undang sesuka hati. Sure diluluskan. Sebab majoriti mereka pegang. Antara yang diluluskan.....

Murtad, mencabar mahkamah syariah, ISA, AUKU, Akta Mesin Cetak, menukar Polis di bawah Jabatan Perdana Menteri (bukan di bawah Yang Dipertuan Agong), BPR di bawah Jabatan Perdana Menteri (bukan di bawah parlimen), mengundi masih guna pensil, tidak menjelup jari ke dalam dakwat sesudah mengundi (so boleh mengundi lebih dari sekali), tidak memberi pembangkang media walaupun saluran berbayar, membenarkan pendaratan kapal pembunuh umat Islam (kapal perang Dajjal USA) mendarat di negara ketua OIC, menaikkan harga barang-barang, uih penat jari nak taip. Tapi Bangsa Melayu tetap BANGANG.

Perdana Menteri pula haruslah di undi oleh setiap umat Islam. Mana ada negara macam Malaysia. PM nya diundi oleh perwakilan. Perwakilan sekular kebangsaan pula tu. Jika perwakilannya berjumlah 300. USA dan Israel membeli satu perwakilan hanya RM1 juta setiap satu, maka hanya dengan RM151 juta sudah memadai untuk membeli PM Malaysia sekaligus membeli Malaysia. Tukar pula RM dalam Dolar, brapa sen sangat.

Tapi mengapa ianya tidak berlaku? Sebab sebenarnya kita (MELAYU) sudah pun tunduk tanpa perlu dibeli. Lebih hina dari dibeli. Tunduk sendiri. Sekali lagi BANGANGNYA MELAYU. Uih kenyang orang Melayu dengan BANGANG ini.


 


Panas hati dan baca lompat-lompat.

Berdesingkah telinga kita mendengar perkataan seumpama begini? Bila ada isu ini, selalu penulisnya akan dimaki. Habis penulis itu apa, kalau bukan Melayu. Meludah ke langit la, cermin diri sendiri la. Tapi itulah hakikatnya. Sudah banyak kali kita mendengar Melayu otak beku, malas, bodoh, zalim dan seumpamanya. Mari kita tinjau apa yang berlaku sebenarnya.

"MELAYU. Inilah nama kepada bangsa kita. Kenapa? Siapa yang memberi nama? Tidaklah penulis ketahui. Setelah penciptaan Adam, dunia terus berkembang dengan berbagai jenis bangsa. Ada bangsa yang dimusnahkan ALLAH dan digantikan dengan baru, ada yang wujud sehingga kini. ALLAH mengatakan bangsa-bangsa ini perlu saling kenal-mengenali.

Perbandingan antara baka, antara genetik.

Dalam sejarah manusia, terdapat beberapa jenis bangsa yang dicatatkan oleh ISLAM. Yahudi, Rom, Afrika, Cina (termasuk Jepun dan korea) dan Parsi. Melayu? Bangsa penulis ini, kita tinggalkan dahulu.

Yahudi, dicatatkan sebagai bangsa yang mempunyai banyak nabi. MUNGKIN kerana bangsa ini amat degil. Yahudi amat pintar. Mereka dikatakan mempunyai daya "kesinambungan hidup" yang amat kuat. Bangsa juga ini amat berbangga kerana pernah menikmati makanan dari syurga! Hebat. Jika bangsa ini berbangga dengan dasar KEBANGSAAN mereka, bangsa YAHUDI, mereka mempunyai satu ASAS yang boleh dibanggakan (di dunia sahaja).

Rom, juga bangsa yang hebat. Malah ada yang berpendapat Dajjal itu adalah satu bangsa. Jika Yakjuj dan Makjuj dikatakan bangsa Rusia, Dajjal pula adalah bangsa Rom. Sekarang ini, bangsa ini ada di seluruh dunia berpaksi di USA dan Britain. Pendapat ini diasaskan dengan firman ALLAH yang mengatakan sunnah ALLAH (rentetan peristiwa atau peraturan) itu sesekali tidak akan berubah. Dalam sejarah Islam dan manusia, sejak Nabi Adam, manusia yang menegak agama ALLAH itu sentiasa mempunyai musuh di kalangan manusia juga. Jadi Dajjal dan Yakjuj Makjuj itu juga adalah manusia. Berbalik kepada bangsa Rom ini, jika mereka memperjuangkan dasar KEBANGSAAN mereka, bangsa Rom, mereka juga mempunyai ASAS yang boleh dibanggakan (di dunia sahaja).

Seterusnya Cina. Bangsa ini juga mempunyai daya "kesinambungan hidup" yang amat tinggi. Mudah kata, campak mana-mana pun boleh hidup. Malah bukan boleh hidup sahaja, tapi boleh kaya dan berjaya. Di mana-mana ketika ini dunia mempunyai China Town nya sendiri. Jika diukur dengan sukan (pertarungan fizikal manusia), kita ambil Olimpik sebagai contoh, hanya bangsa-bangsa ini yang mengunggulinya. China, Negro dan Orang Putih. Bangsa-bangsa ini amat hebat. Dan sekali lagi, jika Cina bermatian mempertahankan dasar KEBANGSAAN mereka, mereka juga mempunyai ASAS yang boleh dibanggakan di dunia ini.

Bagaimana Parsi? Bayangkan Parsi itu rakyat Iran dan bekas jajahan Rusia yang lain. Bangsa ini juga hebat. Iran menjatuhkan boneka USA hanya dengan mahasiswa mereka. Agaknya mampu tak mahasiswa kita (Melayu) menjatuhkan boneka USA BN di Malaysia? Jadi jika mereka mengambil KEBANGSAAN mereka sebagai perjuangan, mereka juga ada ASAS yang hebat.

Sebelum kita menghurai MELAYU secara ringkas, kita pergi ke sudut saintifik. Mengapa bangsa-bangsa ini amat pintar. Kepintaran dikatakan mempunyai kaitan dengan saiz otak. Otak anjing lebih besar dari otak kucing, jadi mereka lebih cerdik dan boleh dilatih dengan bermacam-macam latihan. Otak manusia dikira dalam cm padu. Bangsa-bangsa utama ini mempunyai otak lebih kurang 1500 cm padu. Tapi bangsa-bangsa kepulauan MELAYU dan orang asli di seluruh dunia hanya sekitar 1400 cm padu. Itu dalam bab pintar. Bagaimana pula dengan "kesinambungan hidup" atau survive. Bab ini termasuklah ketabahan, tak mudah putus asa, sukakan cabaran dan tahan lasak. Menurut kajian, bangsa-bangsa yang mempunyai Kesinambungan Hidup yang tinggi ini, berkait rapat dengan iklim. Jadi bangsa yang hidup dalam 4 musim, perubahan musim yang ketara (ada sejuk melampau dan ada panas melampau) dan bencana alam dalam keadaan yang amat lama (beratus-ratus tahun) mengalami evolusi terhadap perubahan tersebut. Maknanya generasi yang mereka hasilkan semakin berdaya tahan dengan masalah yang sama.

Kayu pengukur mudah untuk mengukur bangsa yang hebat di zaman ini adalah senjata Neuklear. Hanya bangsa-bangsa ini yang mempunyai kemampuan (samaada berani atau daya penghasilan) untuk memilikinya.

Jadi jika bangsa-bangsa ini bermegah, berjuang dan bermati-matian memperjuangkan dasar KEBANGSAAN mereka, bagaimana dengan dunia? Sejarah telah membuktikannya. Perang dunia pertama, kedua, peristiwa holocoust, pembunuhan etnik Yahuni oleh Jerman, pembunuhan demi pembunuhan, peperangan demi peperangan. Sebab itu ALLAH menurunkan pesuruhnya supaya manusia memegang tali yang satu, tali yang benar, tali yang selamat dunia akhirat. Tidak kira Melayu, India, Cina, Yahudi, Arab, Rom, Parsi atau orang Asli sekali pun, yang paling tinggi adalah ketakwaan. Nik Aziz kata kalau Cina nak jadi PM Malaysia yang kita cintai pun boleh, asal bertakwa.


Sekarang kita masuk bab MELAYU. 

LAYU? LEMAU? Di saat ini, di saat kita diperintah oleh dasar KEBANGSAAN MELAYU, mari kita tepuk dada, hebatkah pencapaian kita dalam 50 tahun ini. Ekonomi? Perfileman? Akhlak? Politik? Saban hari isu Melayu lemah, malas, lembab dilontarkan. Bukan orang lain, kita sendiri. Kita sendiri yang melontarkan. Hari ini, saat ini, giliran penulis yang melontarkan isu ini. Sama seperti manusia melontarkan batu di musim haji. Tapi MELAYU TETAP BODOH SOMBONG. Tetap menggigit tali KEBANGSAAN MELAYU dengan gigi geraham mereka. Walaupun diberitahu, dibuktikan, dijeritkan bawaha tali itu beracun. Lihatlah tubuhmu wahai MELAYU! sudah hina. Sopak! Kurus! Patah! Jangan gigit lagi tali itu! Ambilah tali Islam, Peluk tali Islam wahai MELAYU!...........

Tapi....... Sukmum, Bukmum, Umyum. Pekak, Tuli, Bisu. BODOH SOMBONG. (termasuk penulis) Semua bangsa mempunyai sejarah empayar yang gilang gemilang. Melayu? Zaman kegemilangan? Melayu Melaka? Sejauh mana kegemilangannya? Sejauh mana kepintaran dan ketahannya terhadap musuh-musuh yang ingn menaklukinya? Malah sejauh mana kebenarannya?

Orang lain Empayarnya luas. Melayu hanya semenanjung, tapi rajanya bercakaran sesama sendiri. Sejarah membuktikan Semenanjung Melayu dijajah tanpa peperangan secara total. hanya pecah dan perintah. Sultan A dihasut lawan sultan B. Gua tolong lu, Sultan A. Kalau menang, Lu kene lantik Gua jadi penasihat. Lu sain ini perjanjian. Angguk-angguk, geleng-geleng.

Dari negeri-negeri selat, hinggalah keseluruh Tanah Melayu. Tergadai. Singapura? Hanya dapat dipandang sahaja oleh generasi hari ini. Bagaimana pahlawan Melayu? Dol Said? Sedih jika mempertahan tanah air atas akidah MELAYU, bukan ISLAM. Setelah ditangkap dan diberi pencen. Terus tak melawan lagi. Mat Kilau? Melarikan diri? Apa hukum mereka yang melarikan diri dalam fisabilillah dalam Islam? Berbeza dengan Tok Janggut dari pantai timur yang menyahut seruan JIHAD dari Empayar Uthmaniah, beliau dibunuh, dan jasadnya digantung. Al-fatihah untuk pejuang Islam.

Hari ini selepas 60 tahun.

Hari ini kita terus saksikan negara boneka kita di perintah oleh Melayu. Tidak perlu diberitahu wajah sebenar pencapaian kita. Sukan? Hampir semua cabang sukan diperintah oleh bangsawan MELAYU. Oleh sekular Melayu. Hasilnya? Layu..... Alhamdulillah, masih ada yang berjaya seperti Nicol David. Eh! bukan Melayula. Tidak mengapa, kita tidak berjuang atas akidah MELAYU!

Tetapi bangsa itu bermula dari bawah. Ianya semakin bijak dan maju. Tetapi mengapa bangsa Melayu menongkah arus. Semakin ke belakang? Ini mempunyai kaitan dengan "Penjana Pemikiran" sesuatu bangsa. Apakah itu penjana pemikiran. Terlalu banyak.

Bacaan Melayu. Harian Metro, Utusan, Majalah Mangga.

Kita ambil contoh yang paling mudah. Akhbar. Akhbar adalah salah satu penjana pemikiran pada zaman ini. Tetapi bebas dan merdekakah akhbar kita? Akhbar bangsa kita diperkudakan bagi kepentingan kekuasaan Nasionalis MELAYU. Akibatnya? Maruah kita tidak terbela. Hak kita tidak terbela. Buktinya? Ambil contoh yang paling terbaru. Sebelum ini berapa ramai banduan kita (wanita dan lelaki) yang teraniaya? Ada yang mati dalam tahanan reman (belum terbukti bersalah) Ada yang dibogelkan. Didera. Dikambing hitamkan demi menutup kes. Pelbagai lagi sepak tendang politik bangsa Melayu. Tetapi beranikah akhbar selaku penjana pemikiran bangsa melayu ini bersuara? Sebaliknya mereka sendiri bekerjasama dengan pengkhianat Islam. Menutup isu. Mengalihkan isu. Akibatnya bangsa yang sedia ada bodoh ini terus bodoh bertingkat-tingkat.

Kita lihat akhbar Cina. Walaupun diugut bunuh, dipecat. Tapi mereka bangga kerana namanya tercatat dalam sejarah sebagai pembela bangsa mereka sendiri.

Kita pergi ke bukti kedua. Seorang GodFather Johor (ketua kongsi gelap) di tahan tanpa bicara di simpang renggam. Akhbar mereka menyuarakan kes ini. Akhirnya pengkhianat melayu tunduk membebaskannya. Bagaimana dengan akhbar Melayu berkenaan dengan kes ISA? Ayah kepada beberapa anak dipenjarakan bertahun-tahun tanpa peluang dibucarakan. Suami kepada seorang isteri yang tabah menghadapi ujian dunia? Bukannya seorang tetapi beribu-ribu orang Islam sejak nasionalis Melayu memerintah. Pedih untuk dihuraikan.

Sebenarnya kita boleh menghentikan ini semua. Bagaimana? Dengan menolak atau mengurangkan majoriti BN di parlimen. Tidaklah dia menggubal undang2 sesuka hati. Jika dah totok UMNO, tidak boleh terima hidayah sekali pun, memadailah dengan menolaknya (UMNO) sekali bagi meningkatkan CHEK & BALANCE. Tetapi walau apa pun, MELAYU ITU TETAP BODOH. Dijerit, dibuktikan dituamkan di depan mereka sekali pun, cukup Melayu memperolehnya dari bapak-bapak mereka, sedangkan bapak-bapak mereka tidak diberi petunjuk sedikitpun.

Jadi.... Penulis tanya pada diri penulis. Penulis tanya kepada bangsa penulis. Bilakah lagi? Bilakah lagi kita ingin menukar tali. Tali MELAYU kepada tali ISLAM yang hakiki. Dunia dan akhirat. Ah......! Peduli apa aku......! Hidup Melayu! Melayu yang bagi kita merdeka! Walau tak berapa merdeka pon tak mengapa! Hidup Melayu! Takkan Melayu hilang di dunia. Walaupun Hang Tuah tergamak membelakangkan dosa membunuh. Bunuh kawan sendiri. Tapi demi MELAYU, kita persetankan Islam. Melayu dulu baru Islam. Akhirnya..... Melayu itu tetap layu. Tunggulah kehancuran....nya wahai Melayu. Ianya semakin menampakkan dirinya......"

Ahhh... BANGANGNYA BANGSA MELAYU.."

Baka Melayu aneh bersama 50% Melayu kampung.

Skang ni tinggalla Melayu kampung yang hanya baca Utusan dan tengok TV kerajaan. Mereka ini dipimpin oleh baka aneh yang mengaku Melayu. Heran ma....

di copy bulat-bulat dari : ADUKA TARUNA

Saturday, February 6, 2010

Azam Tahun Baru Cina_Secret maa_


sume olang sudah ade azam
azam tahun baru punya
tp wa a..
takda lagi maa
azam tahun lepas punya
sudah tercapai woo
banyak2 syukur pada tuhan Allah
terlaksana jua azam taun lepas waa..

tp aa..
wa tak taw azam apa wa mau bwt
ini tahun baru ma
wa punya taun baru lagi seminggu
lu olang ada cidangan tak???
bg la idea

tp wa ada pikir itu satu azam ma
wa maw kawin la tahun depan
wa maw kawin dgn itu siti laa
bukan siti nurhaliza taw
itu olang punya isteri
manyak dosa ma
kacau itu isteri olang

kalau buleh aa...
wa maw kawin cipat2 woo...
olang cakap
kerja baik tak baguih lambat2...
tp aa
wa punya elaun intra manyak sikit woo
makan sendiri pun susah maw lepas ma..
kalo buleh aa
ini tahun baru kan
Tuhan Allah bagi wa manyak rezeki
mudah-mudahan
wa buleh kumpul itu wang
kasi itu kawen maa...

pada wa punya siti woo
cik siti maw ka kawen sama wa..
aiyak...
wa xda ensem ma..
juga xda harta maa
tp aa, wa seorg yg baik maa
xlak pukul2 olang
xlak tindas2 olang
xdak maki2 olang

cik siti aa...
kalo lu sudah sudi maw kawen dgn wa aa...
wa manyak happy woo
wa lasa a, ini dunia wa yg punya..
lasa saja, dunia nie tuhan Allah yg punya maa...

lu olang xlak azam ka
sempena Tahun Baru Cina minggu depan???

Saturday, January 30, 2010

Seperti Tarzan..._unmasked_

Tarzan
aku rasa aku dah mcm tarzan
duduk kat ceruk Ampang
line tepon susah nak dapat
line internet lagi laa...

ape berita pun tak taw
layan tv
buletin TV3
ish...
aku mintak jauh
berita merapu-rapu
banyak bohong dari benar
tak kuasa aku nak layan
berita2 yg ade kat tv tu...

kalo bleh
tiap2 minggu aku nak balik umah
bleh main internet
bleh taw kabar berita
dalam dan luar negara
boleh cuti skit dari terus menjadi tarzan
yg tak taw apa2
perkembangan dunia luar

kalo kerja
siang gi kerja
kul 7.30 pagi...
balik sampai umah
dah dekat 6.30 ptg...
malam, relex2, masak2
pastu makan2
dah dekat kul 11
sembang2 dgn housemate
dah menjangkau 12tgh mlm

pastu tido
esok nya supa gak
rutin hari2 bwt benda sama
cuma masa dan cara yg membezakan
nak beli surat kabar
duit, ngam2 tuk makan
minyak motor dgn rokok
tarzan lah aku....

balik minggu nie
aku bukak blog satu per satu
rupa2 nya banyak perkembangan 
dlm negara dan luar negara
aku tertinggal
luar negara, aku tak kesah sangat la
cume tempias sikit2 je kat batang hidung aku
tp, kalo ape2 terjadi dlm negara
tempiasnya
bukan sedikit
sakt ooo...

banyak kes dlm negara aku tertinggal
disebabkan sewa kat kondo 
ceruk Ampang tue...
kes Kalimah Allah la...
kes bakar gereja laa...
bom masjid laa...
dan banyak lagi..
aku mati akal
sebagai anak muda warisan tanah air(cewah!!)
ape yg aku patut sumbangkan
untuk masa depan negara???
sumbang skit2 jadi laa...
agar mudah2an, negara kita nie jadi
lebih selamat dan permai
utk diduduki
pada masa hadapan
tp aku tak taw
ape yg aku patut bwt
xkan hari2
gi kerja
balik malam

malam, rehat2, lepak2,
pastu tido...
hari2 cam tue...
ntah la..
bile pikir2 balik
aku nak je 
xnak ambik peduli langsung
ape yg nak jadi kat negara aku nie...
aku pikir, dapat makan cukup sudah laa...
tp, pikir2 balik, 
apa yg aku bwt utk anak cucu aku???
kalo negara nie dah mula nak teruk skrg
apa lagi yg akan dtg???

aahhhh....
biarlah sume nie terjadi...
aku xnak ambik peduli
jap...
apa aku nak jawab nanti depan Allah???
kalo kena tya apa yg aku dah bwt utk agamaNya???
apa yg aku bwt utk manusia sejagat???
apa yg aku lakukan utk jamin negara 
jadi lebih selamat???
xkan aku nak jawab:
nie xder kena mengena dgn saya
saya tak taw apa2...
mau kena hentak dgn malaikat zabaniyah
Apsal kau xnak ambik taw haa...???

Takkan aku nak salah kan pemimpin???
sedangkan yg pilih mereka
adalah rakyat kebanyakkan seperti aku???
berhenti salah kan org laen...
walau org tue mmg salah...
kalo salahkan memanjang
xder action wat per???
kalo org bwt salah
betulkan dia
xnak baik2
kita kasi guna kekerasan...
sampai die betul...

ahhh....

byk plak aku merapu mlm nie...
eh, dah pagi kut...
biarkan saje...
tido dulu
lupakan sume masalah negara dan dunia
kita tido
minta pada Allah
esok aku kena jadi lebih baik 
dari hari nie...
mintak je, tak usaha
boleh belah....
Usaha dan tawakal
mesti seiring...
nie guru aku kata

k....
bye
salam....

Malaysia's Flag

Malaysia's Flag